Hari ni FB aku penuh dengan orang share post pasal Zahnita Wilson kena domestic abuse. Aku tak follow dia, tapi for those who followed her, this revelation sangat memeranjatkan. Sebab katanya dia ni rajin update media sosial. So takde siapa sangka dia kena abuse. Nampak macam semua ok je. Cuma pernah sesekali dia buat content sambil pakai sunnies katanya. But still orang tak syak apa-apa. Ye lah, dia ex-model kot. Biasalah buat content pakai sunglass. Bergaya.
Zahnita pernah viral dengan video yang muka selekeh dan nampak tua berbanding kawan-kawan seangkatan. Masa tu ramai komen kenapa dia nampak tak terurus. At the time, those comments were framed as observations. Dia kata sebab dia duduk rumah, keluar pun nak ambil anak balik sekolah. no point nak bersiap-siap cantik. But now bila dia reveal bertahun-tahun kena abuse dengan suami, everything make sense. Ada battle yang dia fight behind close doors rupanya. Betullah orang kata, nak tengok someone tu happy ke tak, boleh nampak dari muka.
Dia macam ni tau. Tua itu pasti. Aging is natural. We all grow older. But the way someone carries themselves as they age says a lot about their state of mind. And semua orang ada lazy days where they don’t feel like bersiap cantik. But a deeper issue can usually be sensed bila someone struggling dengan masalah dalam kehidupan dia - akan terpancar pada wajah. Orang yang happy, cenderung untuk bersiap cantik. Paling tak pun, tak selekehlah. Orang yang ada masalah, tetapi hatinya masih content, masih ada rasa untuk take care of themselves. Like us. Kita semua ada masalah. Tapi masih lagi bersiap kemas dan cantik. Belum sampai ke tahap malas nak bersiap, kan? But Zahnita ni kita boleh nampak dia macam dah tak kuasa nak bersiap. As if dia dah malas nak bercantik-cantik. Years of suffering and enduring abuse membuatkan dia jadi macam tu rupanya.
Domestic abuse ni bukan saja menyakitkan badan, tapi emosi. Awal-awal kena belasah tak apa-apa lagi. Masih boleh gagahkan diri bersiap and buat muka ceria. Kalau dah kerap sangat kena bantai, emosi boleh rabak. Emosi kalau dah rabak, kau punya self-worth and confidence semua barai. Over time, this takes a toll not just on mental health but also on physical appearance. Muka nampak cepat tua sebab kau dah stop prioritizing self-care. Dah tak kuasa. Not because you are “lazy” tapi sebab dah emotionally drained. Walaupun orang-orang macam ni put some effort untuk bersiap, there’s a certain “light” that seems to dim. Kau boleh nampak dari mata dia yang suram, tak bercahaya, senyuman pun tawar, body language pun lain.
Domestic abuse ni bebannya tak nampak dengan mata kasar. Tapi beban tu akan manifest perlahan-lahan. Lama-kelamaan, kau dah takde tenaga nak bercantik-cantik sebab tenaga yang kau perlukan untuk survive each day in such a toxic environment memberi kau ruang yang sangat sikit untuk personal upkeep. It’s not laziness. It’s a reflection of the mental state.
Macamana aku tahu?
Sebab aku pernah jadi mangsa penampo dan penumbuk lelaki takde kote.
Lelaki macam ni, orang takkan sangka dia tergamak pukul perempuan. Set-set muka macam laki Zahnita tu la. Nampak macam family man, muka baik, muka penyayang. Tapi, setan. Lelaki macam ni kalau dipukul lelaki lain, dia yang auto bertukar jadi perempuan. Sebenarnya lelaki macam ni LEMBIK! Dia hanya berani dengan perempuan. Cuba korang yang lelaki ni bagi penampa sedas kat laki Zahnita tu, kerat jarilah dia nak balas balik. Takde maknanya! Percayalah cakap aku. Aku ada pengalaman dengan lelaki kote kecut macam ni. Dengan perempuan bukan main lagi macam gangster. Main dengan pisau aje. Ke mana-mana bawak pisau. Habis ganas la tu. Dapat penumbuk sebijik dengan member, mengongoi nangis.
Melalui pengalaman aku, lelaki macam ni ada childhood trauma. Orang lain aku tak pasti. But from my experience dan observation, lelaki macam ni PASTI ada childhood trauma. Maybe membesar dalam environment patriarki where husbands need to "dominate" women. Masalahnya lelaki-lelaki macam ni selalunya pilih perempuan yang berdikari. Tapi bila dah dapat, dorang nak kekalkan dominasi tu. Insecure. Takut bini lebih mendonia agaknya. Lelaki macam ni selalunya membesar dalam keluarga yang ganas. Pernah nampak bapak pukul mak, bapak marah mak, bapak mengamuk dalam rumah marah anak-anak. So this man bila besar, cenderung repeat the cycle because that is what they know. Dorang tak diajar cara mengatasi stress so bila dah kawen dorang luahkan perasaan tu melalui keganasan.
