2025-07-05

Johnny and tuduhan gay.



Atas ni video yang berkeliaran di Weibo and Xiaohongsu. Some people dah start mainkan balik isu gay ni. Ni semua benda biasa bila good news tentang Johnny muncul. Kan baru-baru ni dorang release news 5 projek Johnny akan release in Q4. 5 kot! Mau tak merentan fans lain. Apa dorang nak cerita nanti kalau penuh dengan cerita Johnny Q4 nanti. Jadi, from now dorang start punggah balik video-video ni.

Kadang kesian aku tengok Johnny Huang ni. Dari 9 tahun lepas, konsisten betul orang paksa dia jadi gay. Hebat betul penangan lakonan dia dalam Addicted, dah 9 tahun orang masih cuba meng-kapel-kan dia dengan lelaki. Setiap kali ada projek baru, orang sentiasa cari sekecil-kecil 'bukti' supaya tuduhan dia adalah gay kekal relevan.

It all started in 2016, masa drama Addicted meletup (boleh tengok kat WeTV and iQIYI). Dalam drama tu, Johnny berlakon as Gu Hai, kawan sekelas Bai Luoyin (Timmy Xu pegang watak ni). Drama ni asalnya web drama, 18 episod je. Tapi at episod 15, kerajaan China stopkan sebab waktu tu drama ni dah tersangat kuat impaknya, 100 juta views setiap hari. Silapnya, bila kerajaan China banned, impaknya jadi makin besar especially di kalangan fans BL (Boys' Love). Drama ni punya impact sampai kes kena banned ni masuk Wall Street Journal news.

Ramai je pelakon China yang berlakon Boys' Love theme tapi impak Addicted ni lebih lagi sebab lakonan Johnny masa tu sangat convincing and chemistry dia dengan Timmy terlalu real sampai orang percaya dorang memang bercinta betul-betul in real life. Karakter Johnny yang naturally ada bad-boy vibe buatkan dia sangat diidola kan masa tu. Padahal star dalam drama tu sebenarnya Timmy Xu. Sedangkan waktu tu Johnny is a new comer. Itu drama pertama dia. Tapi dia carry watak Gu Hai dengan smooth, dengan muka manly, badan tinggi tegap and karakter bad-boy - buatkan lakonan dia nampak real.

Bila drama tu ditarik balik dan dorang berdua dilarang muncul bersama dalam mana-mana program, konspirasi jadi makin kuatlah. Fans mula assume kerajaan pisahkan 'pasangan cinta sebenar', and since then the 'CP' (couple pairing) fandom mula mengkaji body languange Johnny and create teori-teori yang makin ekstrem. Masalahnya, fandom jenis ni tak move on. Walaupun Johnny dah cakap dia straight, dan sejak tu dia banyak ambil watak maskulin like tentera, polis, detektif, etc, masih ada CP fans tetap cari clue kononnya dia sembunyikan identiti sebenar. CP fan ni extreme sikit. They take anything dari warna baju, caption Weibo, siapa Johnny dia follow, even cara dia gelak pun nak disamakan dengan mana-mana lelaki untuk buktikan Johnny and that lelaki is together secretly.

Kat China ada 2 jenis fans - CP fans and Solo fans. CP fans kategori gila. Kalau dorang tengok satu drama and suka that couple, dorang akan sokong that couple saja. Dorang takkan sokong pelakon tu secara individu. Kalau that pelakon berlakon drama lain, dorang takkan support kecuali that pelakon berlakon atau terlibat dengan mana-mana project with couple yang lagi satu tu. Macam aku, solo fans. Solo fans tak kisah siapa pun dia pair, dia kawen ke, dia ada girlfren ke - meiyou wenti. Kita akan terus support.

Kalau sesiapa follow entertaintment kat sana, everytime Johnny berlakon dengan mana-mana actress, atau ada gosip, CP fandom ni akan serang actress tu. Dorang akan kata semua tu fake PR relationship. That's one of the reason Johnny tolak genre idol. Dia fokus pada strength genre. Cara-cara fokus kat genre profesional pun, that same narrative just won’t die. It’s still clinging to him. Padahal Johnny sangat low key, private life dia jarang dia tunjuk. Fokus kat kerja, tapi kerana satu drama yang terlalu impactful, dia macam stuck dalam bayangan watak tu sampai sekarang. Orang tak boleh lupa watak Gu Hai.

