2025-02-01

Mak saya buat semua sendiri

Eh berbulu sungguh aku baca sorang komen lelaki ni. Dia tulis "Mak saya masak empat kali sehari, kemas rumah, besarkan anak-anak 6 orang, dan tak pernah minta tolong sesiapa pun. Semua dia buat sendiri. Perempuan sekarang masak hari-hari 1 lauk pun mengeluh".

This is from me, to you ---> CIBAI.

Hanya kerana mak kau boleh buat semua tu tanpa mengeluh, so kau anggap itu sesuatu yang patut dibanggakan dan diulang? Hello?? Yang boleh buat tu is mak kau. Mak kau melahirkan anak-anaknya, iaitu kau. Jadi kebarangkalian untuk kau ada super power macam mak kau, adalah tinggi. Bakal isteri kau takde super power macam tu. Jadi, secara teorinya, "super power" tu ada pada kau. So why not kau je buat??

Look, dengar sini aku nak bancuh.

Mak kau buat semua tu bukan sebab dia nak buat. Dia buat sebab terpaksa. Dia buat sebab dia berada dalam satu sistem yang meletakkan semua beban tu atas bahunya. Sistem tu kata, "Oh. Ini tugas isteri dan ibu. Memasak, isteri. Menjaga anak, isteri. Mengemas rumah, isteri. Melayan suami, isteri. Tengok anak punya homework, isteri. Menjaga ibu mertua, isteri. Melayan ipar-duai, isteri".

But here's the bitter truth. Your mom is not a superhero. Dia adalah manusia biasa yang TERPAKSA KORBANKAN banyak perkara demi keluarganya. What is more sad, pengorbanannya dijadikan ukuran kasih sayang. Semakin banyak dia berkorban, semakin dia dianggap isteri dan ibu yang baik. Disebabkan kau dah biasa tengok mak kau buat semua benda, kau sangka itu adalah normal dan kebiasaan tu mesti diturunkan kepada isteri kau pulak. Sepatutnya, setelah kau tengok semua kepayahan yang mak kau dah lalui, patutnya kau berusaha ringankan beban tu. Bukan jadikan sebagai contoh untuk bebankan isteri kau pulak!

Inilah yang aku cakap dalam post semalam. Apa yang berlaku dalam rumah, akan bagi kesan pada anak bila dia dewasa nanti. Sebab dulu kau nampak semua kerja mak buat sorang, bapak tak membantu, dengan kau-kau pun tak membantu, so kau rasa forever segala kerja dalam rumah tu tugas seorang isteri. Lepas tu esok bila bini kau lari tinggalkan kau, kau cakap dia derhaka. Kau tak pikir pulak apa punca dia derhaka?

"Mak saya tak pernah perlukan bantuan sesiapa. Dia buat semua sendiri. Tak pernah mengeluh pun".

Salah. Mak kau mungkin perlukan bantuan, tapi dia tak dibenarkan untuk meminta! Mungkin juga mak kau pernah meminta bantuan, tapi takde siapa endahkan kau mana tahu? Sebab tu dia ambil jalan untuk tak meminta bantuan lagi dah.

"Mak saya tak pernah mengeluh"

Ya, dia tak mengeluh. Tapi pernah kau terpikir maybe dia menangis sorang-sorang waktu malam? Tanya berapa ramai perempuan yang pernah masak sambil menangis sebab kepenatan, tapi akhirnya lap air mata sendiri sebab kalau bukan dia yang masak, siapa yang nak masak?

"Mak saya uruskan semuanya".

Of cos mak kau uruskan semua walaupun letih, sebab takde siapa lagi yang boleh dia harapkan. Sebab dalam rumah kau, semuanya berjemaah membesarkan kote.

And the saddest part is, now you want your wife to follow the same path. Kau nak semua perempuan buat benda yang sama macam mak kau buat bukan kerana ia sesuatu yang betul, tapi kerana ia sesuatu yang kau biasa tengok. But have you ever asked yourself, "Is my mother really happy?"

Tak, sayang. Takde perempuan yang benar-benar seronok kerja non-stop dari celik mata sampai tutup mata semula, buat benda yang sama everyday, lepas tu cash money dapat tak sampai RM500 sebulan. And now you want your wife to go through the same thing? Jangan kawenlah bang, ambil bibik je. Pastu main je kote sendiri sampai mati.

Look. Your wife is not here to repeat your mother’s story. She has the right to write her own. She is not just here to cook, clean, raise your kids, carry all the burdens alone while you sit and watch. She deserves to live, to be happy, and to be loved. Not to sacrifice herself just to meet your expectations! Kalau kau benar-benar sayangkan mak, jangan sekadar memuliakan pengorbanannya, but stop the cycle of load inherited to her! Jangan wariskan penderitaan mak kau kepada isteri atau anak perempuan kau.

Bila aku menulis ni in respond to statement lelaki tadi, aku rasa bersyukur pula bila kawen dengan En Wan yang dari kecil biasa tengok maknya tak bersusah-payah di rumah. Mok memang tak bekerja, tapi mok tak berpenat-penat menguruskan rumah tangga. Mok ada maid. Walaupun mak ke dapur, takdelah sampai pecah peluh. Maybe sekadar jadi mandor saja. Sesekali dia memasak, selebihnya maid buat. That's why mok ada masa ikut arwah ayah pi dinner, pi overseas for business trip dan bermeeting dengan persatuan datin-datin, serta ada masa bercantik-cantik. Because dia tak buat semuanya 24/7.

Maybe sebab itu juga bila berkahwin, En Wan terikut-ikut nak ada maid menguruskan rumah, bantu jaga anaknya, dan tak kisah makan maid yang memasak. Kalau tak nak masak, makan luar. Tapi kalau nak masak, jangan main-main. Lauk mesti ada 3. Aaa gitu.

To that man, please be the man who builds a household where a woman no longer has to carry everything alone. Kau nak bini kau buat semua benda, at the same time nak bini sentiasa cantik. Kalau nak bini kau nampak cantik, bahagiakan dia. Jangan bagi dia stress dan letih pikul banyak sangat tanggungjawab rumah tangga seorang diri. 

Marriage is a partnership, not a system where one person sacrifices while the other enjoys comfort. Kalau kau tak bersedia untuk bantu isteri buat kerja rumah dan jaga anak, sekurang-kurangnya bagi dia sokongan yang dia perlukan. Sama ada upah helper atau cari cara lain untuk ringankan bebannya. Mengharapkan seorang wanita uruskan segala-galanya bukan saja tak adil, tapi ketinggalan zaman.

A happy and well-rested wife is a wife who has the energy to nurture the relationship, take care of herself, and love you the way you want to be loved. Jangan jadikan kesusahan mak kau sebagai standard, tetapi pastikan tak ada wanita selepasnya perlu lalui benda yang sama. If you really want to remember your mother's services, don't just glorify her sacrifice. Instead, build a fairer life for your wife and children. That's the best way to repay your mother.