2024-11-25

Tinggalkan je!


Semalam lalu kat Thread satu post ni minta pandangan apa nak buat dengan boifren yang suka main tarik-tali. Kejap sayang, pastu datang angin dia nak missing in action, dia senyap 2 minggu, pastu tiba-tiba datang balik macam takde apa-apa berlaku. Aku nak je jawab "TINGGALKAN!"

Ini hari tu aku komen benda yang sama kat post someone. Sama gak jawapan aku - TINGGALKAN.

Ini semua jenis cinta saiko. Cinta saiko ni macam-macam. Antaranya, macam kes orang yang minta pandangan tu lah. Boifren dia bukan nak sangat kat dia tu, tapi berat nak lepaskan dia pergi. Yang kita ni adalah si bodoh yang everytime laki tu nak, kita pergi balik kat dia. Bila dia tak nak, kita menderita sorang-sorang. Nanti bila kita dah pujuk diri untuk move on, dia datang balik. Dan kita pun tergoda semula. Kita patah balik kat dia kerana mengenangkan kembali kebaikan-kebaikan yang pernah dia buat kat kita. Lepas tu dia repeat balik benda yang sama. Eh sampai bila nak settle gini?

Benda ni keep on repeating. Maknanya kau punya bodoh pun repeat berkali-kali. Yang menjadi masalah sekarang, kau tak reti nak giveup. Masih lagi letakkan harapan that one day the relation will work. 2-3 kali terkena boleh dimaafkan. Tapi kalau berkali-kali, eh kau tak letih ke stay dengan orang yang sama? Dah jelas kat situ you both run on different operating systems. Kau nak relation yang intim dan penuh komitmen, tapi dia tak. Dia buat kau macam ada-tak-ada. Time dia boring, dia gi kat kau. Time dia busy, dia biarkan kau tercangak-bangak. No texts, no calls, no news at all. Tup-tup muncul balik.

Lagi satu, everytime kau nak discuss perkara-perkara yang menjurus pada intimacy, dia bagi alasan busy, banyak benda nak pikir, bos bagi kerja banyak, etc. Dan-dan "I need space" katanya. Dan kau pun membawa diri 2 minggu. Senyap takde berita. Bila kau dah bersedia nak move, baru nak mencari semangat baru, dia datang balik dengan segunung puji-pujian, se-bar coklat dan seketul teddy bear. Dan kau pun bodoh kembali...

Remember! Trust is earned, not given. Kalau ye pun nak bagi dia second chance, please go slow. Jangan terburu-buru terima dia balik macamkan kau hadap sangat kat dia. Tak, aku bukan suruh jual mahal. Cuma nak ajar jadi bijaksana. Jangan lemah sangat bila dia hulur teddy bear and coklat. Benda tu dia beli kat Giant je pun. Kau yang gelabah puyuh. Kasi hajarrrrrr sikit. Biar dia tahu jangan suka-suka hati nak ambik buang kau ikut sedap anak tekak dia. Dia bajet dia hot?

Jangan mudah percaya pada kata-kata lelaki macam tu. Lihat pada actioannya. Setakat bercakap dan berjanji, aku pun boleh buat.

"I janji tak buat lagi"
"I janji, I'll never hurt you again"
"I am miserable without you"


PANTEK!

Kalau sungguh dia berjanji gitu, biar dia buktikan dengan action. Modal air liur ni dah tak jalan dah kat aku kalau terkena berkali-kali. Bukan nak bajet hot, tapi sebelum aku HOT again and again, baik dia buktikan dulu. The really tricky part is he probably really means it, tapi bak kata pepatah "nak seribu daya". Kalau betul nak berubah, kita kasi test dulu tengok dia mampu teruskan ke tak. Kalau tak, tolong blah. Jangan semakkan hidup aku.

Bila pasangan datang balik lepas menyakitkan hati kau berkali-kali, it's normal untuk kau bagi peluang again and again. Sebab ada perasaan bersalah dalam diri. Terasa kejam kalau tinggalkan dia. Dan selalunya punca kita memaafkan dan kembali menerima dia adalah dengan mengingat balik momen-momen indah bersama, segala kebaikan dia, semua hal-hal cute yang pernah dia buat kat kau. Hoih! Kau ingat dia je buat baik? Abis kau tak pernah buat baik kat dia? Ada dia kenang kau punya baik? Tak, kan? Again, yang bodoh tu kau. Ujung-ujung, yang tertekan perasaan pun kau.

