1. White Olive Tree (actor Chen Zheyuen)
2. The Legend of Zanghai (Xiao Zhan)
3. The Story of Pearl Girl (Liu Yuning)
4. War of Faith (Wang Yibo)
5. Guardians of the Dafeng (Dylan Wang)
7 November 2025, kebetulan hari pertama winter di Shanghai, LOVE SONG IN WINTER menang Golden Angel Award for Best Drama kat China-US Film & TV Festival! Hambik kauuu. Terpekik aku tengok livestream kat Weibo. Yang tau je tau pedihnya perjalanan Love Song in Winter sepanjang siaran.
Bukanlah makna kata drama-drama yang aku list tadi tak best. Cuma cara fans dorang ni memuji tak masuk akal. Drama-drama tu memang tak best kot. Alah, dorang yang kata best best best tu benaunya bukan ceritanya best tapi sebab idol dorang berlakon. Tu je. Mencik aku jenis yang tengok cerita based on muka pelakon hensem. Padahal jalan cerita hauk.
LOVE SONG IN WINTER ni drama palinggggg nak dibenamkan dari awal tayang. Dari hari pertama tayang lagi dah kontroversi. Sebab drama ni ada Johnny Huang. Aku rasa inilah satu-satunya pelakon yang everytime muncul mesti ada topik panas, samada populariti dia, atau orang terlalu nak cari salah. Every movement dia dalam drama diperhati. Kalau tersentuh tangan lelaki, dicop gay. Every expression dia orang kaji. Macamana pun dorang nak kaitkan dengan negatif. Hentam sampai lunyai. Hencap sampai mati. Tak dapat hencap lakonan, hencap cerita kisah lama.
Dari hari pertama LOVE SONG IN WINTER tayang, satu marketing pasal drama ni pun takde. iQIYI macam sial lansung tak promote. Kat homepage takde lansung poster drama ni. Sebaliknya iQIYI tepek poster drama-drama yang sendu. Drama Love Song in Winter banyak dapat ihsan dari fans and audience yang bagi positif review saja. Nak harap press and bloggers buat review? Harammmm.
Jahat tak jahatnya iQIYI, baru episod 6, dorang dah promote VIP EXPRESS PASS. Siapa nak tengok straight sampai habis (takde sambung-sambung), boleh bayar VIP Express. Masalahnya, bila VIP EXPRESS terjual, maknanya cerita tu dihabiskan cepat. So that dorang boleh start promote drama lain. Nasiblah ada fans yang willing review and promote drama ni everyday. Dapatlah highlite sikit.
Tapi tu la, cerita kalau bagus, pelakon bagus, takyah marketing beria pun takpe. Tetap high index. 7 November terbukti drama ni menang Best Drama. Senyap sepi terus kat Weibo. Hari tu memekak sangat. Mana yang memekak-mekak ni pegi semua? Timbus diri sendiri?
Bukan nak kata apa la. Tapi memang dah terbukti. Johnny ni memanglah tak sehensem idola korang yang mekap tebal tu. Tapi, lakonan Johnny powerful. Kita kalau tengok cerita bukan setakat nak tengok actor tapi nak tengok acting skill sekali. That’s why aku lemah tengok drama lain sebab Johnny dah letakkan satu standard acting yang tinggi. Bila tengok yang actor lain especially stok-stok bibir merah, terasa lembabbbb je jalan cerita. Letih nak menghabiskan.
Congrats Johnny.
Congrats WHALE GUARDIAN for believing in our captain.

