2025-04-11

GreenAard: Kenapa Gloei lebih manis rasanya sekarang berbanding dulu?


Ini ada pertanyaan dari seorang customer Gloei. Dia tanya admin GreenAard. Aku dah jawabkan. Kat sini aku nak explain panjang.

Biasanya, produk yang ada bahan-bahan semulajadi (bukan sintetik), cenderung untuk ada perubahan rasa, atau bau, atau warna setiap kali kita start new batch. Formula sama tak berubah, tapi end product sedikit berbeza. Ini perkara biasa dalam industri makanan, kosmetik, dan farmaseutikal. In this case, this customer kata Gloei berasa lebih manis berbanding batch yang lepas.

Gini. Mana-mana produk yang melibatkan bahan semula jadi, especially ekstrak tumbuhan, komponen ni boleh berubah ikut musim, cuaca, dan lokasi penanaman. Contohnya, minyak kelapa. Minyak kelapa ada bau. Minyak kelapa yang diekstrak dari pokok di tanah berbeza boleh hasilkan bau yang berbeza. Our Cleansing Gel banyak esktrak minyak. Minyak tea tree, minyak kelapa and minyak zaitun. Semua ni boleh keluarkan bau yang sedikit berbeza. Walaupun bahan-bahan ni diproses dengan standard yang sama, variasi semula jadi boleh berlaku.

Dulu ada yang tanya kenapa warna Gloei dulu keorenan, tapi now macam lebih terang warnanya?

Ok. Some ingredients boleh mengalami perubahan kimia secara semula jadi bila exposed pada udara, cahaya, atau suhu tertentu. Contohnya, dalam Gloei ada Vitamin C. Vitamin C is very sensitif pada perubahan suhu, pH, cahaya, dan oksigen. Vitamin C mudah teroksida kalau persekitaran berubah. Bila teroksida, akan berlaku perubahan warna. Sometimes, cara penyimpanan kena betul. Tapi jangan risau, ini bukan tanda produk rosak, tapi lebih kepada kesan reaksi kimia semula jadi.

Dari segi rasa, dalam Gloei ada mannitol. Mannitol boleh bagi rasa manis yang berbeza dalam batch yang berbeza, walaupun formula sama. Sebab mannitol ni kita ambil dari supplier yang berbeza. Kita takkan hanya ada 1 supplier. Kalau bergantung pada 1 supplier je payah sebab bila dia takde stok, produk kita takleh jalan. Jadi bila supplier yang berbeza, akan ada kaedah penghasilan yang berbeza, purity level berbeza and kandungan kelembapan dalam mannitol boleh berbeza. Semua ni influence intensiti rasa manis dalam batch yang berbeza.

Dalam Gloei ada vitamin C. Bila mannitol bertindakbalas dengan vitamin C, rasa manis tu boleh berubah-ubah sebab pH produk berubah. Walaupun formula sama, rasa manis dalam batch berbeza boleh sedikit berbeza. Tapi don't worry, tak menjejaskan keselamatan atau keberkesanan Gloei. Cuma berbeza rasa sikit je.