2025-04-12

Majikan pun kena beradaptasi.

Ramai yang marah bila tengok mesej ni. Katanya as candidate yang nak mohon kerja kena ikut masa majikan, bukan majikan ikut masa kita.

Betullah tu. Itulah yang sebaik-baiknya. Tapi kalau aku, it depends. Yang pertama, kena tengok reasonnya apa. Kalau tengokkan pada screenshot whatsapp tu, nampak macam this candidate dah bekerja sebab dia bagi spesifik time waktu lunch hour dan selepas waktu bekerja untuk buat interview. Maybe dia tak boleh ambil cuti. Maybe juga cutinya tak banyak. Maybe dia nak simpan cuti. Apa pun reasonnya, yang aku nampak dia minta secara baik dan aku yakin dia sedang bekerja.

Grafik designer aku now, aku interview online, sebab masa tu dia masih buat intership di tempat lain. Intern mana boleh cuti. Jadi, aku interview pakai zoom je sudey. Yang penting, interview.

Zaman dah berubah. Dunia kerja sekarang tak sama macam dulu. Teknologi makin canggih, budaya kerja pun berubah. Dulu, interview mesti face-to-face kat ofis. Sekarang dah banyak guna Zoom atau Google Meet. Aku prefer online saja. Senang, tak terkejar-kejar sebab sometimes aku takde di ofis. Nak berkejar balik demi satu interview yang belum tahu berbaloi ke tak, lebih baik buat online. This gives more flexibility to both parties. Jadi, maybe calon ni (screenshot) ingat takde salahnya kalau dia bagi waktu yang dia available sebab interview pun online, bukan kena datang ke pejabat.

Besides, many people now work more than one job. Ada yang bekerja sambil cari kerja lain. Ada yang masih belajar. Ada juga yang freelance atau buat bisnes kecil-kecilan. Kalau memang ada komitmen lain, mungkin sebab itu dia tak boleh bagi masa sesuka hati.

Walaupun zaman dah berubah, adab tetap penting. Dalam mesej ni, aku nampak dia berada. Sebab dia minta CONSIDERATION, maknanya dia try to negotiate. Maybe dia boleh tambah sikit “Saya sangat berminat dengan jawatan ini. Jika boleh dipertimbangkan, saya lebih available pada waktu berikut. Namun, saya fleksibel sekiranya pihak tuan mempunyai masa lain. Terima kasih” - mungkin netizen takkan marah sangat. The tone and way we communicate play a big role. Walaupun kita ada hak untuk tentukan waktu, kena pandai bawa diri dan tunjukkan sikap hormat.

As majikan, aku rasa majikan pun kena beradaptasi. Dalam dunia kerja sekarang, it's not just employees kena adapt, employers too. Kalau syarikat nak tarik orang muda yang berkualiti, syarikat perlu lebih fleksibel. Bukan bermakna majikan kena ikut semua permintaan calon, but we need to understand the modern work culture. Banyak big company sekarang bagi fleksibiliti interview yang can be scheduled ikut kesesuaian kedua-dua pihak. Kalau majikan still stick to the old ways yang too restrictive, we may lose out on talented candidates.

Aku suka bab interview calon. Masa ni lah nak tengok orangnya macamana - komunikasinya, attitudenya, ambitionnya.

Masa ex-boss aku interview aku, dia tanya "What is your motivation?"

Aku jawab "Money"

Of cos la as a sales person kalau motivationnya bukan money jawabnya kau takkan hit sales targetlah. Setakat ni aku belum jumpa calon yang jawab macam aku. Hahaha. Maybe segan kot, takut nampak macam mata duitan. Akak dulu boleh jawab macam tu, dik. Sebab bos akak tengok dressing akak zaman tu dia tak percaya kalau akak kata akak bukan mata duitan. 

Dari pengalaman aku men-interview candidate yang mencari kerja, cara dia address penemuduga pun dah boleh tahu cara kerjanya esok macamana. Belum tengok resume pun, gaya komunikasi dah boleh nilai if they are serius, berdisiplin, atau jenis sambil lewa. Calon yang panggil penemuduga "Encik, Puan, Tuan, Cik" show that they understand etika dunia kerja. Dorang tahu macamana hormat orang lain and most likely they will also respect their colleagues and superiors. Calon macam ni selalunya lebih profesional.

Ada yang masuk temuduga dengan santai and selamba. Aku tak tahulah dia gelabah ke, atau too excited ke, atau nak tunjuk yang dia sangat mesra ke. Tapi yang pasti, sangat tak profesional dan desa. Dalam dunia kerja, first impression tu penting, dan cara seseorang bawa diri masa interview menentukan sama ada dia serius atau sekadar datang suka-suka.

Ya, aku faham interview memang menyeramkan. Tapi janganlah too relax. Ada yang terlebih excited, gaya bercakap jadi terlalu kasual, macam bersembang dengan member kat mamak. Ada yang lagi teruk dia buat macam rumah sendiri. Sikit-sikit gelak. Jawab satu soalan, gelak. Jawab soalan lagi, gelak. Eh rimas aku. Kena faham, santai bukan bermaksud biadab. Majikan nak lihat keyakinan, bukan lepas laku. Mesra jangan sampai hilang formaliti. Kalau niat nak nampak "cool" dan "easy-going", tapi akhirnya nampak tak bersungguh dan tak hormat situasi, peluang nak diterima pun melayang. Boleh relaks, tapi tetap hormat. Boleh mesra, tapi jaga adab. Interview bukan tempat untuk tunjuk kita chill, tapi tempat untuk buktikan kita layak dan serius untuk jawatan yang dipohon.

Orang yang terlalu chill macam ni, aku anggap dia bukan jenis yang boleh handle tekanan kerja. Calon macam ni will most likely take instructions lightly, always tak meet deadline, dan always bagi alasan kalau kerja tak siap. Confirm.