2025-08-18

Kerana dia bukan art graduate


Semalam ada satu post IGS aku share. Random people on street diinterview pilih mana satu celebriti pilihan. Perempuan tu pilih Huang Jingyu (Johnny) sampai ke susah. Then caption aku "Selamatkanlah perempuan ni, konfem kena hencap sebab pilih Huang Jingyu"

Then ada sorang ni tanya aku "Kenapa orang tak suka Johnny, kak?"

Fuhhh. Panjang kisah ni kalau nak cerita. Bear with me, ya.

Dari kesemua kisah-kisah dia, termasuk achievement dia sepanjang 9 tahun dalam industri, satu aku dapat simpulkan - KERANA DIA BUKAN ART GRADUATE.

Kat China, education dipandang tinggi. Kat sana MOST celebriti adalah university graduate. Dan kebanyakannya from Art Universiti Beijing. Johnny masuk industri bukan sebab ada network, let alone graduate from Beijing Film Academy. Dia spesis yang masuk casting dan buktikan kemampuan dari kosong. Masalahnya, dia lebih excel berbanding art graduates lain. Rekod tertinggi achievement masih dipegang oleh Johnny 23 nomination with 12 winning. Most of them nomination pun tak lepas, let alone win. Itu yang buat some people takleh hadam.

Dan Johnny bukan kategori mat smart. Walaupun dia runway model, tak bermakna dia terpaling hensem. Runway model fokus kat built saja. To be honest, Johnny bukan pretty face type macam Yibo, Xiao Zhan, Wang Hedi, Zhang Linghe, Chen Zhenyuen. Ini semua stok-stok muka comel. Sebab tu muka-muka ni banyak endorsement dan banyak berlakon idol drama sebab idol drama memang perlu muka-muka comel. Johnny muka manly. Kalau nak compare dari segi muka, dia memang tercampak ke belakang.

However, bila kita menjadi pelakon, acting skill-lah yang perlu ke depan, bukan muka. Sebab itu walaupun dia tak secomel yang lain, dan fanbase hanya 300 orang saja *julingkan mata ke atas*, dia tetap jadi pilihan director. Tengok je la how busy dia punya schedule. Back to back dengan drama and film shooting. Dia kata sehari ada around 40 minutes saja ME TIME (selain waktu tido must 6 hours). Makan minum kat lokasi. Nap dalam kereta. Me time yang betul-betul free hanyalah around 40 minutes. Itu pun dia buat untuk lepak dalam gym. Di rumah dia hanya balik untuk tido saja. Itupun jarang balik rumah katanya sebab most of the time dia ke sana sini, jadi akan lepak hotel.

So, macam mana seorang bekas atlet (oh yes, dia adalah bekas atlit Shanghai yang pernah menang Champion Jiu-jitsu), bukan anak seni, bukan graduate university, tiba-tiba meletup dengan drama Addicted dan terus pegang main lead selama bertahun-tahun? Entertainment China tak macam kita. Kat sana 5000 drama dan filem dihasilkan setiap tahun. Kau just imagine kalau 5000 drama setahun, berapa besar competition kau untuk dicalonkan di prestige award? That's why kat sana, setiap drama and movie dikira dengan nilai Heat Index. Drama yang cecah 5000 Heat Index dikira successful. Johnny punya drama SEMUA melepasi 8000 Heat Index. Ini salah satu sebab kenapa fans lain benci dia sebab dia always dapat good skrip.

Kat China, sistem di sana masih terikat dengan cultural hierarchy. Kalau kau bukan anak didik sistem (art graduate atau parents kau orang seni) kau akan sentiasa diuji kredibiliti. Contohnya Yang Yang si kayu. Kau rasa kenapa walau kayu dia tetap maintain? Padahal tak pernah menang satu anugerah berprestige pun. Hanya menang anugerah based on populariti.

Sebab, dia adalah art graduate (in Dance) dan maknya orang entertainment. Maknya dulu pelakon juga, tapi idoklah seberjaya Gong Li tu. Maknanya Yang Yang dah ada networking. Dia punya network tu punyalah strong sampaikan dia antara pembawa torch semasa Olimpik. Padahal achievement dia apa? Tapi sebab dia banyak endorsement dan muka pun comel, dan dia adalah anak didik the sistem, maka dia layak.

