2025-04-08

Makan Nugget dan Sosej Punca Leukemia?

Tu la dia. Sekarang ni, makin banyak benda yang viral tanpa ambil tahu fakta. Tiba-tiba keluar cerita, “Anak saya kena leukemia sebab suka makan nugget dan sosej.”

Pastu berjujuk orang share. Tu belum lagi yang terpaling mak.

"Tu sebab saya tak bagi anak saya makan nugget"
"Mak-mak jangan buat kerja senang. Kena rajin masak!"


Aku bukan nak mempertahankan makanan proses, tapi statement macam ni terlalu melulu dan boleh buat ramai orang panik tanpa sebab.

Sebelum kita tuduh nugget dan sosej punca leukemia, kena fahamkan dulu apa sebenarnya leukemia. Leukemia ni sejenis kanser darah. Berlaku bila sel darah putih (yang sepatutnya lawan jangkitan) menjadi tak normal dan membiak tanpa kawalan dalam sumsum tulang, menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah dan platelet yang cukup. Punca sebenar leukemia masih belum dapat dipastikan. Tapi based on pattern pesakit leukemia, mostly yang dapat kanser ni ada sejarah keluarga yang pernah kena leukemia. Maksudnya, genetiklah.

Kalau kita ada pendedahan berterusan dengan bahan kimia toksik macam benzena atau Ethidium bromide, chances nak dapat juga tinggi sebab bahan-bahan ni bersifat cancerous. Setakat ni, TAK ADA satu pun kajian saintifik yang sahih menyatakan bahawa makan nugget dan sosej punca leukemia. TAK ADA.

Nugget dan sosej adalah makanan proses. Maksudnya, proses pembuatan makanan ni kena go through pengawetan, penambahan perisa, dan bahan-bahan kimia tertentu untuk bagi dia tahan lama, contohnya bahan pengawet nitrat & nitrit. Ini adalah projek aku masa buat Masters Food Tech dulu. Aku buat kajian nitrat & nitrit dalam sosej and daging burger. Frozen food like sosej, beef patty, salami - memang kena letak nitrat sebab nak elakkan dari bakteria Clostridium botulinum. Bakteria ni kalau kena, boleh bawak mati. Another reason letak nitrat supaya daging kekal warna merah. Takdelah lebam je kaler daging tu. Kalau lebam orang tak nak beli pulak.

Bahaya ke?

TAK. Dalam jumlah terkawal, nitrit dan nitrat tak bahaya. Ada teknik kita boleh apply.

Nitrit bertindak balas dengan asid perut atau suhu tinggi membentuk nitrosamin. Nitrosamin ada kaitan dengan kanser perut dan usus, BUKAN leukimia. Nak neutralkan nitrat dan nitrit, kena makan vitamin C dan banyak minum air. So, lepas makan nugget and hot dog, gi telan sebiji Vitamin C 1000 mg dan minum air. Insyallah, boleh neutralkan.

Makan nugget dan sosej BUKAN penyebab leukemia. Tapi boleh jadi penyebab obesiti. Bila dah gemuk, risiko dapat diabetes dan sakit jantung lebih cerah. In other words, apa yang kita makan sama ada makanan proses atau sihat, kalau berlebihan tetap akan mengundang penyakit. But in this case, nugget and sosej BUKAN penyebab leukimia.

Mitos-mitos macam ni senang nau nak viral sebab manusia suka cari punca mudah untuk selesaikan masalah yang kompleks. Anak sakit leukemia, terus cari something untuk disalahkan. Lagi satu, manusia suka takutkan diri sendiri dengan benda yang salah. Sosej dan nugget selalunya dikaitkan dengan makanan yang tak sihat, jadi bila ada yang cakap sosej and nugget boleh sebabkan leukimia, terus ramai percaya. 

Tak dinafikan, kita perlu lebih berhati-hati dalam pemakanan. Tapi nak terus kata makanan tertentu boleh jadi penyebab utama leukemia, itu terlalu simplistik. Daripada takut makan nugget dan sosej, lebih baik fokus kepada benda yang betul-betul terbukti membahayakan kesihatan, contohnya asap rokok, banyak makanan tinggi gula dan lemak, dan kurang makan sayur. 

Makanan proses bukan musuh, tapi kena ambil secara sederhana. Jangan hari-hari makan sosej dan nugget, lepas tu salahkan makanan kalau ada masalah.

Kepada mak ayah, jangan terlalu panik bila dengar cerita macam ni. Anak makan nugget dan sosej sekali-sekala tak apa. Itu bukan cara penyakit berfungsi. Yang penting, balance dalam pemakanan. Kalau anak suka makan nugget, boleh bagi sesekali. Atau buatlah sendiri guna fresh ciken. Kalau suka sosej, cari yang tanpa pengawet atau limitkan pengambilan. Balancekan dengan vitamin C and minum air. Jangan senang sangat percaya cerita yang suka mainkan emosi without scientific evidence.