2024-12-30

Our Captain is busy you know?


Ramainya tanya aku pasal Zhou Lusi. 

Actually aku tak follow sangat kisah dia tu. Dah a few days juga orang speculate something happened kat dia sebab takde update apa-apa kat akaun Weibo. Pastu ada orang up video dia dibawa turun dari dalam wheelchair, tapi video tu tak jelas but yang ambil video tu mati-mati mengaku itu memang Zhou Lusi. 

So, SWEETHEART (fans Zhou Lusi) try korek sana sini nak tahu cerita sebenar sebab management tak bagi apa-apa statement. Until kawan Zhou Lusi yang buat statement Zhou Lusi di-diagnosed with Aphasia, keadaan di mana pesakit tak boleh communicate. Tapi dalam kes Zhou Lusi dia bukan saja takleh communicate tapi takleh membaca dengan laju. Setakat ni belum tahu apa progress, tapi dah send for treatment. So far takde yang kata it is due to brain damage atau jatuh kat lokasi ke apa. Masih menunggu official release dari management dia. Kesian pulak aku tengok. Muda lagi orangnya. Harap-harap boleh sembuh.

Yang tanya pasal ALICE, hmmm malas aku nak cakap pasal ni. Sebab retisnya takde apa-apa, fans yang lelebih. ALICE tak suka Dilreba rapat dengan Johnny. Sejak dorang berlakon saam tahun 2020, ALICE sentiasa mengutuk Johnny. Aku tak berapa pasti apa benda yang dia sakit hati sangat. Tak jumpa reason yang solid selain dari taknak Dilreba kena abuse. Tahun 2019, Johny naik court sebab ex-wife dia yang saiko tu tuduh semasa dorang kawen (2015-2017), Johnny pernah pukul dia. 

Kerana, tahun 2019 adalah breaktrough Johnny dalam entertainment industry. Sejak dia menang Best Newcomer kat Filem Asia, dia jadi sangat laku. Banyak offer dapat, banyak sign jadi brand spokesperson. Tiba-tiba ex muncul and claim she is Johnny's ex-wife dan mengadu masa kawen dulu selalu kena pukul. Tiba-tiba je baru nak claim. Dah lah takde bukti. Plus, kau bercerai tahun 2017, apesal tahun 2019 baru kau nak kecoh pasal ni? Kau ingat kau ex-wife, Johnny nak diam je ke. Memang naik courtlah apa lagi. Pastu terbukti Johnny tak bersalah.

Tahun 2020, masa drama Johnny and Dilreba nak release, ex dia buat hal lagi sekali. Dia ungkit-ungkit lagi hal yang sama, padahal dah settle. Johnny tulis kat status Weibo "Please stop damaging my reputation", dan tag ex dia. Ex dia kata dia bengang Johnny tak buat apa-apa untuk stopkan fans dari bercakap buruk pasal dia. 

Eh kau siapa?? Bini dia ke? Hilang ingatan la tu. Tapi si Johnny malas nak panjangkan cerita, maybe sebab dia tahun ex dia saiko, so Johnny tulis kat Weibo "I hope we all can move forward with our lives. To my family member and a friend, [nama saiko] all the best to you."

Bangga la tu Johnny cakap dia "family member". Kahkahkah. Pastu dah takde lagi dia buat hal lepas tu. Mungkin dah 6 kaki bawah tanah agaknya. Keadaan dah reda, tapi geng-geng ALICE tak nak Johnny and Dilreba cinta lokasi, jadi dorang dok ungkit balik kes abuse ni. Supaya Dilreba beringatlah kononnya. Rasanya yang buat cerita Johnny gay pun geng ALICE ni juga.

Johnny takde fanclub. Dia berada di bawah management syarikatnya sendiri, Huang Jingyu Studio (HJYS). Jadi, bila ada kes-kes fitnah macam ni, selalunya kat Weibo tu penuh kecaman pada Johnny, tapi takde backup. Sebab dia takde fan club. Yang ada hanyalah fans macam aku ni yang keep on posting and talk about him and his projects. Sebab tu aku cakap, apa-apa post pasal Johnny, always tentang kerjaya dia saja, bukan personal. Sebab kitorang tumpu pada informtion dari HJYS only. Mulut-mulut paparazzi ni we don't ambik port. Kau nak cakap dia gay ke, dia pukul bini ke, bertempiklah sorang-sorang. Takde siapa layan kau.

Takyah tanyalah pasal ALICE tu. Fans Johnny lansung tak pernah mention apa-apa pasal Dilreba. Banyak lagi aktiviti Johnny yang nak dikongsi, tak cukup masa nak cerita. Eh tup-tup bila orang puji drama Love Song in Winter adalah drama romance paling best dari Johnny, ALICE sentap pulekkkk. Bengang agaknya lepas ni orang akan bercakap pasal gandingan Johnny and Sun Qian pula. 

Yang benaunya kau suka idol kau digossip dengan Johnny sebab boleh menumpang famous, kan. Now bila dah takde orang mention, nak sakit hati pulak. Kau dengan ex Johnny boleh masuk satu fanclub sebab korang sama-sama saiko.

Malam ni, nak tengok love streaming sambutan New Year di Weibo. Johnny akan nyanyi 2 lagu. Semalam dia dah sampai dari Changzhou (lokasi shooting), esok dia akan patah balik ke lokasi. Our Captain is busy you know, dia takde masa nak layan kau punya gossip. Kitorang pun busy ni, esok nak update ke seluruh dunia pasal show Johnny malam ni. 

p/s: Kalau nak tengok how bignya HJYS management, dalam drama Love Song in Winter ada scene dalam cinema. Scene yang Johnny pegang tangan Sun Qian. Dalam cinema tu semua yang duduk kat kerusi tu adalah employee Johnny. Dia bawa semua staff berlakon sekali (tapi jadi pak pacak je lah). Yang lelaki duduk sebelah seat dia dalam cinema tu adalah his real bodyguard. By the way, lagu tema penutup setiap episod adalah nyanyian Johnny. Tajuknya "Day and Night". Aku syak malam ni dia nyanyi lagu tu.