2024-10-14

Situasi dalam perkahwinan boleh berubah bila isteri ada atau tak ada duit sendiri



Aku sangat setuju dengan video ni. About financial freedom dan bagaimana it affects the dynamics in marriage. Ni bukanlah soal pandang rendah kat isteri-isteri yang tak bekerja, yang suri rumah sepenuh masa, yang jaga anak-anak, yang mengurus rumah. No, ini bukan tentang tu. This is about understanding the situation in a marriage. Situasi dalam perkahwinan boleh berubah bila isteri ada atau tak ada duit sendiri.

Ada yang berpendapat bila isteri ada duit, dorang jadi sombong atau tak taat suami. Tak tahulah isteri mana yang dia refer. Isteri dia kot. Isteri En Wan tak macam tu. I can confirm that. 

Look. Ada duit sendiri, dengan taatkan suami, adalah dua hal yang berbeza. Ketaatan dalam perkahwinan bukan bergantung kepada ada atau takde duit. It's a matter of how the marriage is managed, good communication, and how husband and wife respect each other.

Bila bercakap pasal taat, ini takde kena-mengena dengan duit. Ketaatan is something yang dipupuk melalui rasa hormat, percaya dan saling memahami. Isteri yang takde sumber kewangan boleh je pilih untuk tak taat kalau perangai suami hauk. Dengan pemalasnya, dengan manipulatifnya, dengan narsistiknya, dengan bodoh sombongnya, dengan perangai bossy - tak payah tunggu berduit. Takde duit pun bini rela angkat kaki dari hidup dengan laki gini. 

Basically takde siapa nak stay dalam marriage yang merosakkan emosi dan mental. Kalau aku, pi mampuslah ada duit kat tangan ke tak. Angkat kaki, JALAN! Ada je isteri yang berani mintak cerai walaupun dalam tangan takde apa-apa. Rela ambil risiko untuk mulakan hidup baru. Yes, mungkin the journey may be difficult financially, tapi tetap buat keputusan untuk tinggalkan marriage yang tak sihat demi kebaikan diri sendiri.

Bila isteri ada duit sendiri, it gives her a different form of freedom. Ini bukan bermaksud dia akan jadi sombong atau tak hormat suami, tetapi duit gives her the power to make her own choices. Women who have financial freedom can stand on their own two feet, and make better decisions especially in situations involving household expenses, pendidikan anak-anak, dan juga masa depan sendiri. Dan yang paling penting, tak payah bergantung sepenuhnya pada suami dalam setiap hal. Bukan nak jadi berdikari sangat, tapi biarlah ada beberapa hal kita boleh buat keputusan sendiri.

Keputusan besar often require a two-way discussion. Bila isteri ada duit sendiri, dia dapat libatkan diri dalam membuat keputusan tanpa rasa tertekan atau or afraid to speak up. Sebagai contoh, dalam kes family expenses. Isteri yang ada duit sendiri boleh suarakan pendapat apa yang dia fikir patut beli. Kalau suami tak setuju, paling tak pun suami akan cakap "Kalau awak nak beli, belilah". Maksudnya belilah guna duit kau. Lain kalau isteri takde duit. Suami mungkin akan cakap "Main tujuk je nak apa. Awak ada duit ke?" Oii pedihhhhh.

Dalam perkahwinan, duit sangat memainkan peranan besar. Not only in the practical aspects of everyday life, tapi juga dalam dinamik kuasa antara suami dan isteri. Ini bukan menolak peranan suami sebagai ketua keluarga, tapi lebih kepada membina perkahwinan yang seimbang dan saling menyokong. Ada isteri yang tak mahu terlalu bergantung pada suami. Bukan sebab nak tunjuk sikap berdikari yang keterlaluan, tapi nak pastikan ada ruang untuk buat keputusan sendiri in some aspects of their life together.

