2025-12-17

GreenAard: Faraj kita tak sepatutnya bau wangi macam bau bunga


FARAJ KITA TAK SEPATUTNYA BAU WANGI MACAM BAU BUNGA.

Capital letter terus aku bagi. Sebab ramai yang masih ingat faraj mesti bau wangi.

Tak, sayang. Faraj kita tak perlu bau bunga ros. Kalau siapa ingat bau faraj mesti bau wangi atau bau fresh macam bau cadar hotel, maksudnya you don’t understand how human anatomy actually works. Atau mungkin dah terpengaruh dengan marketing produk feminin. Hari ni aku nak explain pasal ni. Ini bukan nak menjatuhkan produk sesiapa, tapi nak cakap pasal SAINS sahaja.

Setiap perempuan ada bau natural masing-masing. This smell is influenced by hormon, peluh, tahap hidrasi (kurang air atau cukup air), makanan yang dimakan, stress, period cycle, rutin harian and jenis pakaian. Tapi yang paling penting, pH faraj. pH faraj is around 3.8 - 4.5. Ini kawasan BERASID because it helps protect the faraj from infections. Jadi bila kawasan ini berasid, maka logiknya ia ada bau natural. Baunya TAKKAN sama macam bau bunga atau bau sabun.

Dia macam ni. Bau parmesan cheese takkan sama dengan bau cotton candy. Bau parmesan bukan jenis wangi, tapi itulah bau dia. Normal, natural dan dihasilkan oleh proses biologi. Same goes faraj. Its natural scent is not a flaw, tapi tanda badan berfungsi seperti sepatutnya. Bau “normal” tak semestinya wangi macam perfume. Kalau bau faraj wangi macam bunga, itu pun boleh jadi petanda tak elok. Nak-nak lagi kalau kau basuh dengan pencuci faraj yang wangi. Bau wangi tu pelik. Dan sabun tu sebenarnya merosakkan flora vagina.

Flora tu adalah bakteria baik, Lactobacillus. Bakteria ni yang buatkan faraj kekal berasid dan fungsinya untuk lawan bakteria jahat. Tapi flora ni sensitif. Tersilap sentuh pun boleh terganggu. Sabun wangi paling senang nak matikan flora. Sebab itu area faraj JANGAN SABUN masa mandi. Basuh dengan air dah memadai. Tak perlu vaginal wash pH-balance-purieee purieee ntah apa. Kalau nak pakai panty liner pun elakkan yang wangi. Pakai unscented saja. Aku pakai unscented. And pleaseeeee jangan over-cleaning. Kejap-kejap kau basuh pepek kau, nak buat apa?

Bila flora faraj rosak, dia akan kacau pH. Sedangkan flora duduk situ kerana pH sesuai. Bila pH berubah, bakteria baik ni mati. Yang bakteria jahat pulak membiak. Inilah yang nanti akan buatkan keputihan pelik-pelik datang, pastu gatal-gatal, pedih and berbau busuk. Bau faraj yang normal biasanya tak terlalu busuk. Dia ada bau tertentu, tapi tak menusuk hidung. Macam bau masam sikit (sebab berasid). Tapi jangan risau. Bau masam ni NORMAL sebab pH faraj memang rendah to protect against infections. Bau faraj yang busuk, kau tau macam bau apa? Macam bau ikan masin. Hanyir busuk.

Tapi bau faraj boleh berubah ikut period cycle. Kadang bau dia lebih kuat, kadang ringan ikut hormon dan tempoh period. Dan yang paling penting, kau takde rasa gatal, sakit atau keputihan yang warna pelik-pelik. Faraj sebenarnya organ self-cleaning. Dia ada sistem sendiri yang flush out bad bacteria. You don’t need soaps or wipes. Sabun akan buatkan faraj jadi kering. Bila kering, and bergesel dengan seluar dalam, lama-lama irritation pastu luka. Dah luka, makin terdedah dengan bakteria jahat. Kulit muka yang terdedah dengan oksigen pun kita tak boleh cuci kerap sangat, inikan pulak yang berkepam tak nampak cahaya matahari. Lagi kena jaga.

Faraj kita tu walaupun tertutup dengan seluar dalam, dia takkan bau busuk selagi kita jaga kebersihan seluar dalam. Itu je dah cukup. Kalau tiba-tiba busuk, selalunya dah ada jangkitan bacterial vaginosis (BV). BV nilah yang buatkan faraj bau ikan masin. Keputihan dia jenis putih kekelabuan. Orang perempuan kalau nak tahu if kita ada jangkita BV, perhatikan bau selepas intercourse. Kalau bau busuk masam ni kuat, pegilah berubat. Boleh jadi dah dapat BV dah tu. BV ni bukan sebab STD, ya. Punca BV yang paling common is over-cleaning & pH imbalance.

