2025-04-09

Ling Cage: Huang Jingyu tarik diri


Semalam mendung je fans Johnny kat Weibo bila Johnny announced tarik diri dari drama Ling Cage yang bakal start filming this year. Ling Cage ni adalah animation series yang sangat famous. Now dorang nak terjemahkan dalam bentuk real human. Last year, sebelum umum barisan pelakon, ramai dah predict Johnny akan pegang watak utama (Marc) sebab siapa je la lah yang tinggi dan tegap untuk carry Marc? Dengan tinggi 187 cm,badan tegap muscular, size gigantic, muka manly and tough - dia je paling suit dengan watak tu. Bila barisan pelakon diperkenalkan, memang bersoraklah fans Johnny. DIPILIH kot, bukan dicasting. Siapa nak try tengok Ling Cage, boleh tengok kat VIU.

Alih-alih semalam Johnny annouce undur diri. Puncanya, polisi terbaru Youku yang tak benarkan drama panjang melebihi 12 episod. Kalau nak buat lebih kena pecahkan kepada 2 season. Bila dipendekkan ke 12 episod, cerita dah banyak lari sebab skrip kena potong. Knowing Johnny yang sangat mementingkan jalan cerita, dia pedulik apa kau bayar dia tinggi ke tak. Kalau jalan cerita tak memuaskan, dia reject terus. So now semua tengah tunggu apa lanjutan dari announcement Johnny. Sama ada production akan berbincang dengan Youku untuk allow long episodes, atau pindahkan ke platform lain macam iQIYI atau WeTV. Tapi kalau nak pujuk Johnny, memang takkan lepas. Melainkan skrip kekalkan ke asal.

Frust juga kitorang semalam. Tapi rasanya Johnny jauh lebih frust. Kalau tak, takkan dia undur diri sedangkan dia tahu ini watak yang berbeza dari watak-watak yang pernah dia lakonkan. Ramai nak tengok animasi diangkat ke real human. Dapat pulak yang pegang Marc tu sepadan bethollll dengan watak animasi tu sendiri, lagilah teruja. Sekaliiiii, pelamin anganku musnah. Youku bodoh. Padahal lasy year Outstanding Drama 2024 was The First Shot, lakonan Johnny di platform Youku. Patut kau dah tahu Johnny boleh tarik crowd ke platform kau, kau bagi je la perlepasan untuk Ling Cage ni. Lagipun Ling Cage ni dah announce dari tahun lepas. Siapalah management bangang dalam Youku ni. Buat 12 episod, apa je la yang kau boleh cerita dalam 12 episod tu. 

Ini screenshot last year masa dah confirm Johnny akan berlakon Ling Cage. This was the best momentlah. Berjujukkkk orang post pasal ni.

Yang ni sebelum barisan pelakon diumumkan, fans Wang Ziqi sibuk suruh ambil Ziqi juga berlakon. Kahkahkah. Dorang tahu konfem Johnny dapat berlakon. Pastu sibuk nak tag Johnny untuk consider Ziqi. Dah, tak payahh! Aku menyampah dengan fans Ziqi. Dorang ni perasan. Nanti bila drama tu boom, doranglah paling beria kata sebab Ziqi berlakon sama.

Masa Bright Eyes in the Dark, watak utama Johnny. Ziqi support role je. Bila cerita tu meletup, dorang kata sebab Ziqi ada sekali. Eh tiberrrr.

Pastu masa The First Shot pun sama. Watak utama Johnny. Ziqi takde dalam senarai. Tapi watak Gi Yiran tu takde pelakon. Director pening mencari siapa sesuai sebab dah casting ramai pelakon takde yang sesuai. Last-lasy Johnny suggest. Read that, JOHNNY YANG SUGGEST director ambil Ziqi sebab Ziqi pernah berlakon dengan dia kat Bright Eyes in the Dark. Disebabkan director percayakan Johnny, Ziqi diambil.

Pastu baru-baru ni shooting The Punishment 2, Johnny watak utama. Ziqi takde pun. Tapi dalam skrip ada scene cameo untuk Ziqi. Jadi Ziqi berlakon sekali. Cameo je, tapi fans dia punya riuh mengalahkan watak utama! Bila watak Ziqi mati (jatuh bangunan), fans merentan kenapa watak tu dimatikan. Risaulah agaknya esok kalau tetiba buat Punishment 3 dah takde Ziqi lagi.

Pastu last year bila Ling Cage nak buat real drama, fans Ziqi terpaling kecoh. Mana ada Johnny, situ dia nak sumbat Ziqi. Sebab dorang tahu, drama Johnny pasti meletup. Itu je caranya nak bagi Ziqi popular. Lagipun dorang rasa Ziqi lebih hensem berbanding Johnny. Kalau berlakon dengan Johnny, nampaklah ke-cute-an Ziqi.Kalau bergandingan dengan Wang Yibo karang tenggelam pulak ke-cute-an Ziqi tu. Heh! Paham benar dah aku perangai fans China.

So now, marilah kita menunggu feedback dari HJY Studio. Apakah agaknya kesudahan Ling Cage ni. Jadi ke tak.