2024-12-31

Kenapa boss jarang sakit


Tadi kat Thread Nampak satu post ni "Kenapa boss jarang sakit eh? Nak lepak-lepak dalam ofis pun tak senang sebab dia asyik datang kerja"

Pastu berjujuk bosses and business owner jawab post:

Tapi dalam banyak-banyak komen ada la yang bitter dengan boss.

"Sebab boss datang opis 4 jam je, pastu dia balik. Memanglah payah nak sakit, tak stress"

"Sebab bos masuk lambat, balik awal. Banyak rehat"


Nak je aku reply "Bos kau tak masuk opis pun, gaji kau tetap dia pastikan dapat setiap hujung bulan". Tapi takpelah, malas. Sebab kat Thread reply sikit-sikit macam tu bakal mengundang kecaman. Nak puas, meh aku tulis kat blog macam ni.

Yang memekak-mekak bitter dengan bos tu sahih tak pernah jadi boss, dan maybe takkan pernah merasa jadi boss dengan perangai gitu. TAK AKAN. Ni set-set kerja berkira, tapi nak gaji besar. Lunch nak panjang, rehat nak lama, kerja nak sikit, balik nak awal. Tapi gaji nak besar. Tu semua set-set yang memekak tu lah.

Meh sini someone yang pernah jadi pekerja dan dan sekarang jadi business owner nak menjawab kenapa bosses jarang sakit (tapi masa aku jadi pekerja pun aku jarang MC).

Mula-mula kena faham yang kerja bos TAK SAMA dengan kerja pekerja. Ini adalah sebab utama kenapa business owner tak duduk di ofis 9-5. Because, the type of work they do is very different compared to employees. Employees biasanya involved in daily tasks yang memerlukan dorang berada di ofis. Contohnya, those yang terlibat dengan operation (packing order) dah tentu-tentu kena datang ofis. Yang buat kerja pakai sistem ofis, mestilah kena ada di ofis kalau tak kau tak boleh nak access pada system ofis. HR, kena ada di ofis. IT personnel kenalah ada di ofis kalau system down ke apa ke, kau perlu ada. 

Lainlah kalau buat outdoor sales, memang tak perlu ada di ofis. Yang perlu adalah sales masyuk setiap hujung bulan. Kau tak nak masuk sebulan pun boss tak cari. Tapi kalau hari-hari keluar jumpa customer tapi sales ciput, bersedialah nak kena tembak dengan bos.

Itu employee. Kalau seorang bos, atau business owner pula, kerja-kerjanya lebih kepada tugas strategik like plan the direction of the company and make big decisions, most of which do not require them to be in the office all the time. Merancang visi dan misi company, make financial decisions, cari peluang business, merancang marketing plan, merancang production new product, and discuss with stakeholders or key customers or suppliers. Sebahagian besar tugas ini dibuat di luar ofis. Sometimes, kau dah sampai rumah, bos masih lagi meeting dengan supplier.

Tu pasal kadang-kadang weekend aku masuk ofis untuk siapkan kerja. Malam pun pernah masuk ofis kalau ada benda nak disiapkan. Kau malam ada kat mana? Tengah melayan Netflix. Bos kau? Masih mengadap laptop tak settle-settle siapkan paperwork. Tak payahlah nak merasa terpaling buat kerja. Sometimes yang terpaling masuk ofis ni, sekadar hadir ke tempat kerja saja, bukannya hadir untuk bekerja! Main banyak, melangok banyak, bersembang banyak, melayan internet banyak. Kau ingat bos kau tak tahu? Bos maybe tak masuk ofis 9-5, tapi dia observe, ya.

Macam bos Devil Wears Prada aku dulu ginilah. Dia masuk paling awal pun 10 pagi. Jarang dia stay sampai 6 pm. Habis kuat pun 3 atau 4 pm dia balik. Tak surelah dia balik ke rumah atau ke appointment. Itu kitorang tak ambil tahu. Yang kitorang tahu, sales kalau tak hit, bersedialah anda pasti dilempar dengan sales report anda sendiri. Walaupun dia takde di ofis sepanjang hari, tapi apa-apa soalan aku tanya be it tentang produk, tentang jet customer, tentang marketing strategi - apa-apa sahaja - semua dia boleh jawab. For me this is more important than her coming to office everyday. As long as she can be reached at all times, and she always has a solution for every problem, aku takkan question walau dia tak masuk ofis setahun.

Walaupun bos tak nampak "sibuk" di ofis, they may focus more on aspects of business that require deep thinking, long-term planning, and interaction with external parties. Ini adalah jenis kerja yang lebih fleksibel dan kurang bergantung pada physical attendance. 

Ni bukan nak up pasal diri sendiri, tapi nak bagi pandangan based on observation aku bertahun-tahun makan gaji. Business owners or bosses are also USUALLY better at time management and task delegation. Dorang ada kelebihan atau keupayaan untuk manage their time wisely dan bagi tumpuan kepada important aspects that need their attention. Sementara tugas-tugas rutin yang lebih kecil dan tak perlukan kepakaran dorang, akan diserahkan kepada employee yang kompeten.

Seorang bos tak perlu ada di ofis 9-5 untuk pantau every detail. Bos ada cara untuk memantau kerja-kerja korang. Tak payah ada CCTV pun bos boleh tahu korang buat kerja ke tak. Ada cara nak tahu. Yang ni aku simpan dulu. Hahaha. 

