2025-10-02

Medical Card: Kenapa medical card untuk baby carumannya lebih mahal berbanding bila orang dewasa?


Ok post ni ringkas je. Menjawab soalan tentang:

1. Kenapa medical card untuk baby carumannya lebih mahal berbanding bila anak umur 3-4 tahun?
2. Kalau anak sekarang dicover oleh company dan selepas umur 18 tahun baru nak buat medical card masih ok tak?

Ok, ramai terkejut bila caruman medical card untuk baby lagi tinggi berbanding orang dewasa. Secara logik baby kecik, baru lahir, takde sakit, mestilah lebih murah, kan? Sedangkan orang dewasa lebih berisiko ada penyakit maka logiklah kalau caruman mahal sikit.

Sebenarnya, kita (medical underwriter) menilai risiko bukan semata-mata pada umur, tapi risiko kesihatan. Baby, walaupun nampak sihat, sebenarnya dikategorikan dalam kelompok yang kerap guna fasiliti kesihatan. Sebab baby lagi mudah dapat penyakit like demam, bronchiolitis, pneumonia, allergy, jaundice. Ada yang perlu ICU neonatal.

Data hospital shows baby and kanak-kanak paling ramai masuk hospital. Dari perspektif takaful, baby lagi banyak buat claim perubatan. Jangan kata baby lain, anak sedara aku the two Widads tu setahun paling tak 1 kali masuk hospital. Kalau dua-dua sekaligus masuk, memang koyak poket. Itu sebabnya caruman baby lagi tinggi.

Medical card baby lebih kepada savings. Ini memang dah ada dalam plan. Nanti umur 20 tahun savings dalam tu lebih kurang RM40K. Macam Redza dulu, umur 18 dapat RM20K. Terus masukkan dalam ASB. Redza pelan lama. Pelan sekarang baru, jadi savings anak korang lebih banyak. Yang ni nak tahu lebih lanjut kena tanya En Wan sebab bab jenis pelan-pelan ni agen lebih tahu.

Ok soalan kedua. Medical card company yang cover untuk anak-anak sekali. Memang ada majikan cover anak-anak pekerja sampai umur 18-20 tahun. Ramai rasa lega sebab anak dah secure, takyah risau pasal medical card sendiri. Tapi kat sinilah ramai terlepas pandang.

Protection daripada majikan tu sebenarnya bukan milik individu. Itu cuma benefit sementara. Bila anak mula ada rekod perubatan, contohnya pernah warded sebab asthma, atau accident, atau pernah claim untuk penyakit tertentu, semua itu tetap akan direkodkan dalam medical history dorang. Nanti bila dorang dah capai umur yang company takkan cover lagi, korang mesti nak buatkan medical card untuk anak, kan? Masa application tu nanti akan keluar semua sejarah perubatan sepanjang guna medical card company. Kalau dah ada sejarah penyakit atau pernah warded, risiko dianggap lebih tinggi. Akibatnya, application boleh kena exclusion (penyakit tertentu tak dilindungi), atau caruman jadi lebih mahal (loading), atau dalam kes tertentu terus ditolak (decline).

Inilah sebabnya aku selalu cakap kalau mampu, better buat medical card untuk anak dari awal, like masa dorang kecik belum ada medical history. Jangan tunggu sampai anak besar baru nak fikir pasal medical card. Protection bukan sebab nak guna sekarang atau tak, tapi nak make sure anak ada akses to treatment tanpa halangan. Nak tahu pasal pelan anak-anak ni tanya En Wan. Kalau bab underwriting insyallah aku bleh explain, tapi produk-wise sis tak pandai. Kena tanya En Wan - 012-4407757.