2024-12-18

Macamana dorang boleh tak jatuh cinta masa berlakon?



Semalam lalu video atas ni kat Weibo. Hari ni drama Love Song in Winter release. Meriah Weibo dengan fans Johnny update video. Semalam dah bersepah-sepah fans update macam-macam post pasal ni. Yang gambar, yang trailer. Tapi banyak post video behind the scenes (BTS). So video tadi is one of the BTS. Banyak komen kata "Macamana dorang ni dah berpeluk-peluk BTS, pastu kissing on scenes, tapi tak pernah fall in love dengan co-stars?"

That's why ACTING bukan semua orang boleh buat. Kerjaya dorang selalu di-misunderstood. Asal ada scene yang intimate, mulalah fans kata dorang jatuh cinta. Ada la juga berlaku macam tu, contohnya couple Crash Landing on You and couple Decendants of the Sun. But majoroti actors jarang in love dengan co-stars. Kalau jadi kawan baik tu, yes. Dorang ada professional boundaries yang perlu di-maintained by actors. Orang-orang yang asal tersentuh jari je dah fall in love, toksah jadi pelakonlah. Buat semak market je.

Masa kat U, aku ambil course Acting & Theatre as generic course. Kononnya nak cari course yang tak payah membaca so that kurang sikit ambil exam sebab course biotech dan kena banyak menghafal. Malas nak penuhkan otak dengan fakta sains. Nak cari bidanh lain. Lalu, aku pun ambil acting course. Salah sorang student adalah Azhan Rani. Famous dia sekarang. Tapi dia tak sama kelas dengan aku. Dia memang pure budak art jadi kelasnya berbeza.

Rupanya, acting ni SUSAHHHHHH!!! Susah nak lakonkan ikut kehendak skrip. Susah nak terjemahkan dalam bentuk emosi. Dan susah nak score! Sebab bila berlakon kita dapat feedback terus dari penonton. Kalau penonton tak bagi good respond, sadaqallahulazim lah score kau semester tu. Punca-punca pointer kau jatuh pun boleh jadi dari course acting yang kononnya tak banyak membaca senang nak score tu *nangis*

Half way of the course, aku start notice benda ni. Aku cakap ini kalau aku tak buat betul-betul, masak pointer aku. Bersengkang mata buat assignment, buat lab report, hadap exam - sekali course acting dapat C. Tak ke naya? Jadi, aku kena pulun. Buang rasa malu, buang rasa segan, be professional. Dek kerana nak 'professional' sangat, masa kitorang kena perform teater "Tanah Bernanah" (kalau tak silap aku ini tajuknya), aku berkemban dengan kain batik atas pentas, ya! Teater tu kisah tentang petempatan setinggan. Setiap kali nak guna air, mesti berebut dengan orang kampung. Paipnya 1, getah paipnya 10. Jadi, kitorang kena pikir macamana nak potray watak masing-masing berdasarkan skrip.

Masa tu baru aku tahu yang pelakon kena kaji skrip. Betullah kata Kak Ogy, "You kena gali skrip!". Sumpah memang gila lah part menggali skrip ni. Kena explain kenapa kau nak pakai macam ni, kenapa kau nak buat tone suara macam tu, kenapa kau nak kena tolak dia, kenapa kau perlu tampar dia -- semua ni kau kena kaji and explain why. Bukan skrip tu dah sedia-sedia tunjuk step by step kau kena buat apa. Kau as pelakon yang kena pikir. Patutlah gaji actors tinggi. Susah rupanya.

Terperanjat lecturer aku (En Hamzah. Tak sure if now dah Dr) bila aku kata aku nak berkemban kain batik keluar atas pentas with towel bergulung atas kepala. Sebab aku tengah mandi tiba-tiba air cut. Mestilah dalam keadaan berkain batik. Masa rehearsal, kawan aku suruh aku lepaskan towel and cover dada sebab cleavage aku obvious. Kahkahkah. Dalam teater yang sama, si anu pun berlakon sekali. Ada scene aku tampar dia. Jenuh juga aku rehearse nak tampa bagi nampak real. Aisss, masa tu tengah bercinta katakannnn. Akhrinya dapat gak feel menampo tu setelah beberapa kali prektis. Kalau sekarang dapat buat balik, aku bagi dengan pakej pijak sekali.

Masa tengah get ready kat belakang stage, masing-masing dah dengan costume. Aku dengan berkemban tu lah. Ke sana sini berkemban. Tapi sorang pun tak kisah. Baik laki, baik perempuan. Duduk sebelah-sebelah pun sembang macam biasa. Aku dapat relate dengan pertanyaan kat Weibo semalam. Sebab bila kita dah dalam karakter, fokus dah lain. Kalau masa tengah bergaduh atas pentas tu ada scene lelaki peluk aku untuk leraikan pergaduhan, agaknya aku pun tak rasa apa-apa feeling. Because masa berlakon aku berada dalam dunia fiksyen, bukan realiti. Perasaan yang dizahirkan dalam bentuk lakonan, be it marah, sayang, cinta takde kena-mengena dengan realiti. Eh susah aku nak explain benda ni.

