2024-12-29

Some lelaki especially yang tak mampu match level perempuan-perempuan macam ni, dia akan gunakan kecaman untuk justify ketidakmampuan dia.



Kalau sekali dengar, nampak macam "Berlagaknya kau! Macamlah cun sangat!"

Tak. Ini bukan masalah CUN. Tapi realiti.

Bercinta dengan perempuan berstatus lebih tinggi dan lebih incomenya, tak salah. Tetapi ada cabarannya, especially if her lifestyle significantly exceeds your current means. Walaupun keserasian dari segi kewangan orang kata bukanlah segalanya, di zaman ni keserasian kewangan tetap jadi faktor penting dalam relationships. 

Some lelaki especially yang tak mampu match level perempuan-perempuan macam ni, dia akan gunakan kecaman untuk justify ketidakmampuan dia. Nanti dia katalah kononnya dia tak suka perempuan bermekap 24 jam. Suka yang natural beauty. Tak suka perempuan yang bergaya, suka yang simple-simple je, lebih sweet. Tak suka perempuan yang bersosial lepak dengan kawan-kawan kat high-end restaurant. Kononlah. Pastu lagi 10 tahun dia ada skandal dengan type perempuan yang dia "tak suka" tu. Sebab apa? Sebab now dah mampu. Dulu tak mampu, tapi tak nak mengaku diri tu tak mampu.

Terima sajalah hakikat her lifestyle is beyond your means. Undur diri dengan tenang-tenang. Jangan bitter tak tentu arah. Atau, bak kata video tu, elevate your financial situation to meet her level. Simple, kan? Tapi tak. Kau nak jugak mengkondem perempuan tu. Sebab tak dapat. Cuba kalau perempuan tu nak kat kau. Terus menggelupur kote.

Perempuan tu dah berada dalam lifestyle yang begitu SEBELUM kau kenal dia. Dia cantik, dia bergaya, dia menarik, dia gojes - itu semua ketika dia dalam lifestyle begitu. Kau terpandangkan dia, lalu terpikat. Patutnya kau yang masuk dalam lifestyle dia, bukan ajak dia keluar dan join lifestyle kau yang serba simple tu. Tak adil. Kalau betul sukakan perempuan yang simple, yang tak bergaya, yang tak high maintenance, kau takkan peduli pun dengan perempuan yang level kayangan ni.

Aku suka lelaki bijak. Di sekolah dulu, pandangan aku always terarah pada group lelaki-lelaki bijak. Dan aku akan bercakap pasal group ni saja, sebab minat aku pada group tu. Tak kisahlah sepadan ke tak dengan aku, that's another story. Yang penting, aku suka lelaki bijak. Yang tak masuk dalam kategori bijak ni, aku tak ambil port. Ye lah, buat apa aku nak kisah benda yang aku tak minat, betul tak? So, bila kau suka perempuan simple and natural beauty, your focus and conversation should be directed at that group only. Bukan mengecam group lain. Entahlah aku tak tahu orang lain macamana. Memang ada kot jenis orang yang makin dia kata tak suka, makin perbualan dia berkisahkan perkara yang dia tak suka.

Pada aku, that is her life. Dia pilih lifestyle begitu because it reflects her values, goals, and priorities. Macamana dia spend duit dia, semua tu berlaku sebelum kau kenal dia. Itu adalah her financial habits. Kalau kau boleh minta dia berubah menjadi lebih sederhana, dia pun boleh mintak kau berubah jadi macam dia. Fair?

Lelaki-lelaki yang kondem kononnya perempuan hi-maintenance ni membazir, kau sedar tak kata-kata kau tu doesn’t reflect your preference, but t reveals your insecurity? Statement like "Membazir je beli mekap mahal-mahal, nanti kena basuh muka jugak" - ini namanya belittling and controlling. Sukati dia lah nak pakai mekap tebal 14 inci pun. Dia pakai duit sendiri. Kalau tak suka, move. Bagi laluan orang lain masuk. Jangan tunjuk kau punya perangai tak matang tu.

The issue now is not her. It’s you. If her lifestyle is out of sync with what you can afford, the respectful choice is to step back. Ini bukan tentang rendah diri. Ini tentang KESERASIAN. Relationships work best bila both of you berkongsi value yang sama. Kalau her spending habits buat kau rasa tak selesa or strain your budget, jangan expect dia downgrade hidup dia untuk kau. Dia kerja keras untuk reach financial freedom supaya dapat enjoy lifestyle yang dia nak. Asking her to live “below her means” to accommodate your financial limitations is UNFAIR.

Orang yang suka bercantik-cantik ni ada aim. Dari awal lagi dia dah tunjuk penampilan yang mewah supaya yang mendekat pun adalah dari golongan yang mampu. Jimat masa dia. Tak perlu nak filter because yang berani approach her pun tak lari jauh dari kriteria yang dia mahu. Kadang-kadang yang mampu pun tak mendekat. Kau yang tak mampu ni pulak nak masuk, pastu ajak dia hidup susah bersama kau. Konfiden eh?

Nak cuba tak salah, tapi kalau kena reject jangan bitter. Sebab dari awal patut dah sedar diri. Instead of dragging her down why not be honest with yourself. Tanya diri, berapa lama aku sanggup bersama dengan perempuan high maintenance macam ni? Kalau aku teruskan, adakah aku akan terkilan hilang dia? Kalau aku teruskan, adalah aku akan terkilan sebab akhirnya membebankan? Sanggup tak aku skip certain things untuk bela lifestyle macam ni? If the answer is no, then undurlah dengan aman and cari yang sekufu, atau yang financial expectations aligned dengan kau. Takde apa yang nak dimalukan untuk terima hakikat you are not compatible.

Tapi, kalau lepas pertimbangkan banyak perkara dan kau rasa kalau terlepas perempuan ni kau akan rasa terkilan, then consider taking the second option iaitu improve your financial standing. Aku rasa bab ni tak perlu sampai satu level dengan her spending power. Cukup dengan kecilkan gap supaya her lifestyle tak terlalu membebankan kau. Ni bukan tentang barang mekap tau. Ini tentang nafkah bila kawen nanti. Makan dia, tempat tinggal dia, pocket money dia - must match dengan lifestyle yang dia dah terbiasa. Kalau selama ni dia spend RM2K untuk lifestyle dia, kalau kau boleh cover 3/4 dari tu pun dah memadai. Itu kalau dia spend RM2K sebulanlah. Kalau RM4K, sendiri kiralah sanggup ke tak.

Untuk orang marhaen macam kita memang akan rasa kau makan apa, pakai apa, sampai RM4K sebulan? Ye lah, sebab kita shopping time sale je. Hamba Allah tu shopping time new arrival. Tak sama, ya. Tak payah nak kritik her choice. Perlu ke beli mekap mahal? Perlu ke beli tudung mahal? Sekarang ni kau nak dia ke tak? Kalau nak, hadap. Kalau taknak, blah. Senyap. Jangan banyak bunyik.