Seriously, orang yang main tarik tali macam ni tak ada perasaan. Dia pikir dia punya convenience saja. Dia rasa dia nak senyap 2 minggu, dia hilang macam tu je. Bila dia rasa sunyi, dia cari kau balik. Sumpah, orang macam ni is very difficult to be with. Tak payahlah kau nak mengenang sangat. Aku PAKAR mengesan manusia yang ada pattern gini. Dorang punya last resort, "Please, I tertekan bila you senyap macam ni, please baby.."

Wahh, kita pulak bangsa menggelupur bila orang panggil baby. Terus lembik bijik bila dipanggil gitu. Hello?? Kau rasa dia memang betul tertekan ke? HELL NO! Dia makhluk yang takde perasaan. Dia tak rasa apa-apa pun kalau kau blah. Dia cuma nak kau kekal ada around supaya dia tak boring. At least kalau dia sunyi, kau ada. Itu je motif dia simpan kau. It's all about their convenience. Nothing about you pun!

At least, itulah yang pernah aku alami. Aku perasan setiap kali aku kembali pada dia, setiap kali tu la aku tak rasa happy. The vibe tu panas. Negative. Tapi aku keep on kembali kerana nak bagi peluang pada our relationship. Tetapi, memberi peluang kepada dia sebenarnya tak memberi kebaikan pada our relation pun. Relation kitorang macam tu jugak. Takde improvement. Makin membebankan aku lagi ada. Ujung-ujung aku yang sikitttt lagi nak jadi saiko. Sumpah, tak payahlah kau kembali pada orang macam ni, especially kalau kau dah perasaan pattern yang sama diulang berkali-kali. Cukuplah. Orang macam ni TAK AKAN tinggalkan kau. Kau yang kena tinggalkan dia. Selagi kau tak angkat kaki, life kau berpusing-pusing di tempat yang sama. Hanya bila kau yang move, segalanya akan mula berubah. Percayalah cakap aku.

Tak payahlah kau mengadu kat dia "Sampai bila kita nak macam ni?"

TAK PAYAH!

Kau tahu kenapa? Sebab life yang masih statik "macam ni" adalah kau sorang. Life dia tak. Life dia penuh dengan kemajuan. Kerana ketika dia senyap tinggalkan kau takde berita, ketika itulah life dia sedang bergerak. Bergerak ke hala lain. Kau je yang stay tempat yang sama menunggu dia. Penyudahnya, dia maju ke depan, kau makin backwards.

Orang macam ni SELALUNYA ada banyak trail of broken hearts. Tak tahulah siapa yang patahkan hati siapa. Yang pasti, disebabkan dia ada kenangan hidup yang pahit, padahnya kau yang terima. I don't know. Maybe trauma pernah hidup miskin. Trauma pernah ditinggalkan kekasih. Trauma pernah dipandang rendah orang lain. Yang pasti segala trauma yang dia lalui, padahnya dapat kat kau.

Sakit sebenarnya menanggung relationship yang macam ni. Orang lain nampak kita sedang bercinta, hakikatnya kita je tahu apa sedang berlaku. Dia macam nak kita stay, tapi sebenarnya tak nak ada serious komitmen. Takde perancangan untuk future. Macam relationship aku dulu, dia takde rasa nak pulun study untuk kebaikan future bersama. Takde rasa nak improve diri untuk future bersama. Savings pun takde. Dia punya perancangan adalah segala yang memudahkan hidup dia. Nak lepak rumah mak aku, nak mintak bapak aku tolong carikan kerja, nak aku belanja makan, nak aku hadiahkan baju, nak pinjam moto bapak aku, etc.

Selalunya lelaki yang bermasalah macam ni, mesti ada penyebabnya. Because men don't really play games. Men are pretty straightforward. Kalau lelaki kata dia nak kita, dia akan buktikan sungguh-sungguh. Tapi kalau tak nak, kau pasti lalui hal-hal yang aku cakap tadi. What you must do?

Try take a look at his past. Adakah kesan dari child abuse? Adakah kesan dari bitter memories dengan kekasih yang dulu? Adakah kerana pernah dihina orang? Percayalah cakap aku, pasti ada something yang buatkan kenapa dia jadi macam tu.