Follower aku yang juga menfollow IG En Wan tanya, “En Wan tak pernah flex kereta and lifestyle kat IG. Saya tengok ramai ejen takaful flex kereta. En Wan hari-hari update gambar jumpa client je” 😆😆😆
Dia memang dari dulu lagi tak berapa nak update lifestyle kat FB/IG, dik. Media sosial dia dari dulu lagi membosankan. Kahkahkah. Tu kira oklah FB and IG bernyawa. Masa dia kerja kilang dulu, lansung tak berupdate! Facebook pun aku rasa dia takde dulu. Menjak kerja dengan GreenAard baru dia start menjebakkan diri dengan media sosial. Now media sosial dia hanya flex kerja-kerja dia saja, dik. Kalau tak pasal kerja, mesti pasal anak.
Actually mana-mana orang yang buat sales/business tak kiralah founder atau agen takaful — memang cenderung share lifestyle. Sebab dorang nak recruit orang bawah. Founder nak recruit agen. Agen takaful nak recruit team. Lumrah manusia tertarik dengan kemewahan. Itulah cara paling senang nak recruit, iaitu dengan menge-flex lifestyle.
Flex rumah besar, kereta mewah, holiday — this is not new. Dah jadi trend dalam industri takaful (atau online business). Ramai percaya bila share material boleh tarik lebih ramai new agen untuk join them. En Wan tak berapa minat nak buat macam tu. Boleh jadi juga client dia sangat ramai. Setahun 300+ polisi dia closed. Bermakna purata setiap hari dia close 1 polisi. Every day ada close case. Last year pun sama, 300+ new polisi dia buat. Manusia flex apa yang mereka ada. Posession yang En Wan ada adalah client. That’s why everyday dia post gambar jumpa client.
Selain flex client, En Wan flex award yang dia dapat setiap bulan. Award tau, bukan reward. Yang ini dia suka share sebab ini build trust. Segala award yang dia dapat setiap bulan, dia akan share. Which aku rasa bagus sebab as client mestilah kita nak tengok agen kita seorang yang serious buat kerja and ada achievement, betul tak? Kalau ada achievement bermakna agen ini mahu kekal lama dalam industri. Maka polisi kita dijaga.
En Wan enjoy servicing client. Everyday minimum 3 client and prospek dia akan jumpa. Macamana busy sekalipun, dia akan pastikan sehari jumpa 3 orang. Bulan puasa ni energy dia lebih. Sehari kadang-kadang 5-6 orang dia buat appointment. In other words, bukan semua agen takaful menggunakan pendekatan ‘flexing’ material untuk tarik perhatian. Ada yang suka share aktiviti kerja lapangan. Yang suka share material tu pun mereka ada reason.
Dalam dunia marketing, konsep “social proof” is important. Manusia cenderung untuk percaya sesuatu tu berbaloi kalau ada bukti. That’s why mana-mana agen and founder suka tunjuk dorang mampu pakai kereta mahal, rumah besar, beli itu ini, holiday sana sini — sebab semua orang suka hidup selesa. Orang always ada gambaran those yang memiliki semua tu adalah orang berjaya. Maka, itulah trend yang orang pakai.
Manusia ni, kalau kau cerita susah-payah bekerja, dorang tak minat nak dengar. Tapi kalau kau tunjuk hidup senang, mewah — orang suka. That’s why post-post yang mempamerkan kemewahan hidup, macamana meluat sekalipun, views tetap tinggi. Sebab fitrah manusia memang sukakan sesuatu yang selesa, mewah dan bahagia. Kalau kau cerita kau kena hit target sekian-sekian, atau dapat rejection from prospects, atau kena sidai dengan doktor menunggu medical report — kau rasa ada orang nak join team kau? Takde! Sebab kebanyakan orang nak kerja yang mudah tetapi imbuhannya tinggi. Jadi, cara paling mudah nak recruit adalah dengan tunjukkan yang best-best dulu.
Sebenarnya ada orang kat luar sana yang perlukan inspirasi. Lifestyle yang mewah akan bagi inspirasi. En Wan ni aku syak tak berminat nak bagi inspirasi agaknya. Kahkahkah. Dia lagi berminat nak build trust di kalangan clients and prospek.
In my opinion, flexing material ni ada kekurangannta. Walaupun it can be an effective marketing strategy, flexing material tak menunjukkan proses di sebalik sebuah kejayaan. Zaman sekarang banyak dah berlaku flex sana sini rupanya kereta sewa, rumah sewa, private plane sewa, ofis sewa. Claim success tapi tak pernah MDRT, tak pernah Premium Wealth Planner, tak pernah top 50 pun dalam list agen. Bagi aku agen yang hanya ‘flex’ without sharing the effort behind their success akan bagi wrong impression to others. Orang akan nampak industri takaful as jalan mudah untuk jadi kaya without realizing the real challenges.
Padahal nama je lain, konsepnya sama iaitu buat sale. That's why ramai yang nak jadi agen tapi akhirnya tak jadi apa. Dulu aku pernah tulis pasal agen produk yang menunggu order. Dia jadi agen, ambil stok banyak tapi tak buat sale. Takde buat marketing, takde buat advertisement, tapi hanya komen kat ruangan komen page HQ "Saya agen lokasi sekian-sekian. Order dengan saya". Itu bukan buat sale, dik. Itu kutip order namanya. Bila agen buat gini, lama-lama HQ melingkup. Sebab agen tak menambahkan sale, hanya jadi tukang distribute produk saja.
Sama macam agen takaful. You jadi agen tapi you segan nak share kat FB adn IG tentang takaful, konfem you tak ke mana. Ada agen nak jadi agen tapi nak bagitahu kat public dia adalah agen pun malu. Camana nak success? Bila tak berjaya, tuduh company menipu. Buat sale ni susah, tak dinafikan. Rejection is normal. Kena rajin dah pasti. Mana ada kerja yang senang?
Aku awal-awal dah warned En Wan, jangan start dengan budaya material flexing. Tak menambahkan apa-apa. Lebih baik share information, share activiti and share knowledge. Share value with others. Highlite kepentingan takaful. Itu lebih penting. Sebab dalam industri takaful, trust sangat penting. This is a trust business. Client beli polisi bukan kerana produk semata-mata, tetapi sebab dorang percaya kepada agen. Kalau terlampau konsisten flex benda yang tak perlu, client akan anggap agen tak really understand their needs dan hanya nak jual untuk keuntungan sendiri.
Aku cakap kat En Wan jadi agen takaful ni peluang untuk buat amal. Imagine, seorang ayah yang nak buat medical card untuk anak-anak. Agen takaful adalah orang perantara yang merealisasikan impian seorang ayah untuk jadi ayah yang bertanggungjawab dengan menyediakan medical card untuk keluarga. So pegang tanggungjawab tu supaya ayah itu boleh jalankan tanggungjawabnya dengan baik. Seorang suami yang sediakan hibah sebab dia merasa ada tanggungjawab untuk dia tetap "menyara" keluarganya walaupun dah mati. Agen takaful adalah orang yang akan melaksanakan amanah tu. So be a responsible agent.
‘Flexing’ mungkin lebih cepat attract attention and building a personal brand as a successful agent, tapi boleh mengundang negative perceptions if not handled well. Kalau taknak serabut perut melayan negativiti perception, pilihlah untuk flex client dan aktiviti servicing.