Tapi kan, inilah ironinya. Johnny seolah-olah dah pecahkan dominasi sistem tu. Dia buktikan dari Addicted (2016) ke Operation Red Sea (box office), ke drama-drama hits macam The Thunder, Chasing the Undercurrent dan My Dear Guardian, projeknya tak pernah flop. Dia buktikan dia pilihan juri walaupun bukan art graduate. Dia buktikan pengarah sanggup tunggu sampai 4 tahun until schedule dia free semata-mata nakkan dia juga lead the drama.

Tapi orang kat sana tak nak budaya sistem tu berubah. Dorang tak nak one day sesiapa je boleh jadi celebriti tanpa masuk dulu the sistem. And this is one of the main reason why they hate Johnny so much. Sebab dia tak masuk dalam acuan biasa yang orang dah set. Bila kau tak ikut acuan, you are so easy to hate lah jawabnya. Kehadiran kau seolah-olah mengganggu sistem. Tapi yang kenal dia, yang observe cara dia berkerja, yang tengok body of work dia akan faham kenapa perempuan dalam video tu pilih Johnny sampai ke sudah. Because he is real. Somestimes yang real itu yang paling susah diterima.

Kalau kau tengok semua drama and filem Johnny (especially dalam drama), kau akan realized dia sebenarnya bagitahu audience sejarah hidup dia. Fans dia sedar ni. Contohnya dalam Love Song in Winter. Dia dari engineering student yang akhirnya jadi polis sebab tak minat dengan engineering. Itu true story. At age 16 dia dapat masuk engineering stream di High School, tapi after a while dia tak rasa nak continue. So dia quit.

Dalam Ace Troops lagi obvious. Macamana dalam drama tu tunjuk Gao Liang masuk dalam "sistem" tentera tanpa ada kelayakan as tentera. Dalam drama tu Gao Liang terpaksa berhenti junior school sebab abangnya mati. Takde siapa jaga dia jadi dia terpaksa stop school and bekerja di lombong arang batu. Dia decide nak masuk tentera bukan sebab nak jadi tentera tapi sebab nak berkawan dan ada tempat tinggal yang proper. Dan dalam kem, pegawai semua suka dia walaupun Gu Yiye lebih educated. Sebab pegawai-pegawai nampak Gao Liang jenis work hard, suka berkawan, baik dengan semua orang.

Yang paling terkesan bila pegawai kata "Kalau aku perlu pilih antara Gu Yiye dengan kau, aku pilih kau. Sebab Gu Yiye educated dan familinya juga berpangkat. Dia mampu memilih. Tapi kau tak mampu memilih. Jadi kau lebih sesuai terus tinggal di sini" - I cryyyyyy. Because yang tahu journey Johnny untuk masuk dalam "sistem" knows itulah cerita hidup dia sebenarnya.

Nanti ada satu scene dalam Ace Troops bila selepas perang, semua tentera yang dapat pingat penghargaan dapat peluang naik pangkat. Tapi kena ambil exam. Dan syarat ambil exam tu mestilah sekurang-kurangnya ada juniot high school certificate. Semua kawan-kawan dapat ambil exam, Dia sorang tunggu luar dewan. Bila orang tanya kenapa dia tak ambil exam, dia kata dia tak habis sekolah sebab takde duit. Tapi akhirnya walau dia bukan orang dari "sistem tentera", dia jadi Commander. Johnny sebenarnya menceritakan his story in a different way.

Lepas quit dari skolah, Johnny cari kerja kat Shanghai. From waiter restoran, tukang bakar BBQ, kerja kat karaoke bar, kemudian dapat jadi model, dan akhirnya pelakon. Dia kata jadi pelakon tak pernah ada dalam impian, tapi dia buat because itu saja cara untuk dia senangkan hidup mak bapak. That explains kenapa dari dulu until now dia masih konsisten tak main media sosial, tak bukak fanclub dan tak kisah samada dia famous atau tak. Dia cuma nak sentiasa ada kerja. Disebabkan dia berjaya walau keep himself low key, punnnnnn jadi kemarahan orang.

Masa awal-awal meletup dengan drama Addicted (2016), benda pertama yang netizen check adalah education background. The moment orang tahu dia tak habis sekolah, dah red flag. Pastu orang korek media sosial dia. Masa tu takde jumpa apa-apa yang buruk. Segalanya CLEAN. Orang tak puas hati takde isu nak jatuhkan dia. Percaya tak, dia dari China tapi fanclub pertama dia adalah dari Korea dan Thailand?

