2025-09-21
Inilah perangai yang aku paling menyampah. BERKIRA.
Ada sorang lelaki ni tulis, "Lelaki, korang wajib jadi kaya. Kalau tak, orang akan gunakan kau. Aku PJJ. Hujung minggu nak jumpa wife. Tapi abang aku nak bercuti, dia mintak aku jagakan mak"
Pastu dia tulis dengan panjang dan tak rasa bersalah (maybe dia rasa dia betul). Dia kata abangnya berduit. Selama ni abang hire nurse untuk jagakan mak. Tapi abang balik jumpa mak sebulan sekali je. Tak tengok pun mak tu setiap minggu sebab busy kerja. Bila nurse bercuti, dia pulak yang kena jaga mak. Patutnya abang sebab abang jarang balik jumpa mak.
Terus berdedai kena hencap dengan netizen. Aku rasa dia masih tak faham kenapa orang hencap dia. Mati-mati dia pertahankan dia PJJ dan highlite mentang-mentang dia tak berduit jadi abang "gunakan" dia. Aku baca macam, eh apa benaknya kau ni?
Dia macam ni tau. Si abang hire private nurse untuk jaga mak yang bedridden. At the same time, si abang kadang-kadang balik sebulan sekali dengan alasan sibuk kerja. Yang adik ni, katanya, terpaksa balik jaga mak everytime nurse cuti. Dia rasa terbeban sebab dia ada anak umur setahun lebih, dan PJJ. Jadi dia rasa unfair sebab “kenapa aku yang kena korbankan masa dan tenaga, padahal aku selalu balik masa mak sihat dulu”.
Sekilas baca, nampak macam simpati kat adik. Tapi 2-3 kali baca aku rasa si adik ni takde common sense. Mentaliti yang aku menyampah.
Look. Abang kau ada duit. Dia gunakan duit tu untuk hire private nurse. Kau tahu tak betapa mahal nak hire nurse full-time untuk jaga orang tua yang bedridden? Dah la bedridden, orang tua pulak tu. Bukan calang-calang jagaan orang tua. Ini bukan takat gaji nurse, tapi medical supplies, pampers, ubat, maybe ada suction machine, wheelchair lagi. Kos tu semua makan ribu sebulan. Kalau setahun?
Duit yang si abang keluarkan, dia boleh je guna untuk perbesaq rumah, beli kereta baru, atau cuti overseas. Tapi abang pilih untuk spend ke penjagaan mak. Itu bukan sikit-sikit duit. Itu silent sacrifices tapi sangat besar contributionnya.
Yang si adik kata terpaksa balik jaga mak bila nurse cuti. Maksudnya berapa kali nurse cuti? Seminggu sekali? Paling tak pun sebulan sekali. Banding dengan jumlah duit yang keluar every month, mana yang lebih heavy? Boleh dikatakan si abang maintain tanggungjawab yang lebih besar setiap bulan. Every month abang maintain bayar. Yang adik hanya take over tanggungjawab sekiranya nurse bercuti. Tapi adik meng-highlight as if dunia tak adil. Kalau aku jadi abang, aku tarik balik semua duit yang aku spend kat nurse. Kita bahagi dua. Nak adil sangat, kan?
Orang berduit ni takde masalah nak bahagikan tanggungjawab. Kau nak sangat adil? Dia boleh je kalau nak kongsi expenses. Turn dia kena jaga mak nanti, dia hire daily nurse take over. Apa adehal. Sebab dia berduit. Tapi kau? Kau dah lah takde duit, kena tong-tong perbelanjaan jaga mak pulak. On top of that kena jaga mak ikut turn everytime nurse bercuti. Mampu? Mampu sponsor pampers mak? Mampu cover kos ubat mak every month? Mampu luangkan tenaga and masa menjaga orang tua?
Mintak maaf aku cakap. Most people yang meratib dia miskin, dia gaji sikit, dia lack itu dan ini, selalunya SUKA KOMPLEN. Semua benda orang kena consider dia. Kau dah lah tak contribute bayar nurse, sesekali nurse bercuti apa salahnya kau take over jaga mak? Dahlah duit tak keluar, kederat pun kedekut. Patutlah miskin! Hah kan, geram aku.
Balik-balik highlite PJJ. Balik-balik highlite anak baru setahun setengah. Hello? Itu masalah peribadi. That's your choice. Jangan jadikan alasan untuk lepas tangan dari jaga mak. Kalau nak guna alasan tu, semua orang boleh create alasan masing-masing.
“Aku kerja jauh”
"Aku ada anak kecik”
“Aku stress kerja”
"Aku sibuk urus rumah”
Semua alasan tu memang sah ada. Dunia tak berhenti hanya kerana kau ada masalah sendiri. Si abang pun ada life. Ada kerja. Ada family. Tapi dia still ambil tanggungjawab paling besar, iaitu spend duit untuk jaga mak. Sebab dia tahu dia tak dapat guna kederat, jadi dia guna duit. Maybe juga dia rasa dia ada kelebihan dari segi duit, adik-adik yang lain takde. Jadi, dia handle bab duit.
