2025-12-30

Medical Card: Sesiapa yang ada medical card pastu ada niat nak terminatekan medical card tu, PLEASE FIKIR BALIK BAIK-BAIK.


Nampak ni:
Sesiapa yang ada medical card pastu ada niat nak terminatekan medical card tu, PLEASE FIKIR BALIK BAIK-BAIK.

Seboleh mungkin usahakan untuk kekalkan. Jumpa agen korang and mintak dia revise balik pelan. Kalau boleh downgrade, silakan downgrade. Biar bulan-bulan murah sikit. Tapi JANGAN TERMINATE.

Benda ni jadi kat client En Wan yang juga blog reader aku. Yang cerita kat aku ni blog readernya sendiri. Kisahnya, dulu dia ada medical card. Dah ambik 5-6 tahun. Tak pernah guna. Lepas tu dia terminate no point ambil medical card bila company ada medical card juga. Maka dia pun terminate medical card.

3 tahun selepas dia terminate medical card, dia resign sebab dia ada anak autism yang perlukan perhatian. Dia kata susah nursery tak nak ambik jaga. Lepas bincang-bincang dengan suami, ok dia resign.

Nak dijadikan cerita dia kena buang hysterectomy (buang rahim). Terpaksa keluarkan RM30K pakai duit sendiri sebab dah tak kerja, company apa yang nak tanggung, kan. Medical card pulak dah terminate. Masa tu baru dia realized if only dia maintain medical card, at least RM30K masih ada dalam ASB now. Padahal bulan-bulan bayar medical card tak sampai RM300 katanya. Tapi bila duit sendiri habis RM30K, terasa betul.

Pastu dia sign-up dengan En Wan. Tapi disebabkan dia sign up at age yang not so young anymore, plus dah ada medical history buat histerectomy, jadi medical cardnya ada exclusion. Tapi dia ambil juga sebab dah rasa sakitnya kena keluarkan duit sendiri.

Aku nak je cerita kat orang yang buat post Thread tu pasal ni. Tapi dia tak kenal aku, karang dia rasa aku nak influence dia ambil medical card dengan laki aku pulak. Takyahlah cerita.

Cuma based on cerita dia, dia kata starting bayar RM120. SELEPAS 10 tahun, up jadi RM200. Maknanya selepas 10 tahun naik RM80 saja, dik. Dalam tempoh 10 tahun tu gaji kau dah naik lebih dari RM80. Patutnya takde masalah. Melainkan kau buat komitmen yang melebihi perbelanjaan sedia ada.

I tell you, kalau sesak sangat, better terminate hibah daripada medical card. Medical card usahakan untuk maintain sebab medical card kau boleh guna. Hibah tu hanya berfungsi bila kau dah takde. Kalau mampu, biar ada dua-dua. Kalau tak mampu, drop hibah dan kekalkan medical card.

Ini actually bukan soal mana lebih penting tapi pasal fungsi. Medical card untuk protect selagi kita masih bernafas. Kau takdir jatuh sakit, kos rawatan datang serta-merta. Itu perlukan cashflow dan coverage on the spot. Kalau kau terminate medical card, you’re basically gambling that your body will always cooperate with you.

Medical card bukan semata-mata tentang claim atau tak claim. It’s about having the right to get treated without having to worry about money first. Bila doktor cakap “kita nak operate awak segera”, masa tu kita cuma nak fokus buat keputusan perubatan, option mana lebih baik, bukan financial decision.

Baca aku tulis ni baik-baik.

Medical card yang kau terminate today mungkin kau tak boleh dah nak ambik esok. Hibah kau boleh buat bila financial dah stabil. Medical card belum tentu. Sebab masa tu umur dah naik, risiko naik, penyakit dah mula muncul. Semua tu boleh buat kau uninsurable without you even realizing it.

Kawan-kawan aku now at our age dah ada yang start makan ubat darah tinggi and kencing manis. Nasib baik semua zaman muda dah buat medical card. Now apa-apa jadi boleh guna medical card. Kalau now baru nak apply memang declinelah, confirm.

Dengar pesan aku. Korang muda-muda ni jangan pikir yang korang takkan tua, ya. Kalau umur panjang, kau akan lalui umur 40-50 an. Waktu ni badan dah mula keluarkan simptom-simptomnya. So jangan terminate medical card. Revise kalau nak kurangkan harga. Yang belum ambil, please please ambil.

Sekarang ni, walaupun masuk hospital kerajaan atau macam IJN, kes jantung bukan terus dapat rawatan, ya. Kawan se-kilang En Wan baru-baru ni kata dia punya turn IJN setahun! Untuk buat bypass, ada yang kena tunggu 6–7 bulan.

Same goes to kes accident. Hospital kerajaan memang bagus, tak dinafikan. Tapi untuk some peralatan, implant atau prosedur kecemasan, tetap patient kena sediakan duit. Paling tak RM10k-20k kena ada. Sebab kos peralatan bukan sikit-sikit. Kalau ada savings, takpe. Kalau takde, masa tu treatment decisions dah bukan based on medical needs lagi. Dah start based on what you can afford pulak.