Sama macam naik moto dengan member lelaki, makan berdua, share air, balik sekolah sama-sama. Some people bila nampak aku pakai beg si A, dah mula dia gossip "Diana couple dengan A". Padahal aku pakai beg Hamba Allah tu sebab dia suruh aku jagakan kejap. Dia ada latihan padang. Mula-mula aku duduk padang, pastu beralih ke kantin. Takkan nak tinggal beg dia kat padang. Aku pakailah begnya. Itupunnnnn jadi gossip.

Tu belum lagi naik moto dengan member lelaki. Aku bangsa kalau naik moto memang akan pegang pinggang rider. Reasonnya mudah - kalau aku jatuh, aku akan pastikan kau jatuh sekali, bukan aku sorang. So, you like it or now, aku akan paut pinggang kau. Tapi habis kat situ je lah. But to some people, once pegang paut pinggang, itu maknanya couple. Allah, letih gini wei!

Jadi aku boleh relate dengan video Sun Qian peluk Johnny masa naik basikal tadi. Itu BTS, bukan scene dalam drama. But biarlah dia nak naik beskal berdua. Lagipun dorang co-stars, mesti nak create chemistry. So the must get used dengan physical touch. Tapi tu lah, ada fans yang tak faham semua ni. Kat China ada 2 jenis fans. Satu, loyal fans. Satu lagi coupling fans (CP fans). Yang buat semak adalah CP. Dorang ni lah yang menghuru-harakan life actors. 

CP fans adalah kelompok yang obsess dengan relationship between characters. Jenis yang sanggup cari bukti intimacy between characters. Contohnya, selepas drama Only for Love lakonan Dylan Wang and Bai Lu, CP fans start couplekan dua pelakon ni. Semua benda dorang kaitkan dengan couple ni. Katakanlah hari ni Dylan pakai topi hitam. Pastu minggu depan they spotted Bai Lu pakai topi hitam juga, terussss tersebar "kesahihan" sedang bercinta. Pastu kalau Dylan bersembang dengan co-star yang lain, mampus co-star tu kena kecam dengan CP fans.

CP fans tak terhad pada coupling between male and female je. Dalam drama The First Shot, watak Johnny Huang and Wang Ziqi adalah rakan sekerja yang sangat baik. Sampai sekarang wujud CP Fans nama BEIRAN (gabungan watak zheng BEI and gu yi RAN dalam drama tu). Now kat sana, tengah panas isu konon Johnny and Wang Ziqi adalah couple gay. Johnny bawak kereta Ziqi pun dah dikatanya bercouple. Ziqi datang celebrate birthday Johnny kat lokasi pun dikatanya couple. Now dorang gelarkan Johnny as husband and Ziqi as wife. Ini bukan menganjing tau, tapi dorang memang suka. Dorang nak relationship tu jadi realiti. Sumpah pelik perangai CP fans. Saiko.

Berbalik pada isu "kenapa tak jatuh cinta dengan co-star", dalam kebanyakan kes, actors anggap apa yang dorang buat adalah KERJA. Walau kena kissing, it's a part of the script and dorang kena buat dengan baik. Done kissing scene, dah. Asia punya culture sebenarnya tak macam ni. Many of Asians be it kat Korea, Japan, Malaysia, China, India -- kissing, hugging and touching -- is NOT a norm. Ini dibuat dengan orang yang special saja. 

Tapi now entertainment industry dah makin daring. Kissing and hugging dah bukan special lagi kalau dalam lakonan. Itu dianggap sebahagian dari kerja. Maybe sebab tulah dorang ni walau kena repeat kissing scene atau bed scene 14 kali, tak rasa apa. Hari tu aku tengok BTS drama Road Home. Scene BTS on bed antara Seven Tan and Jing Boran yang sangat intimate siap bertindih lagi, rupanya masa Jing Boran nak baring atas badan Seven Tan berkali-kali director kena betulkan. Scene yang nampak simple tu pun susah sebenarnya bila berlakon.



Itu tadi video masa iQIYI Award Night 2 minggu lepas. Johnny semeja dengan Elaine Zhong and Bai Lu. Tiga-tiga ni berlakon sama dalam Ace Troops. Elaine jadi girfren Johnny dalam Ace Troops. Berapa banyak kissing and hugging scene dorang dalam tu? Banyak. Tapi habis kat situ je lah. Tak bercinta pun. Setakat kawan je. Their physical closeness dalam drama hanyalah TOOLS untuk expresskan the character's feelings, tak imply any real emotional connection pun antara keduanya. That's why actor macam ni kita panggil Professional Actors, bukan asal boleh berlakon. Yang kau, asal berlakon je, cinta lokasi. Asal berlakon je, cinta lokasi. Eh takde kerja lain?