So bila kau cari jalan keluar dengan merentan "mentang-mentang aku miskin, orang gunakan aku", itu namanya kau mencari jalan mudah. Padahal yang benaunya kau malas nak jaga mak. Kalau hujung minggu boleh drive balik jumpa isteri, kenapa tak boleh adjust masa untuk jaga mak bila nurse bercuti? Nurse pun tak cuti setiap minggu. Kalau nurse memang cuti every week, dari awal abang dah sit down dengan adik-beradik discuss turn jaga mak masa weekend. Ini sebab kebetulan je nurse bercuti. Masih lagi nak berkira? So selfish!
Birthday Mak Aji and Pak Aji, atau anniversary dorang, aku celebrate. Kalau aku yang celebratekan, aku tak mintak adik-adik contribute sebab selalunya aku spend agak banyak juga. Aku tak nak membebankan adik-adik. Tapi nasib aku baik adik-adik ada common sense. Kalau aku prepare all, dorang chip in. Berapa-berapa tak kisah. Sometimes birthday Mak Aji atau Pak Aji aku yang tak dapat balik untuk celebrate. Kalau birthday jatuh on weekdays, memang tak sempat nak balik. Jadi CT and Ibal celebratekan. Aku and Ima pula chip in.
Benda ni common sense kot. Kita buat part kita, semampunya. Dah kalau kita tak dapat keluar duit, keluarkanlah tenaga. Kena ingat satu benda. Itu bukan “mak abang kau”. Itu mak kau jugak. Bila si adik kata si abang buat peraturan sendiri suruh dia balik jaga mak masa nurse cuti, si adik patut tanya diri sendiri, "Peraturan apa? Itu tanggungjawab siapa?”.
Kalau ikut culture Melayu, selalunya anak perempuan yang terpaksa korbankan masa jaga mak ayah. Anak lelaki selalunya lepas tangan sebab sibuk kerja. Tapi dalam kes ni, abang dah keluarkan duit. Maknanya abang dah buat part dia. Kau sebenarnya bukan tengah lawan abang. Kau tengah lawan realiti. Kau sebenarnya tak nak hadap tanggungjawab. Tu je benaunya.
Dia kata masa mak sihat, muka dia jugak yang selalu balik. Okey, kita appreciate your help. Tapi masa mak sihat tak sama dengan masa mak sakit. Masa mak sihat, kau balik bukan sebab mak perlukan kau, tapi sebab kau nak luangkan masa dengan mak. Now bila mak sakit, itu dah soal tanggungjawab. Tak boleh guna track record lama as alasan untuk elak tanggungjawab sekarang.
Inilah perangai yang aku paling menyampah. BERKIRA. Dalam apa juga situasi, be it urusan keluarga ataupun urusan kerja. Budaya mengira. Siapa buat lebih, siapa buat kurang, siapa lebih terkorban, siapa lebih banyak. Kalau semua benda nak compare, hidup kau memang takkan tenang. Sebab apa? Sebab akan sentiasa ada orang yang buat lebih dari kau. Dan akan sentiasa ada orang yang dapat lebih dari kau.
Bila masuk bab parents, sebenarnya tak patut ada kira-kira macam tu. Tapi kalau nak kira juga, meh kita kira dengan logik.
Abang cover ribuan ringgit sebulan = 95%.
Adik cover masa nurse cuti = 5%.
Jadi siapa sebenarnya yang dipergunakan?
Patutnya bersyukur sebab hanya perlu berkorban tenaga sekejap-sekejap. Patutnya rasa ringan sebab abang dah cover part yang paling berat. But still kau pilih untuk rasa teraniaya. Itu sebab kau kena hencap.
Bila aku baca post tu, aku detect satu masalah je - EGO AND INSECURE. Ego sebab tak nak nampak diri sendiri kurang. Insecure sebab rasa kedudukan diri lebih lemah berbanding abang yang ada duit. Jadi dia cuba justify dengan kata “abang tak balik jaga mak pun, aku yang kena”. You are just trying to take the moral high ground, when in reality you are avoiding the truth.
Tahu kenapa kau rasa diri dipergunakan? Sebab kau rasa menjaga orang tua sakit ni beban. Kena mandikan, kena masakkan, kena salinkan pampers, kena bagi ubat. Kau anggap abang buat kerja "senang", iaitu hulur duit je. Kau anggap tugas abang tu tak berat, setakat hulur duit. Padahal, tanpa duit tu, lagi besar masa dan tenaga yang semua adik-beradik kena spend. Dengan masing-masing yang sibuk kerja, rasanya mau kering taik kat bontot mak tu tak berbasuh.
Tu sebab si abang willing keluarkan duit yang banyak. Sebab dia tahu dia takde kemampuan nak menjaga, jadi dia hire orang untuk jaga. At the same time, adik-adik pun boleh menumpang lega ada orang ambil-alih menjaga mak. Jadi masing-masing boleh tumpu pada kerja. Tapi kalau hanya kerana beberapa hari nurse cuti nak dijadikan alasan konon "aku dipergunakan", sorry to say lah. Memang patut pun miskin.
Ini sama macam isu everytime balik raya. Masing-masing tak reti-reti nak tong-tong duit adik-beradik untuk buat persiapan masak-masak raya. Mentang-mentang dia gaji sikit, jadikan alasan untuk taknak contribute duit. Dah lah tak membantu, tapi dia anak-beranak yang mentekedarah paling banyak. Ni semua pesen yang samalah. Asal mintak sumbangan duit adik-beradik je, alasannya "gaji kecik". Nak masuk 10 tahun meratib alasan yang sama. Eloklah tu, terkabul permintaan sendiri.