2025-01-26

Bagi seorang narcissist, “winning” means control kau.


Ini post ringkas nak menjawab luahan hati yang hantar ke DM aku Jumaat hari tu. If you are reading this, ini jawapannya. Sengaja tulis kat blog supaya orang lain boleh baca pandangan aku.

Ok, macam ni. Bila kau ada kawan narcissist yang always burukkan kau pada kawan-kawan lain, yang always cari jalan nak malukan kau melalui jokes-jokesnya yang tak kelakar - of course kau rasa sakit hati pada awalnya. Mulut tu ringan je nak membalas balik, kan? At the same time kau geram bila orang lain jadi percaya pada kata-kata dia. So perlu ke kau explain pada semua orang hal sebenar?

My answer is, depends pada apa misi kau. What do you really want out of this situation? What’s the battle you are trying to win?

Aku dulu pilih untuk keluar dari relationship, berbanding explain hal sebenar pada semua orang. Of cos sakit hati bila dia cerita macam-macam, yang merepek, sampai orang pandang serong kat aku. But I chose my battles. Antara explain hal sebenar, dengan keluar dari relationship, aku pilih untuk keluar dari relationship. Itu lebih penting pada masa tu. Dia nak menang hati orang, aku biar dia menang. Aku tak nak menang hat tu. Aku nak menang keluar dari relation. Ini misi aku.

Apa misi kau, will shape how you respond. If your goal is to prove the narcissist wrong to everyone, be prepared for a draining and messy journey because narcissists thrive on drama and conflict. Kau payah nak menang dengan orang macam ni. Life kau akan jadi lebih serabut nanti. 

Narcissist are skilled manipulators who know how to charm others. Silap-silap kau yang dituduh saiko. Aku dulu biarkan je orang nak bercakap kat belakang. Takde masa nak fix how others perceive aku. Eh banyak pulak kerja aku nak explain my side of the story kat semua orang? Kau agak bila kau explain satu kali, hal ni habis kat situ je? TAK AKAN. Akan ada episod-episod seterusnya. Jadi, aku pilih untuk senyapkan diri saja.

Pick your own battle. Tak semua benda kau kena memang. Pilih mana yang lebih berbaloi. One hard truth to accept is that people will believe what they want to believe. Tak kira macamana banyak kau explain, some will side with the narcissist. Lagipun, fitrah orang narcisssit, kau takleh feed dengan something yang boleh mencabar ego dia. Bila kau respond, explain, or retaliate, kau sedang feed their ego and give them exactly what they want, iaitu attention and validation. Cara nak matikan akal dorang adalah dengan diam and buat hal kau. Jalan terus. 

Memanglah awal-awal tu kau akan rasa macam kalah, but in reality, you are choosing a bigger victory iaitu, BEBAS DARI RADAR DIA. Percayalah cakap aku. Kejap je rasa sakit hati, geram dan "kalah" tu. Bila kau fokus pada apa yang lebih penting, slowly kau akan dapat rentak yang betul. 

Dia gini tau. Kalau kau fokus sakit hati, memang kau akan sakit hati forever. Bila kau fokus nak explain hal sebenar, mental kau takkan settle selagi kau tak explain kat semua orang. Ujung-ujung kau yang semakkan mental kau dengan tekanan yang kau bagi pada diri sendiri. 

Bagi seorang narcissist, “winning” means control kau. Dia pegang mental dan emosi kau. Tapi untuk kau yang jadi mangsa ni, "winning" can mean something different, iatu remove yourself from their toxic orbit. Ini bukan tentang membiarkan dia bercakap buruk pasal kau, tapi reclaim your power dengan cara tak berada lagi dalam kawalan dorang.

Nak keluar dari relationship dengan orang narcissist whether it’s a friendship, partnership, or family connection, memang tak mudah. Bersedialah untuk hilang ramai orang. Sebab akan ada mutual friends yang sokong dia. Maybe kau akan lonely a bit dalam tempoh ni. Tapi sekurang-kurangnya mental kau tak semak dah nak melayan perangai toksik narcissist.