2025-09-22

Pandai ikut ayah, kalau ikut mak tak jadi apa


Tadi kat FB nampak post anak Erra naik stage kat sekolah ambil anugerah straight A IGCSE. Pastu ramai komen tahniah apa semua. Kau tau aku ternampak komen apa? Ada sorang ni komen "Pandai ikut ayah, kalau ikut mak tak jadi apa".

I was like...apesal ada orang boleh terfikir nak komen macam ni? Aku lansung tak terfikir nak komen macam ni, sebab dalam kepala otak aku kalau post tu pasal anak excellent, aku akan fokus pada anak tu punya result saja. Kenapa kau boleh terfikir nak kaitkan kebijaksanaan anak tu ikut ayah just because maknya takde degree? Seriously people?

Listen! Intelligence doesn’t just come from the mother or the father alone. Kajian genetik dah lama buktikan, kebolehan kognitif tu datang daripada combination a mix of many genes dari both parents. Jadi bila kau kata anak tu pandai sebab “ikut ayah”, that's plain lazy thinking. In other words, kau yang bodoh.

Gen bukan penentu tunggal. Epigenetik juga mainkan peranan. Ini jangan siapa nak argue, ya. Ini one of project aku dulu.

Epigenetik tu ialah bagaimana persekitaran mempengaruhi gen. Persekitaran kat rumah, cara anak dibesarkan, peluang belajar, sokongan, all of this shapes how far a child’s potential can grow. Anak boleh lahir dengan gen bijak, tapi kalau dibesarkan dalam keadaan toksik, potensi tu boleh hilang.

Maknanya apa? Bila dia kata, “Pandai ikut ayah,” he’s basically ignoring HALF of the biology and the ENTIRE psychology of development. Itu pemikiran dangkal, dan menafikan effort parents dan anak tu sendiri.

Ok, tahap pendidikan Erra. Sebenaunya dia nak sindir sebab Erra hanya ada SPM, jadi kononnya tak cukup bijaklah. Secara logik takkanlah anak tu mewarisi kepandaian maknya, ye tak? Inilah contoh tipikal mindset B40 yang samakan kelulusan akademik dengan value diri.

Ijazah is proof of someone’s effort, discipline, and commitment in completing an academic journey. Tapi kita kena ingat ijazah bukan satu-satunya ukuran value diri. Ada orang takde degree tapi ada sijil kepakaran bidang tertentu. Ada orang takde degree tapi ada kreativiti. Jadi bila orang kata “tak ada degree = tak pandai” ini sangat salah sebab kepandaian boleh lahir dalam bentuk usaha, not just through formal education.

Ada orang mungkin tak masuk universiti, tapi kemahiran sosial, pengalaman kerja and disiplin dia diperakui. Contoh Tokti. Takde degree tapi kepakarannya diakui dengan menang multiple awards. Awards ni siapa bagi? Mereka-mereka yang pakar dan berilmu dalam bidang tu. 

Erra sendiri, tanpa degree, masih berjaya as pelakon. Rasanya dia pernah mennag Best Actress FFM, kan? Juri-juri FFM bukan sebarang, ya. Semua pakar. Dan dia bertahan dalam industri lebih 30 tahun. That alone shows intelligence, strategy, resilience, and amazing adaptability. If that’s not “smart,” then what is?

Pelik, kenapa wujud orang yang bila nampak kejayaan orang lain, terus dia nak komen bitter? Kenapa tak boleh raikan kejayaan orang lain. Post tu bercerita pasal di anak, kenapa kau kona lipat ke maknya pulak? Apa kaitan? 

Imagine, maknya dah umur 50 tahun, dah berjaya as Miss Malaysia, berjaya as pelakon, as penyanyi tapi kau masih nak cerita berpuluh tahun lepas masa maknya belum ada apa-apa achievement? Logik, tak? Mindset kau stuck kat tahun 90-an. Tak mampu accept realiti orang dah jauh bergerak ke depan.

Sedih betul bila ada manusia yang mentalitinya stuck like a broken record repeating the same old stuff because they can’t create any new story about themselves. Kau nampak orang lain berjaya, kau triggered sebab kejayaan tu menunjukkan betapa kau masih duduk di takuk lama. Pedih hakikat tu, kan? Tapi tu bukan salah orang lain, that's your own weakness.

Jawapan aku simple. DENGKI. Tak puas hati tengok orang lain dapat spotlight, jadi untuk merasa lega, dia cari point nak cucuk. Dan dalam culture kita, target paling mudah ialah someone yang ada sejarah glamor, ada nama besar, dan cantik. Senang sangat orang nak label “Oh, dia cantik je, tapi tak pandai”. Sebab kau rasa menjadi cantik tu senang, kan?

Dey! Tengok jugalah kat mana kau tercampak. Kalau muka cantik tercampak dalam modelling, bukan kau sorang je yang cantik dan slim kat dalam tu. Ramai. Jadi nak survive, kau kena berkorban banyak. Jaga muka, jaga body, jaga network. Dan dalam entertainment industry, nak maintain relevan, nak cari rezeki halal, nak besarkan anak, all that takes a level of wisdom and mental toughness that most people probably couldn’t handle.

Kena ingat, siapa yang paling dekat dengan si anak sejak lahir? Siapa yang berjaga malam masa anak sakit? Siapa yang ajar disiplin pertama - bangun awal, hormat orang, cara bercakap, cara jaga diri? Most of the time, that all comes from the mother. Jadi bila anak berjaya, it’s not just about genetics or the school system. Tapi hasil bimbingan harian daripada parents, especially mak.

In developmental psychology, the attachment between mother and child has a big impact on academic performance. Anak yang dapat kasih sayang, emotional support, bimbingan, akan lebih konfiden, lebih bersemangat, dan lebih excellent dalam study. Jadi kalau nak kredit success si anak, don’t ever try to erase the mother’s contribution.

Selalu macam tu la. Culture kita ni. Kalau anak berjaya, mesti nak kaitkan dengan salah sorang, antara mak dengan bapak. Toksah kata orang lainlah, aku sendiri ni dari zaman Redza sekolah sampai sekarang, ada je yang hint-hint pandai tu sebab ikut bapaknya. Hanya kerana bapaknya grad overseas, otomatik akulah yang bodoh. But isokay. Ikut bapak ke, ikut mak ke, yang berjaya tu tetap anak aku, bukan anak kau. Hahahahaha.

Bila nampak posting anak orang berjaya, fokuslah pada pencapaian anak tu. Say congrats, ambil inspirasi, doakan yang baik. Tak susah pun. Itu adab paling minimum. Tak perlu kaitkan dengan sesiapa. Because at the end of the day, academic achievement tu hasil usaha si anak. Dia yang belajar, dia yang berkorban masa, dia yang buat revision. Anak tu yang berhak dapat spotlight penuh, bukan tempat untuk kau kajian pandai tu dari mak atau bapaknya. Yang kau tu busuk hati ikut siapa. Mak ke bapak kau? Haaa, kan.