2025-06-08

GreenAard: Kenapa penting ambil fiber dulu sebelum makan nasi (atau makanan tinggi karbohidrat)?

Hari tu post aku pasal Maaltyd, ada yang tanya kenapa kena ambil Maaltyd sebelum makan. Kenapa bukan lepas makan, atau waktu lain? Dan apa kaitannya dengan Maaltyd.

Ok, yang pertamanya, Maaltyd ada fiber. Fiber ni dalam bahasa mudahnya adalah serat dari tumbuhan yang badan kita tak boleh hadam sepenuhnya. Ada dua jenis fiber. Pertama, soluble fiber. Ini jenis larut dalam air. Bila kita bancuh, dia jadi macam gel pekat. Kedua, jenis insoluble fiber. Hat ni tak larut dalam air, dan fungsinya lancarkan pergerakan usus. Yang aku nak cerita sekarang adalah jenis soluble fiber. Maaltyd punya komponen adalah dari jenis soluble fiber. Soluble fiber ni main peranan besar dalam mengawal gula darah, kawal selera makan, dan kawal berat badan.

Analoginya macam jalan raya. Bayangkan perut dan usus kita ni macam highway. Bila kita makan nasi (karbohidrat), gula akan bergerak laju masuk ke aliran darah. Kalau tak ada sekatan (macam tol), gula dari nasi terus merempit masuk ke darah. Ini yang kita panggil "sugar spike" yang mana paras gula naik mendadak. Bila gula spike, insulin pun naik. Tapi, bila kita ambil fiber dulu, terutamanya soluble fiber, dia macam letak kon jalan atau sekatan lalu lintas. Perjalanan gula jadi perlahan. Penyerapan gula ke dalam darah jadi lebih terkawal. Badan tak terkejut, insulin tak melambung.

Kerana, bila insulin naik dengan banyak, lemak susah nak dibakar. Bila insulin tinggi, badan kita akan simpan lebih banyak gula sebagai lemak. Sebab badan anggap "aku dah cukup tenaga dari gula, so tak payahlah bakar lemak". Jadi bila makan tanpa fiber terlebih dulu, especially nasi, roti, pasta, gula naik dengan cepat, insulin naik dengan cepat, lemak pun terkumpul dengan cepat. Lama-lama, berat naik walaupun makan "tak banyak sangat pun". Sebab apa? Sebab badan sentiasa terkejut dengan sugar spike.

Tapi bila kita ambil fiber dulu, contoh ambil Maaltyd sebelum makan, badan dah standby untuk serap kawal kenaikan gula mendadak. Bila gula diserap dengan perlahan-lahan perut akan kenyang lebih lama. Bila kenyang lebih lama, bermakna selera makan terkawal. Insulin tak spike. Lemak pun lebih senang dibakar.

Bila waktu terbaik ambil Maaltyd?

15-30 minit sebelum makan nasi atau makanan berat. Kenapa bukan selepas makan? Sebab masa tu gula dah pun spike. Fiber tak sempat nak halang. Boleh je kalau nak ambil Maaltyd waktu lain, tapi kalau matlamat kita nak kawal berat badan, nak kurangkan craving, dan nak elakkan sugar crash lepas makan...maka timing sebelum makan nasi adalah paling ideal.

Yang bestnya tentang Maaltyd, dia bukan sekadar bagi fiber tapi tak ada gula (sucrose). That's why diabetic people yang nak kawal lapar dan nak turunkan berat badan boleh ambil Maaltyd. Takde masalah. Tapi, kalau ada kidney problem, JANGAN ambil Maaltyd atau sebarang supplement lain, ya.

Kalau dari segi feedback pengguna, rasanya ramai dah yang ambil Maaltyd, mengakui kurang rasa lapar dan kenyang lebih lama. Yang ini bukan magic, tetapi SAINS. Sebab bila blood sugar stabil, otak pun tenang. Tak ada roller coaster insulin yang buat kita rasa letih atau mengantuk lepas makan, atau merasa lapar balik sejam dua lepas makan. Jadi kesimpulannya, kalau nak kurangkan berat, kawal gula, dan makan lebih mindful - mulakan dengan fiber. In this case, ambil Maaltyd dulu. Sehari ambil 1 atau 2 kali, jangan ambil lebih.

Actually fiber bukan benda baru. Tapi bila kita faham bila nak ambil dan kenapa, barulah kesannya terasa. Maaltyd bantu dengan formula ready-to-go yang sesuai untuk gaya hidup kita sekarang yang sibuk, banyak makan luar, dan selalu craving. Bila ambil Maaltyd ni at least kuranglah kalori intake kita berbanding sebelumnya. Kalau sesiapa nak pair dengan GC Plus pun takpe. Sebab dua-dua ni tak menjalankan fungsi yang sama but work together.