2026-03-24

GreenAard: Kalau sel lemak dah melambak-lambak, it's no turning back bak kata omputih.


Berdasarkan post bergambar atas ni, aku nak elaborate kat sini pulak. Sebelum ada yang start DM aku:

"Betul ke sel lemak takkan hilang? Maknanya saya yang pernah gemuk kena kontrol makan sampai bila-bila-lah?"

"Laaa...patutlah badan saya cepat je naik balik lepas diet"


Ya, dik. Gitulah ceritanya.

Sel lemak kita once dah terbentuk, it's forever yours konsepnya. Toksah berangan once dah kurus, sel lemak berkurang. Takde makna. That's why orang yang pernah gemuk, bila dia stop berdiet, badan mudah naik dengan cepat, because sel lemak tu dah standby. Kalau terlebih makan je, dia cepat put on weight.

Ingat tak dulu ada program realiti omputih yang pesertanya gemuk-gemuk. Lupa tajuknya. Program realiti kuruskan badan. 90% yang dah berjaya lose weight dalam program tu rupanya gemuk kembali. Sebab?

Sebab manusia ni, bila dulu gemuk, sekarang dah kurus, dia cepat lupa diri. Dia rasa now dia boleh makan banyak. Kalau bertambah berat badan pun tak mungkin bertambah dengan cepat.

SALAH!

Bila kau pernah gemuk, badan kau naik jauh lebih cepat berbanding orang yang kurus, walaupun dua-dua makan portion makanan yang sama. Kerana, badan kau dah standby sel lemak yang banyak. Sedangkan badan si kurus tu sel lemaknya tak sebanyak kau. Bila makan, sel lemak kau dah menunggu untuk dire-fill semula. Sebab tu badan kau naik lebih laju.

Dalam bahasa mudahnya, yang pernah obese, once dah kurus, kau kena diet FOREVER. Tapi taklah bermaksud kau kena berdiet teruk sampai berlapar. Takyah lah sampai badan kurus kering. Too kurus pun bahaya jugak. Standard body manusia yang bukan athletic macam badan aku, lemak jangan exceed 30% (perempuan) and not more than 25% (lelaki). Tak payah nak menyeksa diri turunkan body fat sampai 25%. Asal jangan exceed 30% memadai.

Roughly ini bentuk badan dengan body fat percentage tertentu berserta dengan ukuran pinggang. Gambar tu aku tak rasa tepat tapi secara kasarnya, kalau ukuran pinggang kau 28 inci, body fat kau adalah 25-28%. As long as tak exceed 30%, cantik dah tu.

Sebab apa kita jangan beria sangat nak kurangkan lemak sampai bawah dari 25%?

Yang pertamanya, takde keperluan. Kau bukan model Victoria Secret.

Yang kedua, badan kita perlukan lemak untuk buat hormon estrogen. Kalau lemak terlampau rendah, hormon estrogen akan bercelaru. That's why bila underweight, period go haywire sebab hormon estrogen tak boleh berfungsi dengan baik. In some cases, period boleh berhenti terus. Jadi, berpatut-padanlah kalau nak diet. Ideal weight is the best. Berisi tak bermakna gemuk.

"Tapi bukan ke sel lemak boleh mati bila sampai jangka waktu tertentu?"

Ya, betul. Around 10% fat cells mati dan diganti setiap tahun. However, selepas umur dewasa, jumlah fat cells adalah stabil. Badan kita dah di-programmed untuk replace that amount of fat cells yang hilang. Kalau sekarang fat cells kita ada 100 billion, badan akan replace fat cells yang mati supaya cukup 100 billion juga. Maksudnya, badan memang ada set point tertentu untuk jumlah sel lemak. Bila kau lose weight, bilangan sel lemak tak banyak berubah. Yang berubah adalah SAIZ.

Even kalau buat liposuction, that fat cells akan datang balik. Actually liposuction memang buang sebahagian sel lemak. Tapi, sel lemak tetap akan bertambah untuk cukupkan bilangan yang dah hilang. Sel lemak yang disedut tak tumbuh balik kat tempat yang sama tapi dia tumbuh kat bahagian lain badan. Dia tumbuh dalam size yang kecut. Once terlebih makan, sel-sel ni akan mengembang dan kau boleh gemuk balik.