Masa pertama kali dia datang Korea selepas drama Addicted tamat siaran, Gimpo International Aiurport tu lumpuh operationnya, ya sebab fans terlalu ramai. Airport management have no idea dalam flight tu ada sorang celebriti yang sepopular tu pada waktu tu. Dorang terpaksa tahan Johnny dalam flight, and police kutip dia dari plane keluar ikut pintu lain. 

Pastu Johnny tulis kat Weibo account dia "Jangan penuhkan airport selepas ni sebab saya nak jumpa kamu semua. Kalau penuh sangat, mungkin selepas ni saya takkan dapat keluar dari pintu arrival yang biasa untuk lambai kepada kamu semua". Takde lagi ya retis China yang berjaya lumpuhkan airport Korea. Sejarah yang belum dapat dibreak ini yang menambahkan lagi kemenyampahan orang kat dia.

Bila takde sebarang benda buruk nak dikondem, maka dorang gunakan isu GAY untuk burukkan Johnny. Drama Addicted tu genre boy's love. Drama tu dibanned sebelum sempat habius tayang. Stop setakat episod 15 saja. Takde proper closure. Bukan saja drama tu dibanned. Dengan pelakonnya sekali dibanned dari kelihatan bersama-sama. Maknanya Johnny and Timmy tak boleh berlakon bersama. Sebab tu sampai sekarang takde projek between Johnny and Timmy.

Maka sampai sekarang isu gay sentiasa dikaitkan dengan Johnny. Dorang nak buat sampai Johnny dibanned terus dari industri. Jahat tak jahatnya netizen. Imagine, ya. Kat sana berapa ramai pelakon pernah berlakon genre boy's love? Ramai.

Johnny Huang & Timmy Xu
Gong Jun & Zhang Zhehan
Wang Yibo & Xiao Zhan
Luo Yunxi & Chen Feiyu
Fan Chengcheng (lupa pasangannya siapa)

...tapi kenapa Johnny saja dorang sebut-sebut as gay? Padahal yang lain pun belum kawen juga. Timmy Xu je yang dah selamat kawen, dah ada anak dah pun.

Nampak sangat dorang attack Johnny sebab nak wujudkan naratif Johnny is a real gay so that kerajaan akan banned Johnny terus. Sampai sekarang, everytime Johnny baik dengan macamana co-star lelaki, haters akan zoom in and out video untuk create naratif gay tu. Nak bagi orang percaya Johnny memang gay.

Aku rasa satu benda yang buatkan isu ni asyik dimain-mainkan berkali-kali adalah sebab Johnny tak pernah berbunyi. Dia tak pernah buat statment "I am straight. It was just a role". Tak pernah. Dia tak cakap dia gay, tapi dia juga tak reject bila orang shipping dia dengan lelaki. Dia buat dek je. Dalam most variety show, dia cool je bila lelaki peluk, atau pegang tangan, atau buat lawak bromance.

Contohnya macam Jackson Wang. Dia suka sangat pegang Johnny. And terang-terang dia tunjuk dia adore Johnny tapi kenapa Johnny kena cop gay but not Jackson Wang?



Jackson mengaku dia selesa dengan Johnny sebab Johnny warm. Sape je la lelaki yang tak suka dengan Johnny. Dalam variety show Natural High Season 2 tahun lepas, Wang Anyu kata "Lepas bersama Huang Sir, now I know kenapa orang suka kat dia sebab saya pun suka dia". 

Muka je maskulin, tapi perangai soft and kadang-kadang blur. Bila dengan co-star lelaki, dia auto jadi macam protector. That big bro energy & gentleness buat dia senang sangat dishippingkan dengan lelaki especially kalau co-star muka comel.



By the way itu semalam masa orang tengah sibuk nak rehearsel final race, dia dengan "aktiviti luar kawal". That is Huang Jingyu. Kalau jumpa beskal, motor atau anything yang boleh bergerak walaupun troli, nescaya bendalah tu jadi macam-macam kat tangan dia. 

Oh lupa nak update. Final race semalam team Johnny CHAMPION!! Live stream. Terpekik-pekik aku kat sini. Menyokong dari kejauhan.

Bagi aku, Johnny ada magnetism yang buat semua orang curious. Ramai co-star like Wang Anyu, Jackson Wang, Justin Huang, and team military dalam drama-drama military semua kata dia sangat warm and protective. Lelaki tengok pun rasa "wow", so jangan peliklah kenapa perempuan tadi pilih Huang Jingyu sampai ke sudah. Aura dia tak overly flirtatious.

