2026-03-11

Cokelat yang aku makan ni, GL-nya RENDAH. In general, pesakit diabetis boleh makan.


Beberapa minggu lepas aku share aku beli cokelat Diablo beli dari Village Grocer. Coklat tu no added sugar and free gluten. Maknanya boleh makan tanpa rasa bersalah. Ada yang bertanya pasal ni, tapi aku takde masa nak menjawab. Hari ni aku jawab slow-slow.

Yang tanya tu concern pasal diabetis. Pastu ada sorang tu tengah diet.
Masing-masing tanya how sure aku dengan label "NO ADDED SUGAR" tu.

Ok. Label takleh sebarang-sebarang bubuh, ya. Aku belajar food safety. Label sangat penting. Nutrition facts pun sangat penting. Kalau zero sugar kena mention kat nutrition facts 0 gram. Kalau no added sugar, maybe kat nutrition facts sekitar 1 gram (maknanya takde gula putih, tapi masih ada gula natural).

Ni aku snap nutritional facts untuk Diablo Dark Choc No Added Sugar.

Untuk diabetic people yang nak apa-apa makanan yang bertulis NO ADDED SUGAR, kena faham yang walaupun dia tak tambah sugar, kena tengok juga berapa banyak natural sugar dalam tu DAN berapa banyak kandungan karbohidrat. Sebab karbohidrat pun akan ditukar menjadi sugar (glukosa).

Aku ambil contoh cokelat Diablo tadi, based on per 100g, karbohidratnya ada 46g TETAPI, jumlah karbo yang akan bagi impak kepada blood sugar cuma 1.1g. Ni bagi aku dah bagus sangat.

Pastu cokelat ni tak guna gula putih, dia guna gula alkohol lebih kurang 42g. Maknanya hampir semua karbohidrat dalam cokelat ni datang daripada polyols (gula alkohol), bukan gula biasa.

So adakah itu menjadikan cokelat ni diabetic friendly?

Ya, TETAPI masih kena ambil dengan kawalan. Sebab level sensitiviti insulin berbeza-beza ikut tahap diabetis masing-masing. Tapi secara general, dia takkan spike gula kau tinggi sangat. Lebih selamat dari makan cokelat biasa.

Walaupun takde gula tambahan, cokelat ni sangat tinggi polyols (kemungkinan besar dia pakai maltitol). Cokelat ni manis walaupun tanpa gula putih. Tengok kat label pun tahu kalau polyols sampai 42g sebab dia nak hilangkan rasa pahit dark choc tu. Maknanya, maltitol masih boleh naikkan blood sugar walaupun tak setinggi gula biasa.

As for the karbohidrat, untuk non-diabetic tak jadi apa. Tapi untuk diabetis, 46g is considered high. Kalau makan 1 bar (85g), anggaran karbohidratnya around 39g. Walaupun sebahagian besar karbohidratnya adalah polyols, untuk diabetic patient karbohidrat tetap karbohidrat. Kena kira jumlahnya supaya boleh tahu berapa banyak impaknya pada blood sugar. Kalau ambik 1-2 row takpe. Ini jenis yang makan tau-tau habis 1 bar, tetaplah blood sugar naik.

Oh lagi satu macamana aku tahu polyols dia banyak?

Sebab aku pernah makan half bar sekali hadap, lepas tu cirit-birit and kejap-kejap kentut. Itulah effect polyols. From there aku tahu memang banyak dia letak. Jadi, walaupun kita sihat takde diabetis, kalau makan banyak sangat coklat ni, tetaplah dapat side effect tu.

Masa PKP hari tu aku ambil Advance Masters in Food Safety. Masa tu lah baru aku realize food safety ni knowledge-nya sangat besar. Bukan setakat kira expiry date and nutrition tapi ketoksikan setiap bahan. 

Walaupun course ni banyak guna matematik (binawe betul), sesuailah dengan aku sebab aku banyak terlibat dengan formula. Baideway nak cakap Herba Rahsia Rimba aku closed dulu, ya. Sebab now tengah RnD nak tukarkan dalam bentuk jus. Jadi masih banyak calculation yang kena dikaji balik.

Disebabkan aku free pagi ni, meh aku tunjuk kat korang camana nak kira ketoksikan cokelat Diablo ni untuk pesakit diabetis.

Daripada label situ dia tulis per 100g:
- Karbohidrat: 46g
- Gula: 1.1g
- Polyols: 42g
- Serat: 3.6g

Berat: 85g

Mula-mula kita kira total karbohidrat sebenar untuk 1 bar:
46g × 0.85 = 39g karbohidrat

Polyols:
42g × 0.85 = 36g polyols

So dari maklumat ni, berapa yang dikira untuk diabetes?

Aku anggap dia guna maltitol. Kalau guna maltitol, that is around 50% karbohidrat efektif. Karbohidrat efektif bermaksud jumlah karbohidrat yang boleh naikkan blood sugar.

Polyols = 36g × 50% = 18g
Karbohidrat lain (bukan polyols) = 3g

Jadi anggaran karbohidrat yang bagi impak kat blood sugar is 21g. Agak rendah.

Tapi tengok dulu glycemic load.

Maltitol punya glycemic index around 35.

Formula glycemic load = (Glycemic index × yang bagi impak kat blood sugar) / 100

GL = (35 × 21) / 100
= 7.3

This number is very good. Sebab apa?

GL yang less than 10 = rendah
GL yang 11–19 = sederhana
GL yang 20 = tinggi

Jadi cokelat yang aku makan ni, GL-nya RENDAH. In general, pesakit diabetis boleh makan.

Tapi kena kenal badan sendiri. Kalau kau punya blood sugar lepas makan ubat pun 8-9, makan sikit je sudahlah buat rasa-rasa. Sebab kau bukan makan cokelat ni saja, ada gak makan benda lain, kan?

Siapa nak beli, boleh beli kat Village Grocer atau Jaya Grocer. Kalau beli kat kedai harganya RM13.50. Kalau pakai Grab boleh dapat RM9.50. Jangan beli kat Shopee, dia tekan sampai RM20. 

Sekian, kelas hari ini. Apa kau ingat Khairul Aming je bukak kelas? Aku pun bukaklah!