2025-01-16

Agen patut jadi pendidik kewangan



Dulu video En Wan untuk his takaful business akan diletak gambarnya di belakang sekali. Sejak ada beberapa orang gunakan his video untuk promote diri sendiri, diorang pi buang slide yang akhir letak muka sendiri, so now setiap slide ada gambar En Wan. 

Kenapalah di zaman sekarang masih ada orang yang nak ambil mudah kerja sendiri? Kalau takde idea sangat nak buat post, kau ambik je la description dalam video tu and buat video sendiri. Macamanalah nak dapat kepercayaan klien? Awal-awal pun dah kelepet hasil kerja orang. 

Inilah tanda-tanda agen yang bakal lesap selepas beberapa bulan jadi agen. Video En Wan tu bukan dia buat. PA dia buat. Tetapi intipati adalah idea dia. Dia tak sempat nak jawab semua soalan prospek, jadi dia buat dalam bentuk video. Korang save nombor En Wan ni - 012-4407757. Dia akan share video-video ni di whatsapp status dia juga.

Hari tu ada orang bagitahu dia dah signup hibah dengan En Wan. Dia ambil En Wan sebenarnya takde plan nak signup pun. Nak tanya-tanya dulu. Pastu En Wan ajak jumpa. Dia puji kata cara En Wan explain lansung tak push-push. En Wan EDUCATE dia kata. Kebanyakan agen yang dia pernah approch asyiklah guna ayat menakut-nakutkan orang. Dia jadi stress.

Alhamdulillah kalau macam tu. Memang itulah sebenarnya role agen. Agen patut jadi pendidik kewangan. Bagi clear picture apa yang bakal klien akan dapat dari hibah atau medical card. Cerita pasal benefitnya. Bukan guna kaedah menakut-nakutkan. Macam semalam ada orang post kat Thread screenshot between dia and agen dia. Dia nak stop her hibah. Pastu agen dia reply "Kalau macam tu, saya minta Puan delete nombor saya terus. Sebab kalau Puan ditimpa musibah selepas ni, waris Puan tak contact saya untuk sebarang tuntutan".

Ya, aku tahu apa yang dia maksudkan tu betul. Bila nombor tu dah takde, apa-apa jadi esok, takdelah waris mencari nak tanya pasal hibah ke apa ke. But, tak perlulah bitter.

"I understand your decision, and I respect it. Please note that if you cancel your hibah, it means your coverage will no longer be valid, and your beneficiaries won't be able to make any claims in the future. If you need any assistance or have further questions, feel free to reach out anytime"

Tu aku bagi template untuk reply. Be profesional-lah sikit.

Ok, ini cerita benar kisah En Wan sendiri. Awal-awal dia join Prudential, dia approach prospek dari customer-customer GreenAard. Lebih mudah sebab dorang ni kenal siapa En Wan. Tak perlu nak intro panjang. Ada sorang ni politely reply yang dia takde plan nak buat hibah now sebab budget is tight. En Wan reply "Takpe Puan. Puan boleh save nombor saya dulu. Saya doakan in future Puan ada rezeki dapat buat hibah". ---> ini diceritakan oleh orangnya sendiri pada aku. Setahun selepas tu, dia signup hibah dengan En Wan selepas yakin dengan performance En Wan.

Some prospect dia perlu masa untuk yakinkan dirinya sendiri. Dan mungkin dia perlu benar-benar faham apa yang dia nak ambil. So, tak perlu bitter kalau kena reject. Fokus pada create awareness. Masih ramai yang tak tahu manfaat hibah and medical card. Jadi, fokus saja pada awareness. Sebab itu En Wan rajin buat video to educate people sebab kalau nak explain satu-satu, jenuh. Yang kau, nak sebatttt je video orang. Siap cut hujung pulak tu. Bila tengok orang success, follow cara kerjanya, buat copy paste.