Bau faraj is actually influenced a lot by how much water you drink. Bila badan dehydrate, peluh jadi pekat, urin jadi pekat, bau yang keluar pun akan lebih kuat. Bila badan cukup air, peluh kurang masam, air kencing lebih jernih and bau faraj pun lebih lembut. Lagi satu, gula. Kalau kau banyak makan manis-manis, akan increased risiko jangkitan yis (candida). Yis suka gula. Itu makanan dia. Bila dia membiak, faraj jadi gatal teruk, keputihan keluar pekat and berketul macam cream cheese. Bau jadi lebih masam. Perempuan yang ada diabetes selalunya lebih senang kena Candida.

Nak jaga faraj ni mudah, pastikan seluar dalam berganti and jenis yang breathable. Cotton underwear is the best. Murah dan breathable. Satin jangan. Satin tu nak pakai malam masa tido nak bagi vibe sexy tu bolehlah. Jangan pakai siang. Sebab fabrik ni perangkap peluh. Berkepam kulit bontot kau. Nanti tumbuh jerawat kat bontot. Nak lagi best jangan pakai seluar dalam time tidur. Ini sains, ya. Sebab seharian faraj kita tak bernafas. Malam kau bagilah dia oksigen sikit.

"Berani eh Kak Di tulis pasal ni?"

Ya, berani. Sebab dalam culture Asia (Malaysia especially), topik faraj dianggap taboo. Orang lebih rela cakap pasal politik, share resipi rendang, gosip artis, minta tips kurus, etc. Tapi malu nak cakap pasal bau faraj. Sebab tu ramai ingat faraj kena bau wangi. Lagipun culture kita sukakan kesempurnaan. Perempuan dididik sejak kecik mesti wangi, mesti bersih, mesti presentable dan jangan ada bau-bau pelik. Tu yang industri kecantikan ambil kesempatan, buat produk vaginal floral mist-lah, intimate whitening cream-lah. Nak putihkan kulit faraj katanya. Halah halahhhh.

Kita kena faham yang duduk kat Malaysia ni terdedah dengan cuaca panas. Senang berpeluh. Jadi ada potensi faraj boleh berbau kuat sikit dari biasa. Tapi, asalkan baunya bukan hanyir macam ikan masih, tak perlu risau. Just rajin ganti pantyliner atau seluar dalam. Cukup.

Ni aku nak pinjam perkataan dak-dak Thread iaitu..."Normalizekan faraj ada bau natural".

Yang penting bau tu normal, tak menyengat, tak busuk, tak bau ikan, tak masam luar biasa, tak macam ammonia. Kalau faraj ada bau yang kuat selepas workout, atau pada hari panas, atau sebelum period, THAT IS NORMAL. Just minum banyak air, and mandi. Salin panty. Melainkan kalau dah ada jangkitan, barulah makan ubat atau ambil suplemen. Kalau sihat walafiat faraj tu, jangan disapu-sapu dengan apa-apa. 

Kalau takde masalah bau, atau keputihan, takyah ambil Herba Rahsia Rimba (HRR). Tapi kalau ada masalah keputihan, faraj kering, atau period tak regular, ok takpe. Boleh.

Sebab apa aku kata kalau takde masalah takyah ambil?

Sebab HRR adalah kategori ubat. Setiap ubat ada dosnya. Kalau kau takde masalah, nak buat apa makan ubat?

Masalah keputihan, faraj kering, atau period tak regular, yes boleh ambil HRR. Sebab dalam HRR ada fitoestrogen. Fitoestrogen ni adalah estrogen dari tumbuhan. Bila dimakan, fitoestrogen akan "tiru" aktiviti estrogen dalam badan. Estrogen plays a key role in keeping faraj lembab (dia hasilkan mukosa faraj). Bila tisu faraj lebih sihat dari segi hormon, it’s better at producing mukosa faraj. Mukosa ni membantu maintain persekitaran semula jadi (termasuk pH) yang support flora's growth.

Herba-herba yang kita guna dalam HRR ada sifat astringen yang boleh kurangkan keputihan berlebihan atau keputihan yang berpunca dari infection. Bila keputihan berkurang, secara tak lansung, bau faraj jadi normal. Takde lah bau masa hanyir. Bau hanyir tu berpunca dari bakteria jahat. Bau masam berpunca dari yis.

Untuk yang berpantang bersalin, boleh ambil HRR sebab ada bahan aktif yang can heal tisu organ reproduktif so that peredaran darah jadi lebih baik. Bila peredaran darah baik, oksigen and nutrien dapat sampai ke tisu faraj. Bila organ reproduktif healed, secara tak langsung, tisu faraj jadi lebih baik. Maka kuranglah risiko bau tak normal.

Tapi HRR takkan buatkan faraj bau wangi, ya. Yang nak ambik HRR, ada cara pengambilan. Anak dara lain, berkahwin lain, berpantang lain. Nanti tanya staff GreenAard macamana cara makan.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI
Atau boleh ke website GreenAard.