2025-03-17

Aku tak kisah siapa pun orangnya, as long as you happy and you like her so much.

Aku nampak kat FB makin ramai orang share video-video antara Bella and Syed Sadiq (YB). Rupanya dorang tu couple, eh? Aku baru perasan semalam. Tak tahu pulak dorang bercinta. Ke bukan? Tapi sweet betul. Boleh naik blood sugar aku hari-hari tengok. Kalau sekadar lakonan, maknanya YB boleh jadi pelakonlah. Elok juga, kita kekurangan pelakon yang ada rupa, bijak dan boleh berlakon. Wahh gitu aku mencadangkan. Padahal bila masa kau tengok cerita melayu, Diana?

Tapi tak best bila orang tengah syok melayan video sweet-sweet, ada komen binawe.

"Kau ingat mak YB nak terima janda?"
"Carilah yang fresh, YB!"
"Ada ramai yang lagi cantik kat luar tu"


Eh, kau pulak yang susah! Ingat orang ni suka sama suka sebab cantik je ke? Yang suruh pilih sebab cantik tu mesti belum pernah bercinta. Orang yang tak pernah bercinta je yang always letak kriteria cantik/hensem as kriteria utama. Kalau dah pernah bercinta, dah pernah kenal dengan lelaki yang muka je boleh harap tapi perangai hauk, kau takkan letak rupa as nombor 1 lagi dah. Nombor 15 perginya.

Aku dah pesan kat Redza, kalau berasa nak kenal rapat dengan perempuan, make sure serious. Aku tak kisah siapa pun orangnya - anak dara ke, janda ke, orang melayu ke, orang negro ke, orang cina ke, orang jepun ke, bertudung ke, free hair ke, sopan ke, seksi ke, lembut ke, galak ke - as long as you happy and you like her so much. 

Satu je aku mintak, pastikan nama penuh bapaknya sekian-sekian (dia tahu nama penuh ex aku). Tu je aku mintak. Sebelum kenal, tanya nama penuh dulu. Selebihnya, aku tak kisah siapa pun pilihan kau. Aku akan terima dengan berlapang dada sebagaimana mak bapak mertua aku terima aku.

En Wan kata, walaupun Tganu sinonim dengan perempuan bertudung dan sopan, dia tak pernah terfikir nak bawa balik perempuan dengan ciri-ciri yang semua orang boleh terima. Dia akan pilih perempuan yang dia suka sahaja, bukan untuk jaga hati keluarga. Dia tak nak pikir sangat pasal perempuan tu bertudung ke tak, sopan atau tak. 

Ini aku agree dengan En Wan. Bagi aku, lelaki kena pilih perempuan dengan ciri-ciri yang dia nak. Selagi kau tak dapat macam yang kau nak, jangan settle!

Aku dah tengok depan mata how lelaki yang zaman mudanya kemain lagi nak pilih perempuan yang baik-baik, bertudung, yang lembut, yang sopan - semua yang baik-baiklah kiranya. Hakikatnya deep inside itu bukan kriteria yang dia nak. Dia pilih ciri macam tu sebab pengaruh persekitaran. Pilih perempuan yang penampilannya baik supaya sejuk hati mak bapak. Supaya orang kampung puji mak bapaknya pandai didik anak. Supaya kawan-kawan respek dia pandai pilih bini yang baik-baik. Tup-tup masuk umur 40, berskandal dengan sekretari seksi. Eh pegi mampus!

Salah sorang mangsa adalah kawan aku. Perempuan. Grad Jepun. Baik orangnya. Bertudung. Manis. Nak kata lembut sangat tidaklah, tapi tak kasar macam aku. Jumpa lelaki orang Tganu. Kawen. Dapat anak sorang, lakinya berskandal dengan seketari sendiri. Free hair dan seksi. Hah kau! Yang benaunya itulah ciri-ciri perempuan yang kau nak dari dulu. Tapi sebab kau nak maintain air muka konon macam kau ni walaupun study overseas tak terpengaruh dengan budaya barat. Masih nak wanita kemelayuan yang penuh kesopanan dan faham agama. Last-last kau yang jahil agama! Eh pegi mati boleh??

Ramai je lelaki macam ni. Yang masa mudanya acah-acah good-good. Nak bini mesti yang bertudung, bersopan, lembut, kewanitaan, yang menyejukkan hati - segalanya yang baik-baik. Lagi 5-10 tahun kau menggatal dengan perempuan yang seksi, yang free hair, yang outstanding. Tapi bini kau kat rumah kau tak jadikan dia oustanding. Biar kekal macam makcik-makcik so that orang nampak kau lelaki yang bijak menjaga dan memilih isteri. Maka teraniayalah bini kat rumah tu. Pastu kau kata bini tak pandai bergaya tak pandai bercantik tu sebab kau cari lain. Podah!! Kalau dah namanya pengote, cakap je la kau pengote!