Semua orang tahu hospital kerajaan memang ada kepakaran yang sangat tinggi. Doktor-doktor kat sana lebih berpengalaman. Ramai yang jadi pakar rujukan. Itu fakta. Masa Rayyan sakit dulu pun, doktor Avisena refer doktor PPUM. Tapi realiti sistem hari ni, patient dah terlampau ramai berbanding kapasiti doktor kat hospital kerajaan.

Sekarang kalau pergi hospital kerajaan, doktor akan tanya “Ada medical card tak?”

Sebab dorang tahu betapa panjangnya list queue yang menunggu. Rawatan susulan seterusnya maybe 2–3 bulan lagi, sometimes more. Ada kes yang sebenarnya tak payah tunggu lama, tapi terpaksa jugak tunggu sebab the sistem tak mampu tampung semua serentak.

Tahu tak ramai doktor pakar kat hospital kerajaan juga practice kat private hospital? So jangan terkejut kalau appointment kat hospital kerajaan kau dapat date 3 bulan lagi, tapi bila pergi private, minggu depan dah boleh jumpa doktor yang sama. Ilmu, kepakaran, orang yang sama. Bezanya cuma akses dan masa menunggu.

Inilah beza besar antara ada medical card dan takde. Ni bukan soal nak pilih hospital mahal. Ia soal MASA. Bila sakit, masa tu sangat kritikal. Ada penyakit yang kalau lambat treat, akibatnya boleh jadi kekal.

Medical card bukan bermaksud hospital kerajaan tak bagus. Ia bermaksud kau ada pilihan. You don’t have to be stuck in the waiting system when your health actually needs faster action.

Aku baca komen-komen ni pun seram. Semua komen penyakit mula datang at age 40 ke atas.

Ya, kita boleh berharap sihat. Tapi dalam masa yang sama kena bersedia sebab terminate medical card bukan macam terminate Netflix. Ini keputusan yang hanya nampak logik selagi badan kau sihat. Time sakit nanti, keputusan ni akan jadi keputusan paling mahal pernah kau buat.

Medical card wujud sebab manusia tak boleh jamin akan sentiasa sihat. Kalau semua penyakit boleh dirancang, takde siapa perlukan medical card. Masalahnya, kecelakaan datang tiba-tiba.

Medical card bukan makin murah bila umur makin naik, ya. Ia bukan je makin mahal, tapi makin ketat dan makin susah nak lulus. Yang sekarang bergantung pada medical card company, please buat medical card personal. Sebab one day kalau kau sakit, company takkan nak kau lagi. Sebab masa tu kau dah tak boleh kerja, cannot perform. Waktu tu pulak dahlah sakit, umur pulak dah banyak. Medical card konfem tak lepas. Please, ya. Pastikan buat personal medical card.

Masa muda, masa sihat, you are basically buying the right to be taken care of when you get sick later on. Bila kau terminate, kau bukan sekadar berhenti bayar tapi kau sedang buang hak tu.

Jangan tunggu atau bertangguh. Let alone nak terminate yang sedia ada. Ramai yang terminate always keluar ayat “Nanti aku ambil balik.”

Ini ayat paling bahaya dalam dunia takaful. Sebab bila “nanti” tu datang, selalunya dah terlambat. En Wan dah ramaiiiii client gini. Yang bila dibagi quotation mintak pikir dulu. Lepas tu senyap. Oklah, En Wan ingat maybe dia ambil company lain. Tup-tup lepas setahun dua, contact En Wan nak sign up.

Bila buat medical check up, rupanya darah tinggi dah muncul dalam satu rekod. Pernah satu kali gula naik. Pernah satu kali doktor tulis “monitoring”. Inilah yang aku palinggggg tak suka time jadi medical underwriter dulu. Sebab walaupun SATU rekod, itu cukup untuk kitorang keluarkan requirement for further check up nd pasti ada loading atau exclusion.

Yang ada medical card, please maintain. The medical card you have now is for the future version of yourself, not who you are today. Hari ni kita sihat, esok belum tentu. Hari ni kita kuat, esok belum tentu. Medical card adalah hadiah paling praktikal yang kita boleh bagi kepada diri sendiri di masa depan.

Jangan terminate sebab ikut orang. Jangan terminate sebab rasa “aku tak guna pun setakat ni”. You are not paying for what’s already happened. You’re paying for what you can’t predict.

Kalau lepas baca ni masih rasa nak terminate, terpulang. Tapi sekurang-kurangnya buatkah keputusan dengan mata terbuka, bukan sekadar nak jimat. Sebab in realiti, jimat yang paling mahal ialah jimat yang dibuat sebelum musibah datang.

By the way, hujung-hujung tahun ni medical underwriter lembut hati sikit sebab dorang nak close case. Applylah medical card atau hibah now. Mudah nak lulus ni.

Baideway, ESOK last HIBAH MURAH RM250K. Hadiahkan wife atau diri sendiri (bayar sendiri) hibah. Pasni takde dah hibah murah gini. 

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
Wan Mohd Ridzuan 
(MDRT 2024, 2025, 2026)