Hari tu ada satu video Jackson Wang orang share. Jackson Wang ni artis China yang jadi K-idol. Dalam interview tu Jackson kata dia takde anyone now. Ramai la yang cakap "Because he can't forget Huang Jingyu". Cam sial.



So now achievement netizen takleh sangkal. Kepercayaan dari director pun dorang takleh netizen. Isu gay pun takde bukti-bukti jelas. Next apa?

Next, dorang cuba cari sekecil-kecil attitude buruk untuk diperbesarkan. Maka tercetuslah isu harsh. Johnny dikatakan kasar. Padahal Johnny tu bukan kasar, tetapi dia ada bad-boy vibe. Sebab itulah dia berjaya dalam casting drama Addicted dulu. Watak Gu Hai tu sesuai sangat dengan bad-boy vibe yang ada pada diri dia.

Bad-boy vibe ni tak semua orang ada. Orang yang ada bad-boy vibe ni, kalau bawak watak military, polis, undercover - memang menjadi. Dari tinggi, bentuk badan, muka dengan perangai semua ada bad-boy vibe. Johnny ada ni. Sebab tu balik-balik dia je pegang watak beruniform because director pun tahu dia je sajak bawa role ni. Orang yang tak biasa dengan alpha-male yang senyap akan salah faham. Di mata dorang, Johnny kurang mesra dan tak layan orang. In realiti, itu cara dia regulate energy untuk kerja.
 


Itu antara video-video yang netizen guna untuk jadi modal "membuktikan" Johnny seorang yang kasar, iaitu cara Johnny tutup pintu kereta. Kau rasa nak gelak tak itu ciri-ciri seorang yang harsh? Agak-agak kalau aku cakap Mak Aji pelepuk aku dengan pemukul lalat apa dia labelkan mak aku agaknya.

Yang sebenarnya admire Johnny ada gaya bad-boy semula jadi yang tak perlu dibuat-buat. Itu sebab Johnny nampak so manly. Setakat tendang pintu kereta pun jadi hal. Lainlah kalau dia tendang muka kau, bangang! Pastu video clip masa Johnny enter Jiu-jitsu competition SEBELUM jadi pelakon pun dorang jadikan modal betapa kasarnya Johnny. Kalau dah nama haters tu kan, yang tidak-tidaknya modalnya. Yang benaunya jeles sebab Johnny ada martial art skill yang sebenar. Boleh buat stunt sendiri dalam movie. Idola dorang kan semua lembik.

Nasib baiklah isu harsh ni fans boleh fight back dengan reality program yang dia involved in. Contohnya dalam Mr Housework and Let Go of My Baby. 500 jam kena spend menjaga anak kecil, takde orang yang boleh sorok perangai sebenar. Dengan handle anak-anak yang tantrum lagi, kau takkan mampu bersabar selama 500 jam (20 hari). Jaga anak kecil ni kau tak boleh menipu. Budak-budak tahu dengan siapa dorang suka dan selesa. It turns out the kids enjoy being around Johnny. Dalam program tu pulak tunjuk Johnny bukan saja boleh jaga anak tapi jadi tukang masak utama. Lagilah mati kutu netizen tak tahu nak hencap apa sebab husband material sangatttt.

So isu harsh ni dorang tak dapat nak drag panjang sebab ada banyakkkkkk bukti dari behind the scenes, candid videos, reality program and statement dari crew yang support Johnny bukan orang yang kasar. By the way, bila program ni release, Johnny dapat gelaran yang kekal sampai sekarang iaitu, NATIONAL HUSBAND. Hehe. Kat China ada 2 aktor je dorang gelatkan as National Husband. Pertama Johnny. Kedua Song Joongki.
 


So itulah dengan panjangnya aku bercerita sebab-musabab kenapa orang selalu sakit hati dengan Johnny. Dan satu lagi, dia adalah pemegang share iQIYI Hong Kong. Dan HJY studio adalah agency management yang ada 10 orang artis di bawahnya. So Johnny sebenarnya bukan actor semata-mata. He is building an empayar. 

So you tell me, someone yang bukan dari art university, endup jadi A-List actor, pemegang share iQIYI dan a company owner yang manage 10 orang celebriti - reason yang sangat strong untuk dibenci, kan?