2025-06-07

Siapa pulak yang kata hibah tu pengganti faraid?

Ada seorang ustaz kata, "Jangan jadikan hibah pengganti faraid".

Okay, meh kita semua duduk diam-diam dan fikir sekejap. Siapa yang kata hibah tu pengganti faraid? Siapa? Cuba tunjuk. Tak ada siapa pun yang cakap hibah tu boleh ganti hukum faraid. Kita semua tahu faraid tu hukum Allah. Bila kata hukum, wajib hormat dan ikut. Tapi masalah utama kat sini bukan hukum tu. Masalahnya adalah PERLAKSANAAN.

Kalau semua waris faham dan amanah dalam perlaksanaan faraid, kita takkan perlu bincang panjang pun pasal hibah ni. Tapi realitinya, ramai yang tak faham atau buat-buat tak faham. Bila someone meninggal, waris-waris mula tuntut hak masing-masing. Macamkan dia ada share. Tapi takpelah, kan. Dah nama kata hukum. Kita ikut je la. Tak salah pun, itu hak yang dah ditetapkan syarak. Tapi bila hak tu diambil tanpa fikir tanggungjawab lain, kat situ timbulnya masalah.

Duit faraid BUKAN untuk berjimba beli rantai emas, renovate rumah, tukar sport rim, atau bercuti anak-beranak kau. Duit tu, sebahagian daripadanya, sepatutnya digunakan untuk memastikan isteri dan anak-anak arwah tak terbiar. Tapi yang kita selalu tengok, bila suami orang tu meninggal, si balu dibiarkan berjuang sorang-sorang. Ada tu, rumah pun kena keluar sebab atas nama orang lain. Duit simpanan arwah suami kena kaut kaw-kawa atas alasan "aku waris juga". Habis tu, isteri yang selama ni hidup bersama, yang jaga makan pakai suami, yang lahirkan dan besarkan anak-anak, dapat apa? Cakap pasal hukum kemain pandai masing-masing. Terpaling pandai hukum. Tapi tak buat pun ikut tanggungjawab yang datang bersama hukum tu!

Sebab tu ramai pilih buat hibah. Suami-suami pun dah tahu, bila mati nanti, takde jaminan isteri dan anak-anak dia akan dibela oleh waris lain. Dia dah nampak dengan mata kepala sendiri betapa macam nak kiamat waris uruskan pembahagian harta pusaka. Tanah sepasu pun boleh berbunuh. Jadi, janganlah nak salahkan orang yang ambil hibah. Dia ada hak untuk jaga keluarga dia.

Hibah ni bukan sebab nak lari dari faraid. Hibah ni wujud sebagai satu instrument untuk make sure duit/harta dapat disampaikan terus kepada penerima yang benar-benar perlukan dan sepatutnya dapat. Hibah ni bukan musuh faraid. Kalau nak ikut logik, hibah ni dibuat masa pemilik harta masih hidup. Jadi harta tu belum jadi pusaka pun lagi. Bila dia dah bagi (hibahkan), harta tu dah keluar dari pegangan dia. Jadi bila dia meninggal, harta tu dah bukan milik dia. Macam mana nak faraidkan harta yang bukan milik si mati? Kau paham ke tak aku cakap ni?

Sekarang ni, kenapa ustaz-ustaz, atau sesiapa yang lantang sangat menentang hibah, tak nak fokus kepada perlaksanaan faraid yang GAGAL? Tak nak cerita pasal tu? Tak nak cerita pasal adik-beradik lelaki yang sapu semua harta dan tinggalkan balu dengan anak terkontang-kanting? Tak nak cerita pasal rumah yang dituntut keluarga si mati sampai balu kena keluar? Kenapa tak nak fokus bab tu?

