2025-03-16

Check punya check rupanya agen dia dulu offer conventional punya polisi! Hamlau sungguh.

Hari tu aku post kat IG gambar patung rabbit. 

Rupanya inilah client yang En Wan visit. Comel nau! Ramai juga client En Wan dari kalangan yang comel-comel gini. That's why stok patung kat ofis aku ni banyak. Dia dah standby macam-macam jenis binatang. Tunggu ada yang sakit je, hantar.

Tengok bil hospital sekarang berapa. Check in 3 hari je dah nak dekat RM5K. Ini kalau kena pakai duit sendiri dekat-dekat nak raya gini, berasa nak nangis. RM5k untuk orang berduit, tak banyak mana. Tapi berapa ramai yang betul-betul banyak duit? Kebanyakannya ada duit tapi kalau boleh taknak guna sebab bukan banyak sangat pun simpanan yang ada, betul tak? Kalau ada option lain, lebih baik option yang lain. Menggigil nak keluarkan RM5K selepuk.

En Wan kata client comel ni ada balance RM900K+ untuk digunakan. Pelan yang maknya ambil adalah pelan RM1 juta. Ini memang pelan khas untuk baby dan kanak-kanak. Lifetime 1 juta ringgit. Pelan ni cover sehingga anak umur 18 tahun. Selepas 18, anak boleh start ambil pelan dewasa macam kita-kita punya pelan. Untuk baby, cukuplah RM1 juta ni cover until 18 tahun.

Pelan ni ada sekali dengan savings. Redza dulu kitorang ambil pelan yang macam ni juga. Lepas umur 18 tahun, ada savings dalam RM30K, terus masukkan dalam ASB. Just nicelah umur 18 tahun anak-anak tengah nak masuk Uni. Boleh guna duit tu untuk study dorang. 

Redza alhamdulillah dapat tajaan, jadi RM30K tu terus simpankan. Kot nak kawen esok, ada duit dah sikit. Tak pun by the time dia habis belajar, at least duit tu dah beranak-anak Boleh la tambah-tambah buat down payment beli rumah. Wah gitu ammaknya mengatur hidup anak. 

Rayyan pun pelan yang sama. Insyallah habis 18 tahun nanti, apaknya ambilkan new polisi. Redza now pun dah start new medical card. Buat masa sekarang apaknya bayarkan. Tunggu esok kau dah kerja, sambung bayar sendiri. At least dah ambilkan dari awal, so carumannya tak membebankan dia nanti.

Budak-budak lebih senang nak dapat macam-macam sakit. Macam anak Ibal, si Widad. Sementara nak tunggu dia besar berapa kali dah keluar masuk wad. Demam viral je, warded. Demam je warded. Masuk 3 hari, RM5K. Masuk 3 hari RM5K lagi. Nasib baiklah si Ibal and CT beringat nak buat medical card anak-anak. Kalau tak, jenuh jugalah. At least ada medical card, selesa juga nak berulang ke An-Nur tu. Dekat and selesa. Kalau tak, jenuhlah ke Hospital Kajang atau Putrajaya.

Kalau ada bajet, usahakan ambil medical card untuk anak. Tak rugi pun sebab ada pelan khas untuk savings sekali.

Ni aku nak cerita pasal salah seorang client En Wan yang dah bayar caruman bertahun-tahun, rupanya polisi medical card dia adalah conventional, bukan takaful. Kisahnya, En Wan gi hantar polisi hibah kat dia. Pastu En Wan ajar cara nak login portal PruBSN. Client ni kata dah ada medical card. Sepatutnya bila login portal PruBSN akan keluar semua polisi yang dia ambil under takaful. Tapi cuma satu je keluar, iaitu hibah yang dia ambil dengan En Wan. En Wan pelik mana polisi medical card client ni. Check punya check rupanya agen dia dulu offer conventional punya polisi! Hamlau sungguh.

Sedangkan client ni dulu stop his first conventional policy kerana nak tukar ke takaful. Yang agen pi quotekan conventional policy juga. Bila dah tersedar medical card dia selama ni adalah conventional, client call agen, tapi agen tak datang-datang jumpa. Takutlah agaknya tu. 

En Wan check profile agen, rupanya this is not an active agen sebab dia ada buat banyak benda lain (jadi agen produk lain juga). Maknanya dia tak serius pun dengan takaful. Sekadar nak extra income je. Teruk tau macam ni, aniaya orang. Agen macam ni selalunya tak serve client sangat. Dia cuma nak tambah pendapatan je. Dan selalunya tak faham produk. Tu yang main quote je pelan conventional.

Pelan conventional tak syariah comply, sebab premium yang dibayar setiap bulan dilaburkan ke instrumen kewangan yang mungkin contrary to Islamic law (perjudian sebagai contoh). Lagi satu, conventional insurans ada unsur gharar sebab kontrak tak jelas tentang manfaat dan risiko yang ditanggung. Berbeza dengan pelan takaful, ada akad Tabarru' (sumbangan) yang mana pencarum menyumbang ke dalam dana bersama, dan manfaat are distributed fairly ikut ketentuan Syariah.

Korang pastikan medical card korang is TAKAFUL ya. Bukan conventional. Client En Wan don’t worry, semua takaful ✅.