2025-08-19

Ini sebenarnya bukan cerita pasal kuah, pasal timun, atau pasal lauk tak cukup. Ini cerita tentang seorang isteri yang penat.

Aku nampak luahan ni kat Thread:

Mintak mahap, kalau aku ditempat perempuan ni, sumpah aku terbalikkan meja makan tu. Aku pernah je tendang TV sebab bengang sangat, so setakat kuah lauk nak lempar kat muka suami macam ni, no hal.

Ini sebenarnya bukan cerita pasal kuah, pasal timun, atau pasal lauk tak cukup. Ini cerita tentang seorang isteri yang penat. Penat fizikal, penat mental, penat emosi. Tapi yang duduk depan meja tu tahu nak jadi TUAN. Bukannya suami. Tapi tuan yang expect semuanya disediakan dengan sempurna, ikut selera tekak dia, ikut kehendak dia, ikut mood dia.

And this hurts deeply. Because in a marriage, what we want is a partnership. Kita nak someone yang bila kita letih, dia faham. Bila kita penat masak, dia appreciate dan tak banyak bunyik. Makan je apa yang dihidang. Bukan cari apa yang takde, tapi nampak apa yang dah dibagi. Tapi bila kau hidup dengan lelaki yang rasa dia lebih tinggi kedudukan daripada kau, yang anggap layanan kau tu hak mutlak dia, kau bukan lagi isteri, kau dah jadi pembantu rumah tak bergaji.

Suami jenis ni tak tanya pun isteri penat ke tak. Let alone nak fikir lauk tu masak guna duit siapa, tenaga siapa. Dia cuma tahu komplen. Sebab dalam kepala dia, kau adalah isteri yang kerja memasak tu kau kena buat dan apa yang kau buat mesti puaskan hati dia. You owe him that. Sebab dia suami. 

Bila lelaki rasa title “suami” tu bermaksud dia automatically ada kuasa atas hidup kita, itulah masalahnya. Orang yang tak pernah masak, atau tak pernah jadi giver dalam rumah tangga maybe tak faham kenapa satu ayat simple “takde kuah ke?” boleh trigger orang. Ini bukan tentang kuah, ya. Tapi tentang tak dihargai. Everyday masak dengan effort, tapi yang suami nampak cuma apa yang tak ada. Eh penat tau tak?!

Kau yang masak, kau beli barang dapur guna duit sendiri, kau masak ikut selera dia, tapi dia tetap komplen. Hari ni takde kuah, esok takde timun. Lusa mungkin tak cukup pedas. Benda ni tak pernah habis. Because it’s not really about the food. It’s about power. It's about siapa yang boleh dictate apa yang layak dan tak layak.

And silently, it kills you emotionally. Lama-kelamaan kau akan nampak suami as beban, bukan partner. Because he never sees the effort. Dia cuma nampak kekurangan.

Ramai orang tak sedar in a marriage, the deepest wounds don’t come from shouting or slaps. Tapi dari rasa tak dihargai. Rasa macam kita ni tak pernah cukup. Dah bagi banyak pun, masih tak cukup. Bila lelaki lupa beza antara “suami” dan “tuan”, itulah permulaan retaknya hati isteri. 

And you know what’s sad? Kadang-kadang perempuan macam ni bukannya tak sayang. Tapi sayang dia diuji hari-hari dengan perangai suami yang tak reti appreciate. Yang tak pernah reflect diri sendiri. Yang rasa entitled sebab dia suami. Katanya agama suruh isteri taat pada suami. Tapi dia lupa agama juga suruh suami berlaku adil, lembut, dan menghargai.

Being a husband doesn’t give you the right to act like a king. You are supposed to be a leader, yes. Tapi pemimpin yang baik bukan yang demand dihormati, tapi yang LAYAK dihormati. Bukan duduk goyang telor tunggu isteri servis semua. 

Kalau kau betul-betul sayang isteri, puji dia. Kalau dia masak tak sedap pun, cakap elok-elok. Kalau lauk tak cukup, keluar pergi beli. Kalau dia penat, tolong. Tak susah pun benaunya. Telor kau je berat.

Aku tak reti taat membabi buta. To me respect is earned, not inherited by marriage. Aku takkan taat melulu hanya kerana kau suami. Aku hormat kau, as long as kau hormat aku. That’s the baseline. Ini bukan tentang melawan suami. Ini pasal logik dan keadilan.

Taat dan hormat tu dua benda berbeza. Respect is mutual. Tapi taat? Taat perlukan trust dan leadership. Kau nak orang taat kau, tapi kau sendiri pun lost, tak reti handle emosi, tak tahu nak provide mana yang patut, tak reti guide family, takda hala tuju hidup, pastu expect isteri taat? Nak taat sebab apa? Reasonnya apa?

Kau cuma lelaki yang berjaya kahwin dengan aku je (ini general statament, bukan tuju kat En Wan). That’s it. Kedudukan suami dalam Islam memang tinggi, tapi bukan tiket untuk kau demand loyalty macam raja. I chose to spend my life with you, not to lose myself in this marriage. Kalau buat aku hangin, memang kau mendapat. Tu je cara aku settlekan.

Aku ni jenis orang yang sangat boleh bertolak ansur. Tapi once kau pijak kepala, siap. Aku pernah je tendang TV sebab hangin sangat. Tak tersedar tertendang. Kahkahkah. Cuak muka En Wan bini dia mengkarate TV. Itu cara-cara aku control. Kalau tak control, maybe dia yang aku tendang.

