2026-01-19
Kalau barang tu lebih banyak disayang daripada digunakan, sebenarnya yang kita jaga bukan barang, tapi imej.
Nak menjawab soalan orang yang bertanya khabar pasal “beg Prada” yang En Wan offer hari tu. Tak puas hati betul aku tak menjawab lagi soalan tu beli ke tak beli ke tak.
TAK BELI! 🤣
Semalam En Wan offer kasut ECCO pun aku tak beli. Walaupun sangat tempting sebab duta ECCO is Johnnya Huang. Hahaha. Tapi pikir-pikir balik, aku bukannya pakai sangat pun. Aku ni bangsa yang pakai sport shoes kalau holiday je.
Bak kata Faiz Financial, ramai membeli sebab orang lain beli. Orang sekarang kata FOMO (fear of missing out). Beli sebab nak MEMILIKI, bukan nak pakai sangat. Yang ni macam Mak Aji. Dulu zaman-zaman orang pakai Mary Kay, dia teringin nak pakai. Aku belikan set yang RM800 tu. Dia tak pakai gaisssss. Dia kata sayang nak pakai. Kau rasa??
Pastu aku belikan Prada henbeg sebab dia always cakap pasal brandd henbeg. Ni 10 tahun lepas punya cerita. Aku belikan. Tak pernah sekali aku tengok dia pakai! Ada lagi dalam kotak. Aku cakap gi rumah orang kawen pakailah. Dia cakap segan kat orang. Yang Profesor-Profesor pun tak pakai Prada. Kau rasa??
Dia selalu cakap pasal cadar dia tak sedap. Baru ni wedding anniversary dia aku belikan cadar. En Wan pulak lupa nak buang price tag. Nampak la situ harganya RM800.
Kau rasa??
Sebab tu adik-adik aku malas nak belikan Mak Aji apa-apa sebab dia sekadar nak memiliki je bukan nak pakai pun. Shawl Ariani bukan main banyak aku belikan. Tak sekali pun dia pakai. Balik-balik dia pakai tudung sarung.
Some people sebenarnya memang macam ni. Dia nak memiliki saja tapi tak pakai. Sebab dia sebenarnya tak perlu pun ada barang tu. Macam aku, kalau setakat nak memiliki boleh je beli. Tapi pikir balik, aku tak pakai pun.
Kadang bila aku post gambar pakai branded henbeg, ada yang noticed “Beg baru ke?” Padahal beg tu beli lama cuma jarang pakai sebab tu nampak macam baru beli.
Isu ni sebenarnya bukan pasal barang, tapi tentang validation. Ramai orang beli barang branded bukan sebab fungsi barang tu tapi sebab makna di sebalik brand tu. Barang branded bagi kita rasa “success”. Rasa setaraf dengan orang lain. Rasa diiktiraf. Sometimes rasa selamat daripada dipandang rendah.
Salah ke beli?
Tak. Silakan. Masalahnya mula timbul bila membeli untuk memiliki, bukan untuk guna.
Beg tangan disimpan elok-elok, takut calar.
Jam pakai sekali dua, lepas tu masuk kotak.
Kasut mahal, jalan sikit pun risau rosak.
Kalau barang tu lebih banyak disayang daripada digunakan, sebenarnya yang kita jaga bukan barang, tapi imej. Tak salah beli branded asalkan jangan sampai menekan kewangan. Barang yang tak menambah kualiti hidup takyahlah beli. Apetah lagi beli untuk hilangkan rasa insecure atau semata-mata untuk ditunjuk, bukan dinikmati.
Benda yang aku beli selalunya perfume atau apa-apa barang yang wangi. Dulu kalau beli BBW sekali harung beli 15-16 botol. EO pun berbotol-botol. Wet wipes. Air freshner. Benda-benda wangi memang aku suka kumpul sebab memang aku pakai. Yang lain-lain ni kureng sikit. En Wan sampai givap la bawak aku shopping Tokyo tapi taknak membeli. Aku cakap aku taknak pakai. Bukan taknak beli. Jumpa barang yang aku nak nanti aku belilah. Masa tu kau bayar, jangan ngelat pulak.