In other words, peranan bos adalah untuk pastikan berfungsi dengan lancar dan buat keputusan penting kalau ada masalah timbul. This doesn't mean that bosses don't work, but they work in a more efficient way and focus on things that have the biggest impact on the business.

Aku harap takde staff aku yang berani cakap "Kami hari-hari buat sales, bukan akak yang buat!"

Trylah cakap gitu. Nanti aku tunjuk sales tu masuk tak kalau aku stop doing my part. 

Dulu, ada sorang ex-staff pernah question macam ni tau. Dia submit task always lewat, pastu tak meet expectation. Dia grafik designer. Dia perasan yang tanpa dia buat design, GreenAard takkan ada marketing material. Aku cakap ok, aku stop bagi dia task marketing selama 3 hari. Selama 3 hari tu aku minta dia buat marketing material berkaitan GreenAard. Hari ketiga tu dia tender resignation sebab dia tuduh aku buli dia. Kahkahkah.

Itulah dia dak-dak sekarang. Some of them cakap je lebat, tapi hampeh. Dia tak tahu kenapa aku hire dia. Aku hire kau, bukan sebab aku tak boleh buat marketing material. Aku cuma TAK SEMPAT nak buat, that's why aku hire orang yang boleh buat. Aku supply kau dengan content sahaja. Kau maybe boleh buat grafik, tapi kau tak pandai buat content-nya. Jadi, jangan merasa terpaling sangat. Bukan semua yang jadi boss atau business owner tu anak daddy Megah Holdings. Grad je, terus mewarisi jawatan CEO. Ramai je bosses yang asalnya berkuli dahulu sebelum duduk kerusi boss tu. Jangan ingat dorang tak pernah buat apa yang kau sedang buat sekarang.

Pelik aku dengan scenario sekarang. Bos kau tak masuk ofis, bos kau balik awal, itupun jadi masalah. Pergilah tukar tempat dengan bos tu, tengok kau boleh buat tak apa dia buat sekarang.

Berkenaan dengan kenapa bos jarang sakit. Jawapannya bos sakit. Tapi selalunya time sakit tu lahhhhhh dia tak boleh tinggalkan kerja dan mesti masuk ofis, mesti attend meeting dan appointment. At least itulah yang jadi kat aku. Time batuk tu lah aku kena chair meeting. Time demam tu lah aku ada appointment dengan factory. Time period pain tu lah aku ada submit proposal. Tapi oleh kerana ada benda yang lebih penting nak dibuat, redah je lah sambil berdoa tak tumbang.

Especially business owner. Business owners have a strong motivation to ensure their business continues to run. Ini antara factor utama kenapa daya tahan boss terhadap penyakit lebih tinggi. Tapi takleh nak kata gak. Masa aku jadi employee pun aku jarang MC. Sangat-sangat jarang. Hari tu masa nak apply new polisi takaful, disebabkan dah umur 46 tahun, and ada history of pre-eclampsia, underwriter minta rekod hospital. Kau tau sebab apa? Sebab dalam sistem dorang, last rekod perubatan aku adalah tahun 2014. 10 tahun yang lepas. Itupun rupanya aku buat urine test sebab kena UTI.

Badan kita ni ada rohnya. Sel-sel badan ada rohnya. Kalau kepala kau dah tune PENAT dan MALAS, asyik pikir cara nak cuti memanjang, dari tak sakit pun boleh jadi sakit. Tapi kalau kau always ada benda nak look forward the next day, sakit pun hilang gitu je. Semalam aku batuk teruk. Masa tengah meeting dengan staff kejap-kejap aku batuk. Tapi selepas tu aku kena attend appointment dengan kilang. Sampai je kat kilang, hilang batuk aku. Sepanjang discussion landing tak berdehem sikit pun. Elok je sampai rumah, kong kong kong kong batuk balik. Sebab apa? Sebab dalam kereta aku dah tune "Balik karang nak makan ubat and tido". Terus dia batuk non-stop. Saitan sungguh.

Lagi satu aku agak. Ini aku agak saja, boleh jadi betul atau tak betul. Business owners atau boss dorang ada kelebihan dalam pengurusan tekanan dan stres. Run a business dengan macam-macam benda nak pikir, dengan perangai staff, dengan perangai supplier, semua ni ama-lama buatkan dorang jadi berdaya tahan dan kental. Dah biasa menangani tekanan tanpa terlalu mengganggu kesihatan fizikal. Tapi tak bermakna bos tak terdedah kepada stres atau tak pernah sakit. Bos pun manusia biasa. Apa yang membezakan adalah, dorang lebih terbiasa dengan cara untuk mengatasi situasi tersebut dengan cara yang lebih efisien.

Employees may not always fully understand the burden of responsibility faced by their boss. Walaupun employee rasa dorang lebih penat, lebih banyak kerja, kerja lebih susah, you must know that tugas kau berbeza daripada tugas seorang bos. You should also remember that while you may work harder in the office, you don't have to run the business. You are appointed to carry out specific tasks, while boss has major responsibility to ensure that the business runs smoothly. Tapi kalau nak ambil tempat bos, cakaplah. Boleh bincang.