Secara generalnya, this is not about kurang adab. Bagi aku kalau perempuan terus dibentuk jadi pasrah, sabar, diam walau hurt, itu satu bentuk penderaan mental.

Kahwin bukan lesen untuk kau own aku. You don’t own my thoughts, my emotions, my opinions, or my decisions. We are supposed to build each other, not break each other down. Ada sebab kenapa Allah suruh lelaki jadi qawwam, iaitu pemimpin. Sebab tanggungjawab dia berat. Nak jadi qawwam, kau kena ada ilmu, ada sabar, ada akhlak. Bukan sekadar ada batang! Kalau kau demand taat, pastikan kau memang layak ditaati.

Hari tu aku baca sorang makcik ni tulis "Baru sekarang aku mengerti kebanyakan rumah tangga yang kekal itu adalah kerana isterinya banyak diam".

Are we serious here?

Blind obedience is how abuse thrives. Bila kita train anak perempuan dari kecil untuk “jangan banyak soal, ikut je suami kau”, we are actually planting seeds of trauma. Sebab tu ramai isteri diam walau suami dera, suami curang, suami malas. Sebab nak kejar syurga.

Allah tak pernah suruh kita jadi bodoh demi taat. Islam suruh guna akal. Guna hikmah. Guna timbang rasa. Taat tu datang dengan syarat. Selagi tak bercanggah dengan agama dan logik. Kalau suami suruh pukul anak, curi duit, atau abaikan mak bapak kau, kau masih nak label tu as taat? Please lah. Respect must be earned, even in marriage.

Kau nak aku hormat kau? Make yourself respectable. Treat me as a partner, not a servant. Jangan harap taat kalau mulut kau asyik nak marah, nak meninggi suara 24/7, nak naik tangan, dan takde timbang rasa. 

Aku maybe tak boleh jadi wakil bagi semua isteri, tapi aku tahu ada yang macam aku. Yang tak kisah kalau suami susah. Yang tak kisah sama-sama struggle. Yang tak kisah kongsi gaji. Tapi aku kisah kalau kau rasa entitled. Bila kau rasa kau boleh buat apa kau suka sebab title “suami”. Oh this I kenot.

Taat ni bukan benda automatik. Kena ada sebab. Kena ada reason. Taat dalam ruang lingkup kasih sayang dan kerjasama. Bukan dalam pressure dan ketakutan. Bukan dalam keadaan di mana suami duduk arah itu ini, isteri buat semua, tapi suami tak reti nak appreciate. 

Aku boleh taat kalau aku percaya kau mampu lead aku. Kalau aku nampak ada wisdom dalam tindakan kau, yes I'm ok jadi taat. Tapi kalau kau tak pernah dengar opinion aku, ego - no, I won’t taat. I will question. I will fight. Ini bukan tentang "perempuan always right", ya. Ini tentang mutual respect. 

Taat bukan bermaksud tunduk membabi buta. Taat lahir bila ada rasa selamat, bila perempuan tahu suami bukan saja mendengar, tapi faham. Bila isteri rasa dihargai, dilibatkan dalam semua keputusan. Jangan minta taat kalau kau sendiri tak amanah dengan tanggungjawab. Sebab dalam rumahtangga, kita bukan main peranan ikut jantina. Kita berkongsi peranan ikut kebijaksanaan. 

Taat yang membabi buta takkan hasilkan keluarga yang sihat. Dia cuma hasilkan isteri yang lost, anak-anak yang confuse, dan suami yang lupa diri. The real strength of a woman is knowing when to say “no”. Tahu when to rise and speak up. Yang tak takut nak marah bila dizalimi. Yang tak takut nak kata tak setuju kalau rasa benda tu salah. Perempuan yang bijak bukan yang sabar sepanjang masa. Tapi yang tahu bila nak sabar dan bila to stand her ground.

Kalau kau nak isteri taat, jadilah lelaki yang layak ditaati. Jadi suami yang tahu bersyukur. Yang tahu bila isteri tu bangun awal pagi, pergi kerja, balik masak, beli barang dapur dengan duit sendiri - itu ihsan. Itu pemberian. Kalau kau tak tahu hargai pemberian, jangan mimpi nak dapat ketaatan.

Taat yang lahir dari takut, dari tekanan, dari terpaksa, eventually, hati isteri akan mati. Dia mungkin masih masak, masih gosok baju kau, masih buat semua yang kau suruh, tapi dia bukan buat kerana kau suami. Dia buat sebab dia dah penat melawan. Dah tak ada tenaga nak explain sebab kau benak. 

Kalau tak mampu tolong isteri, jangan jadi orang yang menyakitkan hati. Sebab tak semua orang masak dengan happy. Ada yang masak sambil menangis sebab penat, tapi dia tetap buat. 

Aku selalu cakap kat En Wan, kita sama-sama kerja. Tapi balik dari kerja aku terus masak so dia boleh sambung buat kerja ofis di rumah. Aku take over urusan rumah so that dia ada waktu concentrate dengan kerja-kerja dia and can achieve target. Jadi, apa yang aku masak, sila makan jangan komplen. Kalau kau start komplen, aku akan buat sampai kau lansung takleh concentrate dengan kerja nanti.

Bukan marah. Nasihat.