2025-04-10

GreenAard: Kenapa setiap kali period heavy flow, dapat cirit-birit dan sakit kepala sekali?

Macam biasalah, makin nak penutup Ramadan Sale, makin banyak soalan masuk bertanya soalan demi soalan. Aku hari ni busy pulak membagi final lecture sebelum student sit exam malam tadi 8.30-11 pm. Ni baru settle. Ok aku jawab hat cirit-birit semasa period dulu.

Ada yang tanya kenapa setiap kali periodnya heavy flow, dia dapat cirit-birit dan sakit kepala sekali.

JANGAN RISAU. Ini adalah fenomena biasa bagi ramai perempuan. Ini ada kaitan dengan hormon changes dan proses fisiologi dalam badan semasa period.

Waktu period, badan produce prostaglandin, iaitu sejenis bahan yang membuatkan rahim mengecut untuk tolak lapisan endometrium (lapisan dalam rahim yang luruh masa haid). Kalau prostaglandin diproduce dengan banyak, maka berlakulah menstrual cramps. Kesannya dari cramps ini adalah, usus bergerak lebih cepat, menyebabkan cirit-birit. Prostaglandin juga increasekan cecair dalam usus, that’s why najis jadi lebih lembut atau cair.

Yang sakit kepala tu pulak, sebelum dan sewaktu period, paras estrogen dalam badan turun dengan mendadak. Reduction of estrogen ini menjadikan saluran darah di otak mengecut dan mengembang dengan cara yang tak stabil. Ini yang buatkan sakit kepala atau migrain haid (menstrual migraine).

Lagi satu, semasa kita period, estrogen yang berkurangan boleh influence tahap serotonin dalam otak. Aku selalu cakap yang serotonin ada kaitan dengan kawalan mood, kan? Jadi, bila estrogen low ketika period, serotonin juga menjadi low. That’s why senang dapat menstrual migrain.

Dulu, sebelum GreenAard produce Herba Rahsia Rimba, those yang makan GC Plus always kata period jadi lancar, kurang senggugut and PMS. Sampaikan ada yang takde masalah berat badan pun beli GC Plus sebab nakkan benefit lancar period ni. That’s why kita keluarkan Herba Rahsia Rimba supaya yang takde masalah berat badan boleh berpindah ke Herba Rahsia Rimba. Bukan apa, aku kesian korang takde masalah weight tapi beli GC Plus yang RM90 tu untuk dapatkan benefit reduce PMS saja. Sayang je duit. Tu yang kita keluarkan Herba Rahsia Rimba. Murah sikit.

Selain dari punca low serotonin, kalau period keluar dengan sangat banyak, badan dah tentulah hilang banyak darah, betul tak? Bermakna, tekanan darah jadi lebih rendah. Tekanan darah yang rendah ini boleh menyebabkan pening, cepat letih and migrain/sakit kepala.

Oh lagi satu aku baru teringat. Ingat tak aku selalu cakap sesiapa yang ambil ubat darah tinggi tak boleh makan GC Plus? You know why? Sebab GC Plus ada potassium (kalium). Kalium ni berfungsi untuk turunkan tekanan darah. That’s why sesiapa yang ambil ubat darah tinggi kita tak bagi makan GC Plus. Nanti darah kau turun dengan extreme pulak. Kalau takde medication, takpe.

Tetapi, kepada perempuan yang sedang haid, kalium adalah bagus. Sebab semasa haid, kehilangan darah dan air dari cirit-birit boleh caused ketidakseimbangan elektrolit, especially kalium/potassium. Kekurangan kalium/potassium akan triggered sakit kepala dan keletihan. Sebab itu bila makan GC Plus atau Herba Rahsia Rimba, simptom sakit kepala ni berkurangan because kalium dalam dua produk ini membantu.

Dalam Herba Rahsia Rimba ada phytoestrogen. Phytoestrogen ni dari tumbuhan tapi menyerupai estrogen dalam badan. Ketika haid, tahap estrogen rendah. Jadi, phytoestrogen dalam Herba Rahsia Rimba boleh ganti kesan estrogen, untuk kurangkan sakit kepala dan ketidakstabilan hormon tadi.

Bila estrogen tinggi, phytoestrogen bersaing dengan estrogen untuk membalancekan semula hormon supaya simptom PMS yang berkurangan.

TETAPI!!!

Ada tetapinya. Walaupun phytoestrogen boleh membantu, bukan semua orang boleh ambil phytoestrogen especially those ada masalah atau sejarah fibroid atau endometriosis, sebab phytoestrogen boleh mempengaruhi pertumbuhannya.

Dan sebab itu jugalah sesiapa yang ambil Herba Rahsia Rimba kena ambil ikut peraturan. Tak boleh ambil everyday dan beebeza dose di antara anak dara, mak dara, atau perempuan yang sedang berpantang. Jangan main taram.

Ok kalau dah jelas, sila order GC Plus atau Herba Rahsia Rimba. Kalau ada masalah berat badan, ambil GC Plus saja memadai. Dia boleh cover sekali masalah period. Kalau takde masalah berat badan, boleh ambil Herba Rahsia Rimba saja.