Aku cakap kat En Wan, siapa pun anak-anak kita bawa balik, kita kena cuba terima seadanya. Yang penting dia sayang. Itu yang penting. Tugas kita cuma perati-perati and bantu apa yang patut. Sebab bab hati dan perasaan ni, hanya dorang saja yang rasa. 

Maybe sebab aku pun pernah rasa konflik bercinta. Aku taknak anak-anak aku lalui benda yang sama.  Nasib baik aku dengan En Wan dulu takde bantahan dari mak dengan ayah dia. Mok tak tahu pun aku ni rupanya free hair, daring, kulit gelap dan tak sekaya keluarga dorang. Tapi sebab anak lelakinya nak, dorang berlapang dada terima aku.

Awal-awal kawen dulu, arwah ayah terkejut tengok aku bersolat. Masa tu aku solat kat living hall atas, bukan dalam bilik. Arwah ayah nak masuk bilik dia, kena melintas living hall dulu. Dia nampak aku tengah solat. Pastu dia tunggu aku habis. Elok je aku settle, dia tanya "Diana pandai semayang?"

Aku yang terkejut dengar soalan tu.

"Pandai, ayah. Baca Quran pun boleh"

"Oh, buleh baca?"

"Boleh, ayah. Diana khatam umur 8 tahun"


Terus ayah peluk aku. Aku pelik, tapi at the same time aku faham.

Yang pertamanya, kitorang kawen express, tak sempat nak suai kenal sangat dengan keluarga. Dia tak sempat nak tanya aku semua benda ni. Atau maybe dia nak tanya tapi macam rasa kurang sopan, takut aku kecik hati. Yang kedua, siapa je lah sangka orang macam aku, yang free hair, sana sini pakai skirt pendek - reti solat and baca Quran?

Mungkin dulu berat juga arwah ayah and mok nak terima aku, sebab lain nau pesennya 🤣. Tapi dorang cuba untuk suka sebab anaknya suka. Agaknya begitulah. And for that, aku akan cuba didik diri aku untuk suka pilihan anak-anak. Aku dah bagitahu Redza, siapa pun yang dia suka, proceed. Yang penting mak bapak orang tu suka kau juga. Aku tak nak tentukan oh kau kena pilih yang macam ni, yang macam tu. Pandai-pandai kaulah dah jadi bini kau esok. Bagi aku, kalau 2 orang suka sama suka, insyallah dorang boleh terima teguran dan nasihat each other.

Masa En Wan bawa balik aku ke Tganu untuk majlis bersanding kat sana, kitorang pi cari MUA. Singgah satu bridal ni. Sebelum masuk En Wan ajar "Kat Tganu ni, walaupun masuk kedai, macam masuk rumah. Kena salam semua orang". Because kat tempat aku bila masuk bridal, it's totally business setting. Masuk, duduk kat kaunter, bincang, bayar, settle. Kat bridal aku pegi dengan En Wan tu, masuk, salam dulu semua orang, pastu duduk, sembang dulu ni anak siapa, kampung mana. Ujung baru bincang. 

Slowly En Wan ajar aku untuk faham "adat & adab" masuk Tganu. Aku tak pakai seksi masuk Tganu. Rambut masih free hair waktu tu, tapi baju dah sopan. Tapi sopan ikut cara aku la. Asalkan tak nampak cleavage kira sopanlah tu. Hahaha.

Aku tak nak jadi paranoid macam Mak Aji. Mak Aji dulu banyak nau pantang larangnya. Orang pantai timur tak nak. Yang grad overseas taknak. Menantu biar orang melayu je, cina tak nak. Orang Malaysia. Orang luar dari Malaysia tak nak. Cukup takut dia aku kawen dengan cina. Last-last yang dia takut tu semua dapat kat aku. 

Aku faham ketakutan Mak Aji dulu. Dia tak nak aku "terpedaya" dengan lelaki grad overseas sebab melalui pengalaman dia those yang duduk overseas ni semuanya jahanam kat sana. Jadi dia terlalu berhati-hati sampai tindakan dia tu luar batasan sikit. Aku tak nak aku ikut jejak-langkah tu. Niat Mak Aji tu baik cuma perlaksanaannya tak kena gaya.

Buat masa sekarang, aku berdoa kat Allah untuk ciri-ciri menantu yang aku harapkan. Tapi kalau anak-anak aku bawa yang bertentangan, insyallah aku akan cuba suka. As long as anak-anak aku suka. Itu yang penting sebab dorang yang nak hidup bersama.