Yang paling aku PASTI SEPASTI-PASTINYA, lelaki yang ringan pukul bini adalah NARSISTIK. Ini konfem 100%! Sebab, sifat dan pola pikir mereka berpusat pada diri sendiri saja. Kau rasa orang narsistik kesah kau punya sakit kau punya derita? Lamberttttt lagi. Gasak kau lebam ke, rabak ke, koyak ke, berjahit ke, dia peduli apa. Sebab fokus dorang hanya pada keperluan dan kehendak diri sendiri.
Suami narsistik always rasa perlu mendominasi isteri supaya dia kekal berkuasa. Salah satu method yang dorang guna adalah ABUSE. Pukul, tampar, terajang, tumbuk. Ini cara untuk pastikan isteri tunduk. Kalau isteri tunjuk tanda-tanda berdikari atau cuba bersuara, si suami akan merasa terancam dan bertindak kasar adalah responnya. Jenis suami macam ni dia nak isteri yang terpaling best, tapi jangan lebih best dari dia. Dia nak wife cantik, banyak attention, famous, pandai, baik -- semua yang best-best. Isteri tu mesti lebih best dari perempuan lain, tapi jangan lebih best dari dia. Bongok, kan? Kalau aku jadi suami, aku bangga bini lebih best dari aku. Sebab aku tak hensem, gemuk, hitam tapi ada perempuan best sudi jadi isteri aku. Mestilah aku bangga and nak jaga. Tapi itu akulah. Sebab tu aku tak bongok.
Bercouple dengan lelaki yang salah pun dah perit. Apatah lagi kawen bertahun-tahun dengan lelaki macam ni. Perempuan secantik Zahnita pun boleh jadi buruk dalam jagaan suami yang tak betul.
Ada yang komen kenapa bertahun-tahun sanggup bertahan?
Look. Lelaki narsistik ni lain. Yang ada pengalaman je tahu betapa susahnya nak keluar dari environment ni. Cycle bercinta dengan narsistik ni macam ni.
Mula-mula, dorang memang romantik dan memanjakan pasangan. Sebijik macam karakter lelaki dalam novel cinta. The surprises, the love language semuanya camni 👍🏻. Orang boleh jaki dengan kau dapat lelaki romantik macam tu. Sampaikan kawan aku cakap "Kebarangkalian Diana nak kena tinggal, adalah zero!". Punyalah orang nampak macam dia cinta sangatlah dengan aku. Tapi itu semua modal, ya. Modal. Dorang buat gitu untuk dapatkan kepercayaan dan ketergantungan emosi. Bila kau (perempuan) dah terikat secara emosi, haaaaa masa tulah dia start tunjuk sisi kasar.

Masa ni lah dia start kritik kau sikit demi sikit. Lepas tu upgrade kepada menghina kau. Menghina dalam berjenaka kekdahnya. Ujung-ujung dia start naik tangan kaki. This cycle continues. Dia repeat semua ni untuk pastikan kau remains dependent on them. Masa ni kau dah dalam keadaan percaya segala kritikan dia. Bila kau dah start hidup dalam kepercayaan bahawa kau adalah seperti yang dia kritik, kau merasa takde siapa yang nakkan kau. Hanya dia je terima kau seadanya. Lalu, kau pun bertahan stay dengan dia. Faham tak?
That's why kita selalu tengok perempuan yang bertahan dengan suami narsistik boleh hidup bersama 10-20 tahun padahal tak bahagia. Dorang seolah-olah redha dan berlapang dada dengan kekurangan diri. Padahal itu bukan berlapang dada, tapi dah dipasakkan dalam minda selama bertahun-tahun bahawa dorang takde value. Sampailah ke satu tahap dorang jadi percaya dorang memang takde value. Seksa oi, seksa!
Lepas ni kalau notice someone’s appearance berubah or she seem less vibrant than she used to be, kita tanya. Tanya baik-baik. Instead of tanya "Apesal kau nampak macam tak terurus je ni?", tanya "Are you ok?". Dia maybe takkan bercerita right away, atau bercerita dengan terbuka. But bila dia merasa ada orang care, akan ada sedikit relief of the burden she bear. Orang-orang macam ni kadang tak harap kita selesaikan masalah. Tapi bila kita bertanya somehow buatkan dia merasa tenang sikit sebab at home suami dia tak pernah tanya pun if she is ok or not.

Aku rasa aku dah banyakkkkk berkongsi pasal lelaki narsistik. Bertahun-tahun dan topik ni tak pernah habis. Malah, makin ramai isteri ada masalah suami narsistik. So, aku rasa aku akan terus bercakap pasal ni. Ini saja cara aku nak create awareness and encourage isteri-isteri yang bersuamikan lelaki tak berkote untuk angkat kaki, tinggalkan! Kendian settle kat mahkamah. Yang penting kau angkat kaki keluar dulu. Aku tak tahu orang lain, kalau aku, gasaklah kau nak hukum aku derhaka ke, nusyuz ke, tak dapat tuntut apa-apa ke. Gasak! Janji aku selamatkan diri.