Realiti kat luar sana sangat kejam, ya. Ramai balu struggle hidup lepas suami meninggal sebab tak dapat keadilan dan simpati dari keluarga mertua. Nak harapkan adik-beradik arwah bantu? Harammmm. Tak semua anggap menantu tu keluarga, melainkan kau kaya. Kalau kau tak kaya, jangan harap nak mengaku. Ramai yang sanggup bergaduh dalam mahkamah sebab harta. Ini bukan drama pukul 7, ya. Ini kenyataan yang berlaku everyday. Jadi bila ada suami-suami yang sediakan hibah untuk isteri dan anak-anak, itu bukan sebab dia tolak hukum. Itu sebab dia nak pastikan anak bini survive lepas dia dah tak ada.

Kita kena faham beza antara "menolak hukum" dengan "mengambil langkah berjaga-jaga". Tak semua orang buat hibah sebab nak elak dari faraid atau menipu sistem. Ramai buat hibah sebab nak elak dari kesengsaraan keluarga dorang sendiri. Kalau sistem faraid itu dilaksanakan dengan adil dan ada tanggungjawab, orang takkan lari cari hibah. Tapi realitinya sekarang, perlaksanaan faraid tu gagal, maka hibah jadi pilihan.

Sekarang ni bersepah-sepah orang start marah agen takaful promote hibah konon menggalakkan orang tolak faraid. Katanya hukum Allah tak nak ikut, sibuk nak ikut sistem ciptaan manusia. Dasar bangang!

Persoalan dia now, sistem faraid tu siapa yang rosakkan? Orang yang buat hibah atau waris yang tamak? Ustaz boleh nasihat jangan ganti faraid dengan hibah, tapi ustaz juga kena bagi solution macamana nak jaga hak balu dan anak-anak. Jangan sedap sembang hukum tapi bila tanya jalan penyelesaian, senyap. Orang takkan peduli hukum kalau akhirnya hukum tu akan menyusahkan orang yang mereka sayang. Pastu kau nak cakap orang tu langgar hukum bagai sebab tolak faraid. Yang ambil faraid pastu hilang meruyup kau tak nak sembang pulak?

Hari tu aku nampak kat Thread sorang ni tulis "Kalau mahkamah benarkan hibah difaraidkan, I nak stop hibah sebab Islam is all about ketamakkan". Kau rasa apa bila baca macam ni? Nampak tak Islam tu nampak buruk sebab perangai manusia yang kemaruk harta orang lain. Masa hidup tak nak buat harta sendiri. Kebulor nak harta orang yang dah mati. Patutnya kau yang mampos dulu.

Hibah bukanlah segala-galanya, tapi ia penting. Sama macam kita ambil takaful. Bukan sebab kita tak percaya pada qada’ dan qadar, tapi sebab kita nak buat persediaan. Sama juga macam buat wasiat. Bukan sebab kita tak percaya sistem faraid, tapi sebab kita tahu sistem tu ada lompong bila sampai ke tangan manusia yang tak amanah. Realitinya, hibah ni satu-satunya cara yang masih kita boleh kawal sendiri semasa hidup. Kita sendiri tentukan siapa dapat apa. Kita sendiri pastikan orang yang bergantung hidup pada kita tak terbiar lepas kita mati. Kalau nak harapkan sistem faraid semata-mata, get ready tengok isteri dan anak-anak kau dipijak lepas kau mati. Sedih, tapi benar.

Jadi sebelum nak hentam orang yang buat hibah, cuba tengok cermin. Tanya diri sendiri, kalau aku mati, siapa akan pastikan anak dan isteri aku ada tempat tinggal? Ada duit nak makan? Ada sumber untuk teruskan hidup? Kalau tak boleh jamin semua tu, lebih baik diam dan jangan persoalkan orang yang buat hibah. Faraid tetap faraid. Ia takkan ke mana. Tapi kalau perlaksanaan faraid tu tak dibuat dengan amanah dan adil, maka hibah adalah jalan keluar yang patut disokong, bukan dikecam. Paham tak, bangang?