2025-02-24

Kalau sampai umur 70 tahun belum mati, dapat tak duit hibah tu pada pencarum?

Ada orang tanya aku pasal hibah. Dia tanya "Kalau sampai umur 70 tahun belum mati, dapat tak duit hibah tu pada pencarum?"

Jawapannya, TIDAK.

Hibah TAK AKAN dapat kat kita (pencarum). Kona ikut mana pun, takkan dapat kat kita.

Hibah tujuannya untuk bagi kepada waris. Sebelum ambil hibah kena ada tekad, nak bagi ke tak. Kalau nak bagi, bayarlah caruman hingga mati. Kalau masih berbelah bagi nak bagi pada waris, tak perlu ambil. Senang. So that you pun tak rasa terbeban nak bayar tiap-tiap bulan dan tak perlu pikir untung rugi buat hibah.

One thing you must understand, hibah takaful BUKAN simpanan atau pelaburan. Ia adalah perlindungan kewangan. Kalau pencarum masih hidup sehingga tamat tempoh polisi (contohnya umur 70 tahun), duit caruman bulanan dan hibah TAK AKAN DIBERIKAN.

Ok katakanlah korang langgan servis ‘roadside assistance’ untuk kereta. Setiap bulan bayar RM50 supaya kalau kereta rosak tepi jalan, towing dan servis kecemasan semua cover. Tapi kalau sepanjang tahun tu kereta korang tak pernah rosak, adakah syarikat towing tu akan pulangkan balik duit RM50 sebulan tu? Tak, sebab servis tu wujud untuk jaga kalau jadi kecemasan, bukan untuk simpan duit kita.

Ok aku bagi satu lagi analogi. Korang beli tiket masuk theme park, RM100 untuk sehari. Tapi bila dah masuk, korang sibuk bergambar je, tak naik satu pun permainan. Bila nak balik, boleh ke korang minta refund sebab tak guna semua fasiliti dalam taman tema tu? Tak boleh, sebab tiket tu dibayar untuk akses, bukan ikut berapa banyak permainan yang korang naik.

Tak pun, bayangkan korang beli payung mahal. Lepas setahun, langsung tak hujan. Boleh ke korang tuntut balik duit sebab “Eh, aku tak pakai pun payung ni sepanjang tahun”. Jawapannya, TAK BOLEH. Sebab fungsi payung tu adalah sebagai persediaan.

Sama juga dengan hibah takaful. Kalau ‘hujan’ (kematian) tak berlaku dalam tempoh perlindungan, duit caruman tu takkan dikembalikan kerana ia adalah bayaran untuk ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jadi, hibah takaful bukan tempat simpan duit atau cari keuntungan untuk diri sendiri, tapi ia adalah ‘payung’ perlindungan untuk keluarga kita bila kita dah mati nanti.

Kita bayar caruman bulanan untuk perlindungan kewangan, supaya kalau berlaku kematian, waris terus dapat duit pampasan tanpa tunggu urusan harta pusaka yang lama. Kalau nak simpan duit untuk diri sendiri, lebih baik guna instrumen lain macam akaun simpanan atau pelaburan. Tapi kalau nak pastikan keluarga tak terkapai-kapai bila kita dah tak ada, hibah takaful adalah pilihan terbaik.

Hibah takaful mungkin tak bagi untung dalam bentuk cash kepada pencarum, tapi keuntungan sebenarnya datang dalam bentuk perlindungan kewangan untuk waris.

KEUNTUNGAN 1
Kalau pencarum mati, waris dapat duit hibah tanpa perlu lalui proses faraid. This is important lebih-lebih lagi kalau ada hutang rumah, kereta, atau komitmen lain. Once kita mati je, bank akan cari waris terdekat dulu, iaitu pasangan. Dorang takkan tunggu kita tenang baru mintak hutang, ya. Lgi cepat settle, lagi bagus konsepnya. Hibah akan release kepada waris dalam tempoh 2 minggu. Just nice untuk ringankan beban waris sebelum pemiutang datang cari.

