2025-10-01

Medical Card: Mengkayakan agen

Kadang-kadang kelakar bila baca pandangan orang tentang takaful, especially yang rasa duit dia mengkayakan orang lain. Baik founder, baik agen takaful. Sentiasa dikecam konon duit dia mengkayakan orang tu. Baru nampak sorang agen post bonus atau reward, terus keluar komen “memang duit kita mengkayakan dia”. Ah cuba kau jadi agen tengok boleh jadi kaya tak? Selalunya orang yang cakap gini, poket dengan mindset sama-sama miskin.

Yang benaunya, nak sedapkan hati sendiri sebab tak ada medical card. Ataupun polisi kena terminate sebab lapse berbulan tak bayar. Jadi, nak sedapkan hati sendiri dia katalah gitu. Mentaliti macam ni bukan saja cetek, tapi bahaya. Sebab dia misleading orang lain yang betul-betul nak cari protection. Tahu tak, agen yang rajin dapat reward and award ni lah yang kau kena jadikan agen kau. Nanti aku explain kenapa.

Ramai ingat jadi agen takaful ni senang. Asal boleh close sales, terus kaya. Tak, ya. Kalau semua agen tu kaya, aku pun sanggup jadi agen. Dia sama macam orang kata berniaga boleh jadi kaya. Hakikatnya lagi ramai yang melingkup dari survive, let alone menjadi kaya.

Syarikat takaful bukan syarikat jual tudung atau dropship barang Shopee. Syarikat takaful operate dalam industri yang paling heavily regulated iaitu bawah Bank Negara. Every transaction, syarat, reporting, sampai ke wording dalam sijil polisi semua tertakluk pada kawalan ketat Bank Negara. Jadi, bila agen dapat award, itu bukan tanda dia pandai menjual semata-mata. Itu bukti dia berjaya capai dua benda besar iaitu production (close sales) dan persistency (jaga client). Kau tak fulfill dua ni, kau takkan dapat reward dan award. Mesti dua-dua, BUKAN SALAH SATU.

Persistency ni apa?

Ok, dalam bahasa mudah, it’s about how consistent the client is with their caruman. Kalau agen tu pandai menjual tapi lepas tu clientnya ramai lapsed (tak bayar), maka persistency jatuh. Bila persistency jatuh, automatik prestasi agen tu buruk, dan bonus atau reward yang dia dapat boleh ditarik. Minimum requirement untuk persistency biasanya sekitar 85% ke atas. Maksudnya, daripada 100 client, sekurang-kurangnya 90 orang mesti kekal aktif bayar caruman setiap bulan.

En Wan punya persistency 98%. Sangat tinggi. One of the reason aku syak sebab most of his clients adalah blog readers. Jenis blog reader yang follow dari zaman anak-anak aku baby, yang tahu journey aku dari dulu sampai sekarang, yang memang membaca apa aku tulis. Dorang faham apa yang aku explain and dorang terdiri dari adalah orang yang READY UNTUK BUAT KOMITMEN NI.

Some colleague En Wan, clients-nya dari random people on media sosial. Akhrinya dorang ada masalah dengan persistency. Sebab client tu tak berapa kenal agen. Jadi senang nak lari bila tak bayar. Persistency hanya boleh dicapai bila agen betul-betul follow up client, educate client, dan maintain relationship. So, kalau kau nampak ada agen post dapat bonus, jangan ingat “Wah, senang-senang je kaya dengan duit kita.” Tak senang, ya. Tak senang.

Aku tinggal serumah dengan agen takaful, aku nampak cara dia bekerja. Ni aku menulis ni, dia tengah zoom, dan kejap lagi jumpa new client. Kau nak kerja hari Sabtu? Nak? Sometimes weekday sampai ke malam jumpa client sebab siang client kerja, dorang hanya ada waktu malam saja free. Maka, malam pun keluar bekerja. Kau sanggup kerja sampai malam?

Agen yang rewardnya tinggi, itu maknanya ratusan client dia maintain konsisten, dan itu satu kerja yang jauh lebih susah daripada sekadar close deal.

