2024-12-19

Why are you trying so hard to show that you're living like you are swimming in cash?


Dalam 2 minggu ni banyak betul cerita-cerita kekayaan dan kemewahan influencer and celebriti terbongkar. Rupa-rupanyanya yang nampak mewah selama ni idoklah mewah mana. Rupanya berhutang. Rupanya berkongsi bayar. Rupanya dapat fund. Rupanya sponsor. Tak, but seriously, why are you trying so hard to show that you're living like you are swimming in cash? Kau nak buktikan apa sebenarnya?

Aku bukan nak tuduh sesiapa. Ini sekadar observation aku. Sebelum ada zaman influencer menayang harta-benda ni, aku ada pengalaman real life colleague yang ada culture shock macam ni. Pattern orang-orang macam ni tak jauh beza. Jenis yang beria "berkongsi" kemewahan kat media sosial ni SELALUNYA ada trauma kemiskinan or being looked down upon masa kecil dulu. Bila besar, dorang ada KETAKSUBAN pada kekayaan, kemewahan dan lifestyle mewah has become the main theme. 

Masa kerja dulu ada 2-3 orang colleague aku yang dulu dressing macam kampung. Pergi ofis pakai baby-T dengan skirt A-line bunga-bunga. Sebijik macam nak pi pasar malam. Selepas beberapa tahun, gaji pun dah naik, gaya pun berubah. Dia punya gaya tu dah macam fashion victim. Pakai koktel dress paras paha yang sikitttt je lagi nak nampak celah kangkang.

Aku pun daring juga dulu, tapi idoklah pakai koktel dress ke ofis. Kalau aku pakai skirt, it is pensil skirt, bukannya micro skirt! Agak-agaklah nak bergaya. Pegi ofis kot. Kalau aku pakai tube sekalipun, it must come with blazer. Bila jumpa customer, blazer butang sampai atas. Ceritanya, bukan tak boleh bergaya tapi biarlah ada common sense. Kau pakai koktel dress ke ofis, kejadah apa. Maybe dulu IG tak wujud. Kalau tak pakai macam tu karang kawan seopis tak tahu pulak kita seksi. Maka kenalah pakai ke opis 🙄.

Samalah keadaannya sekarang. Platform media sosial like IG and TikTok dan YouTube have created a new era of "visibility", yang mana influencer gunakan their platform untuk tunjuk as if they are living in the lap of luxury. Hakikatnya, dari a few cases yang timbul lately, life media sosial dorang hanyalah satu persona yang dorang create, yang sebenarnya jauhhhhh dari hakikat life sebenar. Yang ambik loan, yang dapat dana, yang disponsor, yang present dari orang tersayang - ujung-ujung semua terlondeh.

Orang yang TRAUMA dengan financial hardship in the past, selalunya akan taksub dengan material success. This is a way for them to compensate for the struggles yang dorang dah lalui. Memanglah life dorang sekarang lebih better dari dulu, tapi taklah seperti yang dorang tonjolkan tu. Cuma entahlah, maybe because they feel the need to establish a sense of control over their circumstances dan membuktikan dorang dah "berjaya". Mungkin itu cara dorang nak heal.

Some people tak jumpa happiness at home. Cara dorang heal adalah dengan vent di luar. Membuli orang lain.

Some people tak dapat perhatian dari pasangan. Cara dorang heal adalah dengan mengkondem those happy couple kat luar.

Some people tak dapat life yang dia mahukan. Cara dorang heal adalah dengan create a different persona bahawa life dorang sangat perfect.

Macam-macam cara orang nak heal. Tak kisahlah kalau kau nak fake until you make it pun. Cuma bila dah terkantoi gini, segala image yang kau bina bertahun-tahun tu memakan diri. Dan yang paling bengang mestilah follower. Dorang berhabis-habisan tiru lifestyle kau sebab nak jadi "berjaya", entahkan bergolok-bergadai, rupa-rupanya life kau kat media sosial selama ni jauh dari realiti.

Dulu, zaman aku kerja sales, aku jumpa ramai orang. Most of them middle class people macam aku. Di kalangan collague aku sendiri, ramai yang middle class. Gaji dorang lebih kurang aku. Komisyen dorang pun tak pernah dapat tetiap bulan pun. Tapi habiskan sebahagian besar gaji untuk beli branded stuff. Kebanyakannya, pendapatan bersama suami adalah sekitar RM5000-6000. Tapi aku tak faham how they can justify spending so much money on non-essential items. Beli branded item tak salah, tapi beli dalam keadaan kita tahu kita tak mampu dan tak perlu - ini salah.