Dulu masa belum bekerja, tersekat je kat kerongkong everytime teringin nak beli apa-apa. Nak mintak, tapi tersekat tak terluah. Sebab mikirkan, banyak betul dia dah provide kat rumah tu. Walaupun benda yang aku nak ni tak sampai RM20, masalahnya dia ada ke RM20 dalam wallet? Entah-entah balance gaji RM200 je sampai hujung bulan. Bila sendiri dah kerja dan sama-sama contribute expenses, barulah terasa kejapnya duit habis. Masa tu baru terpikir camana dia tanggung sorang-sorang selama ni. 

Awal-awal run company dulu susah sangat. Rasa nak give up pun ada. En Wan risau tengok aku kerap menangis sebab stress. Dia cakap "Takpe, kalau tak boleh teruskan, stop. Abang boleh tanggung. Cuma kereta Di kena juallah. Pastu henfon Di pun kena stop. Mana yang tak perlu, stop". Terus aku, oh no way. Takpelah, biar aku redah juga. Bila dah terbiasa ada apa yang dah ada, nak kembali ke zaman tak ada tu rasa penat pulak. Lagi penat zaman tu dari penat bekerja.

Jangan nak bandingkan suami zaman atok kita dulu. 60 tahun dulu, the roles of husband and wife were very different. Dulu, most women tak diberikan peluang untuk belajar tinggi, let alone keluar bekerja. Dorang diajar untuk duduk rumah, masak, jaga anak, jaga rumah, jaga laki, and layan laki. Orang lelaki pulak, dari dulu diajar untuk kerja keras, kerja ladang, cari nafkah. Masuk hutan, masuk laut. Buat macam-macam kerja. Suami balik rumah bawa hasil. Isteri pula terima apa yang diberi suami. 

The situation now is very different. Zaman ni, orang perempuan dah ada akses pada pendidikan tinggi, peluang kerjaya, dan freedom to develop oneself. Demand dan tanggungjawab dalam perkahwinan juga dah berubah. Women are no longer only seen as people yang menguruskan hal-hal rumah tangga semata-mata.

Salah satu sebab kenapa finnacial freedom penting bagi isteri adalah untuk elakkan banyak masalah dalam rumah tangga, terutama yang berpunca dari duit. Ramai yang mungkin tak sedar arguments tentang duit adalah antara punca utama kepada tekanan dalam perkahwinan, yang menyebabkan penceraian. Bila isteri ada duit sendiri, dia tak perlu bergantung sepenuhnya pada suami untuk semua keperluan. Secara tak langsung mengurangkan beban mental dan stress on both parties, because the wife can also contribute to family expenses or cover her personal expenses without having to ask from the husband.

Contoh, nak beli apa-apa untuk diri sendiri, tak payah nak tunggu duit suami. Sorry to say, ya. Isteri kadang dah macam pengemis nak mintak suami belikan itu ini. Padahal suami sendiri. Tapi nak meminta tu cukup takut. Suami pulak ada yang menjawab "Nak duit apa lagi, makan saya dah bagi, tempat tinggl saya dah sedia, awak duduk rumah je". Gitu katanya! Kau tak sentap?

Yelah, tapi tak kata juga. Suami tu pun terasa apesal asal dapat gaji je sekelip mata selesai buat bayar itu ini. Spender sendiri tak berganti. Sebab tu aku cakap zaman sekarang ni tak macam dulu. Nak jadi macam orang dulu-dulu boleh. Tapi kau tengoklah cara hidup zaman dulu pulak macamana. Serba sederhana. Yang betul-betul senang siapa je pun - ketua kampung. Nowadays yang betul-betul senang dan hidup mewah tanpa perlu bekerja, berapa ramai sangat. Yang ramainya hidup seadanya saja. So janganlah kejap-kejap cakap "Tengok orang zaman dulu. Elok je isteri duduk rumah. Bahagia sampai ke tua". Mana kau tahu bahagia?? Dah tua je baru nampak bahagia. Sebelum tu memendam rasa.