Kat Malaysia ni, Prudential alone ada lebih 20K agen. Tapi setiap kali reward, sikit je dapat naik pentas. Why? Sebab performance dorang konsisten tinggi. Dan bila kata performance tinggi, it’s not just about the number of policies sold. Awards usually cover a few different categories - jumlah new case (case count), jumlah sumbangan (annualised contribution), dan paling penting persistency.

Jadi, agen yang dapat award and reward every year sebenarnya menunjukkan satu benda, iaitu dia serious dengan kerjaya dia. Dia bukan type yang main-main, ambil lesen semata-mata nak cuba-cuba. Dia betul-betul jadikan kerjaya agen ni as profesion. Dan bila seseorang serious dengan profesion dia, automatik layanan pada client juga lebih baik. Dia ada reputasi nak jaga.

Ironinya, orang yang selalu merungut “agen takaful kaya” ni selalunya tak pernah merasa servis agen macam ni. Maybe dorang sign polisi dengan agen yang hilang entah ke mana, tak follow up, lepas tangan. So dorang generalized semua agen sama. Padahal, agen yang menang award itulah yang kau kena cari.

"Alah, bonus tu pun duit client”

Oh, salah. Meh aku betulkan fakta. Tak tahu lain kali tanya, ya.

Caruman takaful dibahagikan kepada beberapa bahagian. Sebahagian untuk tabarru’ (pool dana risiko peserta). Sebahagian untuk simpanan/investment (kalau produk saving). Sebahagian lagi untuk kos operasi (termasuk komisen agen). Semua ni telus dan diluluskan panel syariah.

Bonus dan reward pula BUKAN datang dari carumah client. Ia datang daripada keuntungan syarikat yang memang allocate bajet khas untuk distribution channel (agen). Itu sebab walaupun agen dapat bonus ratus ribu, TAK MENGURANGKAN manfaat client. Manfaat client tetap sama macam yang ditulis dalam sijil polisi. Apa kau dah sign-up kau akan dapat benefit yang dijanjikan. Lansung tak kacau. Reward and award agen datang dari bajet khas berdasarkan performance dia.

Kalau betul agen sekadar makan duit client tak buat kerja, kenapa masih ada beribu client yang setia bertahun-tahun? Kenapa syarikat takaful masih bertahan, malah berkembang? Kenapa regulator macam Bank Negara tak hentam takaful?

Jawapannya, sebab sistem ni transparent, sah, dan semua pihak tahu hak masing-masing. Yang merungut selalunya orang yang pernah terminate polisi sendiri. Bukan sebab sistem salah, tapi sebab dorang sendiri tak mampu atau tak nak commit!

Every year, ribuan agen takaful terminate lesen. Kenapa? Sebab gagal capai KPI minimum. MOST agen yang kata "Aku quit dari buat takaful", bukan sebab sistem tu salah, tapi dorang takleh kejar target. Dorang takleh carry workload and stress tu. Ada yang tak cukup close case, ada yang tak maintain persistency. Siapa underperform, OUT. Ini standard lah, mana-mana company pun kalau sales people tak perfome memang kena terminate punya. Kau nak stay kau kena performlah.

Aku jadi sales dulu pun sama. Every month kena hit certain target. Tak hit kalu, makan basic pay je lah jawabnya. 3 bulan tak hit target, dapat warning letter. 6 bulan tak hit target, kena terminate terus. Ini bukan kejam. Kalau kejam, bulan ni tak hit, bulan ni jugak kau kena tendang. Itu baru kejam namanya. Tapi now company bagi tempoh. 3 bulan tak hit. 6 bulan tak hit. Kau datang opis buat apa? Mengangkang?

Jadi, bila ada agen yang bukan saja survive, tapi consistently dapat award setiap tahun, itu tanda dia bukan calang-calang agen. Dia konsisten, dia tough, ada disiplin, dia manage client dengan baik, dia urus masa dengan bijak. Ingat senang maintain ratusan client? Ingat senang nak pastikan orang bayar caruman on time? Ada yang kena call, ada yang kena remind, ada yang kena jumpa face-to-face. Itu semua kerja invisible yang orang luar tak nampak. Yang nampak cuma post gambar dapat award, terus keluar assumption negatif.

