2026-01-18
GreenAard: Efek berdebar-debar, degup jantung laju, rasa macam tak sedap badan. Adakah bermakna GC Plus tak sesuai?
Pos aku pasal GC Plus semalam, dapat komen dari customer ni:
Terima kasih feedback ni. Happy dengar GC Plus membantu. Tapi aku nak jawab pasal berdebar-debar tu. Dulu aku pernah buat post macam ni tapi malas nak cari. Takpe aku explain lagi sekali.
Dalam dunia supplement, pengalaman manusia takkan pernah serupa sebab badan manusia bekerja dengan mekanisme yang sangat kompleks. GC Plus rata-rata feedback memang bagus sebab GC Plus fokus kat tempat yang paling logik dalam badan iaitu tempat selera makan dan kawalan tenaga berlaku.
Badan kita ni ada satu sistem kawalan makanan yang sebenarnya lebih besar kuasanya daripada apa kita fikir. Everytime kita rasa lapar, itu belum tentu perut kosong. Itu sebenarnya gabungan signal hormon leptin, ghrelin, insulin, blood sugar and mood. Semua benda ini bercampur dalam satu sistem yang menentukan samda kita nak makan atau tak.
GC Plus lebih kepada mengatur apa badan dah buat everyday, cuma dia bagi hasil yang lebih kemas. Dalam bahasa mudah, GC Plus jadi pembantu yang memastikan selera, hormon, storage lemak, tenaga duduk diam. Bila semua ni dalam keadaan tenang-tenang, secara automatik badan kurang menyimpan tenaga dan lebih menggunakan tenaga. Bila badan gunakan tenaga (lemak), barulah berat turun.
Tapi dalam masa yang sama, kita kena faham yang setiap badan ada caranya sendiri. Suami kepada yang DM aku tadi pengguna GC Plus. Memang nampak kesan. Berat turun, badan susut, baju longgar. Itu pentunjuk yang GC Plus bekerja. GC Plus benar-benar buatkan badan dia pakai tenaga simpanan (lemak) sebagai sumber tenaga.
Tetapi dia dapat efek berdebar-debar, degup jantung laju, rasa macam tak sedap badan. Adakah bermakna GC Plus tak sesuai?
Tak. Bukan tak sesuai, tetapi mungkin sistem badan dia bergerak terlalu cepat berbanding orang lain.
Macam ni. Everytime badan kita gunakan tenaga simpanan (lemak), badan akan pecahkan trigliserida kepada fatty acid. Ini akan ke darah untuk dijadikan tenaga. Proses ni berlaku semula jadi, tapi kalau ia berlaku dalam kadar yang terlalu drastik, contohnya kalori kau sangat sikit but at the same time ambil GC Plus, badan akan tukar lebih banyak lemak kepada tenaga, dan blood sugar akan turun lebih cepat. Bila ini berlaku, badan akan activate hormon adrenalin untuk kekalkan tenaga. Adrenalin nilah yang buat jantung berdegup laju.
Ini sama macam orang yang minum kopi tiga cawan berturut-turut walaupun selama ni dia tak pernah minum kafein. Kafein bukan benda bahaya, tetapi “kejutan sistem” tu boleh buat kau rasa berdebar, kepala pening semacam, badan macam resah tak sedap duduk. Bukan salah kopi tapi faktor gabungan kopi + gaya pemakanan + kadar metabolisme individu yang bagi kesan tu.
GC Plus ni bantu kawal selera. Bila selera turun, ramai orang mula makan sangat sikit tanpa sedar. Atau makan lewat (sebab tak rasa lapar sangat). Bila makan sangat sikit sedangkan badan mula bakar lemak secara agresif, hormon stres boleh naik untuk balancekan kekurangan tenaga yang cepat tu. Jadi, rasa berdebar bukan kerana GC Plus “attack” jantung, tetapi kerana badan tengah guna mode survival untuk cepatkan rentak supaya badan boleh bertahan.
Sesiapa yang makan GC Plus rasa ok je takde pening takde berdebar, itu bermakna sistem badan berada dalam balance. Tapi kalau gap terlalu besar like kurang makan, kurang air, metabolisme laju, maka kau ada experience berdebar ni. Sesiapa ada masalah ni, kurangkan dos GC Plus. Jangan ambil 4. Try ambil 2 dulu. Pastikan air minum cukup, jangan terlampau sekat makan, tidur cukup, see if ada perubahan. Selalunya ada perubahan yang lebih baik. Nanti bila badan dah adapt, slowly naikkan kena 3 kapsul seterusnya 4.
Badan kita pandai adapt. Kau kena train dia untuk biasakan dengan new diet ni (GC Plus). Kalau berhenti serta-merta sebab tak selesa, sistem badan belum sempat stabil. Ada yang langsung tak rasa apa-apa. Tak berdebar, tak pening, tak letih, cuma tau-tau berat turun macam biasa. Ini aku. Itu tanda sistem badan dah sedia stabil. Hormon lapar tak terlampau agresif, metabolisme kat kelajuan sederhana, dan badan boleh accept fitokomponen dalam GC Plus as sokongan, bukan kejutan.
Produk yang sama boleh menghasilkan dua pengalaman berbeza, bukan kerana kualiti produk, tetapi kerana keadaan badan pengguna. Berdebar tu cuma reaksi biologi. Tak perlu panik. Bukan semua berdebar petanda bahaya. In most cases itu signal penurunan selera yang terlampau cepat jadi hormon adrenalin naik sikit untuk balancekan keadaan ni.
Memang ada orang yang badannya sensitif dengan perubahan diet. Ada orang kalau skip sarapan pun jantung dah rasa laju. Bila campur dengan GC Plus, kesannya lagi cepat terasa.
Sesiapa yang pernah alami ni, penyelesaian bukan berhenti terus. Try bagi masa pada badan untuk membiasakan diri dengan new diet. Macam aku cakap tadi, kurangkan dos. Minum air banyak, kurangkan makanan bergula yang boleh buatkan sugar crash.