"Kalau buat bariatric surgery boleh kurangkan sel lemak tak?"

TAK.

Bariatric surgery tak buang lemak. Dia cuma kecilkan perut dan ubah laluan makanan dalam usus. Tujuannya supaya kau cepat kenyang dan tak berasa nak makan banyak. Dia ubah cara badan serap kalori. Just like liposuction, bariatric memang boleh turunkan berat tapi amount sel lemak pada badan akan kekal sama seperti sebelum surgery. No method including surgery boleh maintain weight loss. Kita kena pandai-pandai maintain sendiri.

Losing weight is hard. Rasanya score CGPA 3.7 above jauh lebih senang. Proses nak turunkan berat ni panjang, bukan sekejap sebab hari-hari kita masih makan. Kalau tak makan lansung tu lain cerita. Silap-silap dengan kau-kau sekali turun 6 kaki ke bawah.

Disebabkan proses weight loss ni panjang, kebanyakkan orang ambil langkah untuk kurangkan makan dengan harapan bior cepat kurus. Yes, memang boleh. Tapi cuba check body fat, kurang tak dari 30%? Kadang-kadang, badan je kurus tapi lemak tak turun banyak. Yang banyak turun is saiz otot dan air. Tak berbaloi berlapar kalau body fat kau 28%.

By the way 28% body fat is good, tapi kalau terpaksa berlapar, at least body fat biarlah turun sampai 25%. Baru berbaloi dengan berlaparnya. Aku yang tak berhempas pulas berlapar pun masih boleh maintain body fat 25-26%. Bukan apa, because muscles are key players in body movement and function. Kalau muscle mengecut lebih banyak dari lemak, bermakna badan kau kurus yang tak solid. Kurus lembik.

Seseorang yang cuba turunkan berat dengan cara sekat makan, dia sebenarnya sedang mengurangkan size otot sebelum saiz lemak.

Macam ni. Walaupun karbohidrat (contohnya nasi) katanya menambahkan berat badan, tapi sebenarnya badan kita lebih sukakan karbohidrat sebagai sumber tenaga UTAMA. Bila badan tak jumpa karbohidrat, badan akan cari sumber tenaga ni dari glikogen. Glikogen ada dalam otot. Otot akan mengecut cepat bila glikogen digunakan. 

Badan akan guna lemak and protein as sumber tenaga juga, tapi sumber utama tenaga adalah dari karbohidrat. Maksudnya, kau nak diet, jangan sampai berlapar teruk. Katbohidrat jangan sampai tak ambil lansung sebab kita kena jaga otot juga. Jangan mikir nak slim je tapi otot semua kecut.

That's why aku pernah bagitau, hari yang aku berasa nak makan nasi/karbohidrat, aku takkan ambil GC Plus takut berak-berak. Aku gantikan dengan Maaltyd supaya dia stabilkan blood sugar (sebab karbohidrat boleh melonjakkan blood sugar). Blood sugar yang mencanak akan buatkan insulin keluar dengan banyak. Insulin akan buatkan lemak berkumpul kat perut.

Hari yang aku taknak ambil nasi, aku akan makan GC Plus.

Jadi, kepada yang selalu tanya soalan "Kalau saya stop GC Plus, berat badan naik semula tak?"

Ya, kalau tak jaga makan. Malah kalau stop bersenam, berat naik kalau tak jaga makan. Maksudnya, bukan stop bersenam yang buatkan kau gemuk tapi tak jaga makan. Yang pernah gemuk kena extra careful sebab sel lemak dah tersedia banyak. Menunggu masa je untuk diisi. Senang cakap, once dah kurus, kena kawal makan forever. Sama macam orang kencing manis, once kau dah ada diabetis, sampai mati kena control sugar.

Yang berat badan baru nak cecah borderline overweight tu, jaga-jagalah sikit. Sementara sel lemak belum banyak lagi, kawal-kawal-lah berat tu sikit. Esok kalau sel lemak dah melambak-lambak, it's no turning back bak kata omputih.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.