Pastu ada sorang ni PM, "Kak D orang terkenal. Pakai baju murah, kasut BATA, henbeg Uniqlo pun nampak mahal. Dorang tu kena beli baju mahal baru boleh terkenal"
Kahkahkah. Hamlau sungguh statement tu. Patutlah hantar kat PM, ya. Kalau letak kat komen karang kena kecam berjemaah 😂.
Takde kaitan lansung antara pakai something yang expensive, branded, and having a strong presence. At the end of the day, ini bukan tentang apa yang kita pakai, tapi bagaimana kita pakai. Bukan sikit-sikit orang yang bergaya macam nak rak, from top to toe flash logo branded items satu badan, tapi nampak takde class. Maybe culture kita terbiasa dengan "mahal equals to class". Tu pasal ramai yang bitter bila orang lain boleh shopping baju mahal. Sebab dia sangka bila mahal baru nampak berkelas.
Takde kaitan, dik. Takde. Kau pakai baju beribu ringgit pun, its always your confidence, your personality, and how well you style yourself. Ini lagi play a bigger role in how people perceive you than the price tag on your baju. Sesiapa boleh pakai baju mahal, spend thousands on designer brands, tapi kalau tak suit dengan personal style, kau tetap nampak very the desa. It won’t make you stand out. On the other hand, kalau kau ada great sense of style, kau pakai baju murah, kasut murah, tudung murah, still nampak oustanding. Fashion is not just about labels. It’s about knowing what works for you.
Kadang-kadang bila tengok orang yang try too hard nak nampak kaya - dari kepala sampai ke kaki - flash logo Dior, LV, Gucci, Fendi - aku tengok pun letih. Sometimes diri dia sendiri nampak tak terdaya nak carry badan sendiri. Nampak "berat" dengan logo. Aku tengok Johnny Huang tu, satu logo pun takde kat baju-baju dia. Even beg Hermes dia pun takde logo Hermes, but somehow orang boleh detect semua yang dia pakai adalah branded. Pernah sekali dia pakai T Shirt yang flash word BALENCIAGA kat dada, dia cover dengan jacket. Seboleh mungkin nak tutup.
Kalau the reason kau beli something is to be seen, kau nak impress siapa sebenarnya? Nak impress orang kampung? Nak impress ipar-duai? Nak impress makcik kat kampung yang akan sentiasa criticize no matter apa kau pakai? Kadang aku pelik yang beria nak beli baju kain organza kembang-kembang, baju fabrik brocket, penuh dengan sequin. Kau nak attend Met Gala ke? Ujung-ujung pakai kat kampung yang rumah pun takde aircond. Pastu dengan baju tu kau bersilat kat dapur membasuh pinggan-mangkuk. Dengan baju tu jugak kau turun naik rumah orang kampung pergi beraya. Pastu bila lace kat baju tu tersiat, kau kata baju takde kualiti.
Dik, baju-baju gitu orang tak pakai dalam rumah yang beratap zink, takde aircond, lantai berlendir, ya! Tak, ini bukan menghina, tapi aku nak perjelaskan HAKIKAT.
Baju-baju fabrik organza, fabrik brocket, fabrik heavy lace ni semua orang pakai dalam persekitaran yang selesa, ballrooms, elegant dining spaces yang berangin, yang sejuk, yang mana kau tak perlu buat apa-apa kerahan tenaga bila memakai baju tu. Kau hanya jadi patung cendana saja. Dorang yang pakai baju-baju pesen ni, makan pun pakai sudu garpu, ya. Pinggan pun takyah basuh. Yang kau pulak berada ada dalam rumah yang asal nampak muka kau je orang cakap "Dik, tolong basuhkan pinggan!". Dari pagi santak ke tengahari bersinsing lengan berdiri depan sink tak habis-habis membasuh pinggan mangkuk, ada hati nak pakai organza?
This is why some people can wear the simplest outfits and still look expensive, while you drape yourself in designer fabrics and still look off. Inilah namanya gaya tak kena tempat. Sebab tu kau pakai apa pun nampak murah. Sebab tak kena gaya! Just because baju tu berjenama dan cantik, doesn’t mean it’s suitable for you. Pakai something yang tak fit the occasion, the environment, or your own level of comfort, does not make you look glamorous. It makes you look out of place.
The reality is, takde siapa nak tengok kita pun. Kalau hasrat memakai something yang oustanding sebab nak orang nampak, percalah cakap aku, most people are too occupied with their own lives to care about what you are wearing. Nak-nak lagi time raya. Aku kalau pi beraya, mata aku tertumpu kat makanan je, tak kuasa nak tenung baju orang.

Kalau kita nak jadi paling cantik antara semua, akan ada orang yang lebih cantik. Kalau kita nak nampak mahal antara semua, akan ada orang yang pakai lebih mahal. Chasing validation through material things is a never-ending game because there will always be someone with something "better" or more expensive. At the end of the day, it is not about how much you spend, but how well you present yourself.