KEUNTUNGAN 2
Dengan hanya bayar caruman bulanan yang berpatutan (ikut umur), pencarum boleh tinggalkan pampasan yang jauh lebih besar berbanding duit yang dicarumkan tiap-tiap bulan tu. Contohnya, kita bayar RM100 sebulan, tapi waris boleh dapat RM350,000 (minimum) bila berlaku kematian. Ini lebih ‘untung’ berbanding nak kumpul sendiri jumlah yang besar dalam masa singkat. Kalau RM100 tu kita save setiap bulan dari umur 20 sampai 70 pun takkan cecah RM350K.

KEUNTUNGAN 3
Kalau pencarum adalah pencari nafkah utama, hibah takaful ni ibarat “insurans” untuk keluarga. Bila dah tak ada nanti, anak-anak tetap boleh teruskan pelajaran, pasangan pun tak terkapai-kapai nak bayar komitmen, dan kehidupan keluarga tetap stabil. Aku encourage suri rumah buat hibah. Adik aku, Ima tak bekerja. Azrul (adik ipar) dah buat hibah siap-siap. As kakak, aku lega suaminya beringat. CT pun Ibal buatkan hibah dah. Ibal tu aku yang peringatkan sebab anak-anak dia waris kuat family kitorang. Anak-anak aku and Ima dah bawa keturunan bapak masing-masing. Tinggal The Widads je yang bawa keturunan Ishak. So, kau jangan nak tinggalkan anak-anak kau buta-buta takde protection aku cakap. Medical card buat. Hibah untuk isteri pun buat. Alhamdulillah dia buat dah.

KEUNTUNGAN 4
Proses tuntutan hibah takaful tak lama pun. En Wan ada 2-3 orang client yang dah meninggal, dan hibah dah pun release, in 2-3 weeks saja. Jauh lebih cepat berbanding urusan harta pusaka yang boleh makan masa bertahun. Ini namanya untung sebab waris tak perlu tunggu lama untuk teruskan hidup.

Cut short, hibah takaful ni bukan soal “dapat duit balik” kalau panjang umur, tapi lebih kepada perlindungan yang boleh bagi keuntungan besar pada keluarga bila kita dah mati. Kalau fikir panjang, inilah pelaburan terbaik untuk pasangan.

Semalam aku dengar En Wan bercakap dengan potential client dia. Aku suka ayat dia "Encik tak perlu ambil hibah yang tinggi kalau membebankan. Ambil paling rendah pun tak apa asalkan ada sesuatu untuk waris. Itu lebih penting dari tak tinggalkan apa-apa".

Aku terpaksa akui En Wan bagus bab ni. Bukan nak puji laki sendiri, tapi masa kitorang nak ambil hibah dulu, pernah jumpa beberapa agen. Some of them pujuk kitorang ambil semaksimum yang boleh. Semalam dengar En Wan suggest ambil hibah paling rendah pada potential client dia, sejuk hati aku. Biarlah kita buat kerana benar-benar nak bantu orang, bukan nak gemukkan poket kita semata.

Aku teringat awal-awal dia join Prudential, kebetulan bulan tu adalah bulan promosi Hibah Lestari. Prudential buka hibah untuk orang sakit buat pertama kalinya. En Wan fokus kat jual polisi hibah je. Ramai yang ambil minimum 50K sahaja. Bila yang beli hibah semua ambil minimum, maknanya komisyen dia rendah sajalah. Tapi masa tu dia tak kisah. Dia kata dia nak orang-orang sakit ni ada hibah walaupun yang paling rendah sebab kesian nanti waris tak dapat apa. Semalam sampai pukul 1.30 pagi dia bekerja buat calculation untuk customizedkan premium supaya client tak terbeban nak bayar bulan-bulan.