Agen yang always remind clientnya untuk bayar caruman adalah agen yang buat kerja. Dia trace rekod payment kau supaya polisi tak lapse. Sebab kalau polisi kau lapse, kau yang susah. Kalau jenis sedar diri takpe. Ini nanti bila polisi lapse salahkan takaful, salahkan agen. Agen yang maintain prestasi ni sepatutnya dapat respect, bukan kecaman. Tapi ye lah, maybe selama ni dia dapat agen semua yang hauk-hauk, tu yang dia pukul rata je. Ce tanya agen hauk dia tu, pernah dapat award tak. Konfem tak.

Orang yang kata “aku dah terminate takaful sebab mengkayakan agen” sebenarnya bukan buat keputusan based on facts, tapi emosi. Dorang terminate polisi sebab rasa rugi tak claim sebab tak faham konsep protection, atau sebab tak mampu sustain caruman. Nak sedapkan hati, dorang create naratif kononnya duit dia yang RM200/bulan tu mengkayakan agen.

Orang macam ni rugi dua kali. Pertama, rugi protection sebab bila sakit nanti barulah mengagau cari coverage. Kedua, rugi masa sebab makin lewat sign up, makin tinggi caruman. Meanwhile, the agent they keep bashing just carries on with consistent performance, maintain client yang lebih matang dan faham value takaful.

Kena faham satu prinsip. Dalam industri takaful ni, agen hanya boleh kaya kalau client dia ramai dan berpuas hati. Kalau client ramai terminate, persistency jatuh, apa pun tak dapat. Dia hanya dapat komisyen saja. And kau rasa komisyen agen banyak ke, sayang? Kalau caruman kau RM250, agen dapat komisyen RM17.50 je oiii.

Macam aku jual lab supply dulu. Hit 80K, dapat 0.8% komisyen. Hit RM100K dapat komisyen 1% komisyen. Nak merasa komisyen RM1K kena hayun sampai RM100K sales. Ingat RM100K tu dapat dengan mengangkang saja? Meh la kangkang depan customer tengok kau dapat apa. Tapi aku tak hayun RM100K lah, aku hentak sales sampai 1 juta terus. Baru sedap makan komisyennya. Tapi jangan tanyalah kerjanya macamana. Keluar gelap balik pun gelap. Kalau sanggup, silakan.

Realitinya, nak reward, kena hustle and hardwork. Kalau tak nak lalui semua ni biarkan yang nak buat tu buat. Kau dendiam.

Kejayaan agen adalah bukti client dijaga.
Dan kejayaan besar agen adalah bukti lebih ramai client dijaga.

Bila nampak agen post bonus, jangan rasa sakit hati. Rasa lega. Sebab itu petanda industri ini dijaga oleh orang yang competent, bukan scammer. Kalau kau jumpa agen macam tu, cepat-cepatlah hire dia jadi agen kau. Sebab dia dah buktikan track record.

Nak pastikan tak salah pilih, simple je. Tanya agen tu bila last dia close case. Tanya apa achievement dia. Tanya berapa lama dia dalam industri. Dari situ kau akan tahu sama ada dia main-main atau serious. Ini kau beli servis jangka panjang tau, so kau ada hak untuk tahu track rekod agen yang kau bakal hire.

Sebenarnya, orang yang suka perlekeh agen takaful ni bukan sebab agen salah. Tapi sebab dorang sendiri insecure dengan pilihan hidup dorang. Tak ada coverage, tak ada backup, jadi dorang downplay kepentingan takaful and kecam agen. 

Kau boleh pilih nak jadi bitter, duduk scroll sambil kecam orang lain. Boleh. Atau kau boleh pilih nak belajar dari orang berjaya. Because at the end of the day, takaful is not about the agent. It’s about you, your family, and your future. Agen kaya atau tak, itu secondary. Yang utama bila emergency datang, kau ada backup tak?