Bulan November ini jugalah, pada tahun lepas, tak disangka-sangka aku masuk hospital. Tersadai 3 hari 2 malam. Takde surgery, hanya drip antibiotic dan ubat tahan sakit sepanjang 2 malam tu. Alhamdulillah, after 2 hari, lega. Aku kena UTI. Dia punya sakit tangkap sampai ke pinggang. Dari tahun 2003 ada medical card, tak pernah claim. Tup-tup November 2023, takde simptom, takde apa. Dia datang sakit gitu je.
2 malam je kat hospital, tapi aku punya trauma duduk hospital tu makan 2 bulan jugaklah nak settle. Sebab Disember 2022 sebulan duduk hospital jaga Rayyan. Nightmare hadap Rayyan sakit pun tak settle lagi, sambung pulak dengan aku jatuh sakit. Mau tak trauma jadinya? Itu cara-cara duduk hospital swasta. Makan sedap. Layanan bagus. Bilik cantik bagai. Tu pun boleh tahan serabut mikir nasib diri. Nasib baik cepat baik.
3 hari 2 malam, total bil adalah RM7,440.69. Takde operation. Hanya duduk berehat saja sambil masukkan antibiotic. Itupun dah nak cecah 8K. Sesungguhnya medical cost sekarang dah takde yang murah. Ada tu ada, tapi kena tahanlah menunggu, duduk di bilik seadaanya, makan pun tak boleh pilih menu. Apa yang dibagi, kau hadap. Aku bukan nak katalah. Selalunya bila kita sakit, emosi kita bercelaru. Apa yang takyah pikir, kalau boleh biar jangan pikir. Contohnya, keselesaan dan kos. Sakit tu dah tentulah kita kena pikir. So, bab kos rawatan and keselesaan kalau boleh biar jangan menambahkan serabut.
Lagi satu, bila sakit, kita perlu sokongan emosi. Kalau pasangan boleh tido dengan selesa meneman kita kat hospital, at least kurang sikit bebanan perasaan. Aku tak reti nak explain bab emosi ni. Maybe orang yang pernah jatuh sakit dan tinggal hospital je tahu apa perasaannya. Punyalah bertahun-tahun ada medical card, dari menjak belum ada Redza, sampai anak aku dah 19 tahun, baru last year guna medical card. Betapa tak sangkanya aku di usia 46 tahun baru perlu medical card ni. Nasib dah ambil awal, insyallah tak rugi. Sebab benda-benda emergency ni datang takde warning.
Ada yang kata rugi bayar bulan-bulan sebab tak guna setiap bulan. Hoih! Selisih nak guna medical card setiap bulan. Dah kenapa kau? Aku yang pegang medical card 20 tahun pun tak pernah meminta nak guna. Biarlah sihat. Tapi, kalau dah sampai masanya kena guna, at least benda dah ada. Lega banyak. Ex-collague En Wan masa kat kilang Jepun dulu baru-baru ni kena heart attack. Masuk hospital Cyberjaya. Pastu Cyberjaya refer ke IJN. Kos almost RM100K. Medical card takde. Patah balik Cyberjaya. Now tak tahu apa cerita, aku lupa nak tanya En Wan.
Yang kerja kerajaan pun perlu tahu, kos prosedur memang ditanggung majikan (kerajaan), tapi kos accessories macam besi atau stent kena pakai duit sendiri, ya. Bukan semuanya kerajaan tanggung. Stent tu kalau tak salah aku seketul dah RM10K. Setakat RM10K memang ramai boleh bayar. Rasanya ramai yang mampu bayar cash. Tapi, kalau medical card boleh tanggung, buat apa nak bayar ye tak? Save duit. Macam kawan En Wan tu memang takde RM100K simpanan. Kalau ada pun simpanan RM100K, terasa hingga ke lubuk paling dalam bila kena keluarkan selepuk gitu. Bukan apa, nak kumpul RM100K tu pun dah makan tahun. Bila keluar, habis gitu je. At least kalau medical card, kita bayar bulan-bulan RM200-300. Dia cover ALL - prosedur, accessories dan rawatan susulan selepas discharge dari hospital. Duit saving tak terusik.
Masa masuk hospital tahun lepas, aku pakai medical card yang baru di-signed up in April (second medical card). Medical card yang baru ni aku ambil medic booster 1 million. Sebulan bayar RM350. Signed up April 2023, bulan Nov 2023 dah masuk ward. Kau kira berapa je aku dah bayar caruman? Baru RM2800. Tapi bil aku dibayar penuh, RM7K+. Selepas dicaj, kena buat rawatan susulan (check-up). Consultation saja RM115. Bayar sendiri. Tapi boleh pay and claim. Sebab 3 bulan selepas discharged, rawatan outpatient ditanggung medical card.
Aku tak tahulah orang lain pikir macamana. Bagi aku, having medical card adalah salah satu ikhtiar. Sediakan payung sebelum hujan konsepnya. Macam aunty aku, takde simptom apa-apa. Balik dari umrah 3 hari, dapat selsema. Pastu collapse. Dah seminggu kat ICU on life support. Tak siapa sangka dari selsema boleh ke ICU. Hari tu aku tengok, sedihnya keadaan aunty aku. Kebetulan masa turn aku naik, doktor tengah nak masukkan ubat-ubat dia dalam automatic syringe. Prepare ubat saja 30 minit. Berderet-deret wayar ubat. Infection dah attack kidney and liver. Dah masuk insulin segala. Sungguhlah, sakit ni datang kadang tak perlu warning yang lama.
That day, walaupun kitorang dalam keadaan bersedih tengok aunty macam tu, but bila berkumpul kat cafe, masing-masing masih boleh sembang-sembang rileks-rileks, and gelak-gelak, termasuk anak-anak aunty entertain makcik dan pakcik dengan sangat baik. Dorang pun nampak calm and cool. Sebab apa? Sebab at least kurang serabut mikir masalah kos rawatan. Now hanya tumpu pada procedure sahaja.
Yang nombor 1 and 2 dari kanan adalah anak aunty, my cousins. Yang tudung oren tu cousin juga. Fly from Qatar bila tahu aunty kritikal. Yang the rest adalah adik-adik kepada aunty. Ini saja yang ada petang tu. Yang datang pagi, dah balik.
One thing yang aku kagum sangat, bila aunty sakit, SEMUA 13 beradik saling menziarah. Yang dari overseas fly in. Yang dari Malaysia dah tentu-tentulah datang sebab dekat. Tapi tu lah, semua pun dah tua, dah tak kuat nak jalan sendiri. Kitoranglah yang kecoh mengarrange segalanya nak bawak adik-adik aunty naik Singapore. Mak aku tu dah menung je kat rumah. Nak pegi, tak larat nak drive. Nak naik public transport, kaki tengah gout. Nak minta anak hantarkan takut menyusahkan. Aku kalau bab berjalan laju je. Nak pulak ke Singapore, kan. Demi roti corn. Insyallah aku gagahkan untuk sampai.