Sebenarnya, drama Addicted tu ditarik dengan terlalu sudden. Orang masih mahukan closure. Disebabkan cerita tu takde closure yang proper, tu yang sampai now orang masih terbayangkan Gu Hai dalam diri Johnny. Aku sendiri tengok Addicted berkali-kali. Jalan cerita dia best. Sedih sebenarnya cerita Gu Hai dengan Bai Luoyin tu. Dua-dua macam tak dipedulikan sangat oleh parents masing-masing. Masing-masing hidup sendiri. Bila takde tempat nak luah, takde orang nak faham, dorang jadi rapat. Mula-mula macam tak ngam, asyik gaduh je, tapi lama-lama it became a place of support. Padahal masing-masing pernah ada girlfren. Maknanya Gu Hai and Bai Luoyin bukan gay. Tapi dorang saling memahami and care for each other. Dorang macam terjumpa satu sama lain waktu paling sunyi.

Teringat Andy Lau kata pasal Leslie. Dia cakap "Leslie wasn't gay. It just so happened that the person he loved was a man". Sedih betul aku dengar Andy Lau cakap macam ni. Which betullah tu. Padahal Leslie pernah ada girlfren dah sebelum tu. Tapi bila break dengan girlfren, dia rapat dengan someone yang mendengar masalah dan care pasal dia, too bad orang tu lelaki. Maybe dia pun tak sangka dia akan tersayang seorang lelaki.

Walaupun Addicted cuma ditayangkan 15 episod sebelum kena banned, impaknya luar biasa. Populariti Johnny meletup sekelip mata. Orang terkejut mana talent ni datang tiba-tiba muncul and terus boom. Sekejapan dia popular kat luar China. Fanclub tumbuh macam cendawan kat Thailand, Filipina, Vietnam, Korea and America Latin. Padahal he is nobody. Takde history berlakon di mana-mana tapi dah internationally recognize. Timmy Xu yang masa tu dah jadi star pun tenggelam dek Johnny. He was recognized as a talented actor even though it was his first drama.

TAPIIII...kesan negatifnya, stigma “gay” sampai sekarang kekal. Walaupun dah banyak kali dia tekankan dia straight, fandom CP still rejects that statement. Awal-awal dulu, disebabkan dia punya famous mendadak sampai nama-nama lain tenggalam, haters start main isu gay ni untuk benamkan dia dari industri. Banyak big brands tarik balik kontrak. Dia susah nak bina image romantik straight dalam drama sebab orang dok highlite dia gay. Fandom CP pulak tolak bila dia paired dengan heroin. Big project terlampau berhati-hati nak ambil dia sebab takut backlash dari fandom BL ekstrem.

From someone yang dah famous internationally mendadak-dadak, tiba-tiba jatuh menjunam sampai jadi supporting actor saja dalam next drama "My Demon Girl" (2016). Tapi dia ok je jadi supporting ke, jadi extra ke. Dia jalan terus. Rezeki dia dapat offer filem Operation Red Sea in year 2018. Watak Gu Shun sangat menyerlah. Dia menang Best Newcomer kat Asia Film Award. ASIA, YA! And the rest is history...

Video clip awal tadi orang dok zoom in zoom out apa saja tentang Johnny supaya dapatkan kekalkan naratif bahawa dia suka lelaki. Padahal mental sihat macam aku ni bila tengok video clip tu, takde apa pun. It shows Johnny sangat disenangi oleh co-star dan sesiapa saja yang involve dalam project with him. Baik dengan Wang Ziqi, Justin Huang, Simon Gong, Wang Anyu, Jackson Wang - takde apa yang pelik. Memang tak boleh ke lelaki sama lekaki berkawan baik dan caring? Memang tak boleh ke Wang Ziqi hug bahu Johnny? Memang tak boleh ke Johnny usap rambut Justin? Memang tak boleh ke Jackson pegang tangan Johnny sebab takut tempat tinggi? It shows Johnny sangat disenang, boleh diharap dan caring.

Johnny tu anak tunggal. Dalam keluarga belah mak and ayah dia pun, dia cucu paling bongsu. So boleh imagine dia dah biasa dapat perhatian and kasih sayang yang banyak. Dia pernah cerita cousin-cousin dia semua manjakan dia until now. Maknanya, dia dikelilingi dengan rasa sayang yang banyak. Orang yang banyak kasih sayang dalam dirinya, sangat senang bagi bahagia and sayang pada orang lain. That's why dia tak kisah kawan lelaki peluk atau pegang tangan sebab boleh jadi dalam keluarganya benda-benda macam tu biasa.

But it's ok Johnny. Haters yang gunakan naratif gay ni sebenarnya takde modal lain. 9 tahun dah, masih lagi dorang angkat naratif yang sama. Maknanya apa? Maknanya Johnny is too clean for them. Takde skandal, takde kontroversi murahan, tak pernah buat hal. So dorang recycle benda yang sama, sebab tu je bahan yang dorang ada. Yang kelakaunya, makin dorang cuba push naratif tu, makin obvious Johnny tak pernah layan benda-benda ni. Kalau betul gay tu wujud, dah lama meletup dengan bukti kukuh. 9 tahun takkan satu bukti pun tak dapat? But until now, still nothing. Cuma teori dan over-analisis. Loser.