Sebenarnya golongan ni tak sedar they can't afford that. Tapi dek kerana didedahkan (atau maybe mendedahkan diri) kepada source yang memancing kehendak untuk memiliki branded goods, akhirnya terjebak. Lama-lama jadi ketagihan. Obses dengan lifestyle mewah. Terperangkap dalam angan-angan menjadi orang kaya. Yang silapnya, dorang ni bersungguh untuk nampak kaya, bukan jadi kaya. Jenis yang nak nampak kaya ni, they actually want to be seen. 

Branded items adalah last resort to appear powerful. Zaman aku buat biotech sales tu aku dah observe pattern ni. Datang pitching dengan suit, dengan henbeg gempak, dengan rambut set, dengan gajet gempak. Segalanya gempak. Tak cukup sorang, angkut sampai 3 orang assistant. Nak buat apa ramai-ramai pun aku tak tau. Nak appear to be powerfullah agaknya. Nak bagi competitor lain gabra. Bila presentation tergagap-gagap sampai kena suruh stop.

Aku rasa kebanyakkan orang yang "takde apa" memang selalu gunakan gaya sebagai senjata untuk gain respect from others. Look, bukan tak boleh lifestyle kayangan. Tapi kalau sampai jadi kedana dek kerana nak menang gaya, buat apa? Nak guna credit card, silakan. Nak buat personal loan demi berholiday ke Amareka, silakan. Tapi hutangnya bayor lah. MAMPU adalah bila kita boleh set priorities. Kalau beli the latest iPhone lebih penting dari bayar sewa rumah on time, that is how your priority goes. Tak salah beli latest model kalau ada keperluan. Tapi kalau betul mampu, mesti kedua-duanya kau boleh afford to pay on time, kan?

Dulu ada sorang reader mintak pinjam RM1000 sebab nak beli pam susu. Dia janji akan bayar sikit-sikit. Oh sorry. Clearly tak mampu tapi nak berhabis demi baby, macamkan aku ni tak pernah ada anak pulak. Barang yang dia nak beli tu pun aku tak pernah ada. Elok je anak aku membesar. Kegilaan apakah takde duit masih lagi terpikir nak beli luxury item? Plus, the idea of 'paying it off later' never seems to work out. At least untuk kes-kes meminjam duit aku ni, 90% menghilangkan diri.

Berimpian untuk bagi anak yang terbaik, itu bagus. Tapi kalau RM1000 pun takde dalam savings, maknanya you tak mampu. Ni bukan apa. Terlampau nak follow parenting tips yang kononnya menyusukan anak sampai 2 tahun is the best mom. Mak-mak kena spend untuk bagi yang terbaik pada anak katanya. Halah halahhhhh. Kau tanya balik orang-orang yang 20 tahun lepas megkondem mak-mak yang bagi anak susu formula, ce tanya anak dia jadi apa sekarang?

The truth is, you also don't know if influencer-influencer yang menayang lifestyle mewah can really afford that kind of lifestyle. Dulu aku always try untuk berfikir yang baik-baik. Aku always anggap dorang ni memang berjaya so they deserve untuk lifestyle kayangan. Not an ounce of envy at all. Tapi bila dengan macam-macam news jadi lately, slowly aku jadi muak. Muak dah tengok orang menayang lifestyle yang over the top ni.

Dulu masa aku sekolah menengah, Pak Aji ada relative yang sakit. Masa cuti sekolah, famili dari kampung datang KL nak ziarah. Dari kampung nak ke KL, naik bas, dengan kemeja lengan panjang, tuck in, seluar slack, kasut kulit. Macam nak pi interview. Ni bukan menghina tau tapi aku nak tunjuk itulah dia bila orang tak biasa masuk KL, dia ingat orang-orang KL bergaya gitu. Samalah macam sekarang. Rata-rata yang beria tunjuk kaya kat media sosial ni, dorang ingat lifestyle orang kaya gitu. Padahal orang yang dah biasa kaya dari kecil, hidup memang mewah tapi gaya dorang biasa-biasa je. Betul tak?