2024-10-13

C-Drama: One and Only and Forever & Ever


Yang tanya aku sama ada aku ada tengok drama orang lain tak selain Johnny Huang. Of cos lah adaaaaaa. Aku tengok banyak gila kot C-Drama. Cuma, aku tak review banyak sebab kebanyakkannya jalan cerita romance yang biasa-biasa. Lagi satu, kalau pelakonnya sekadar "boleh berlakon", aku tak berapa minat sangat. Kalau "pandai berlakon", that is another story. Kebanyakan pelakon-pelakon yang listed Top 10 Most Handsome Actors adalah those yang "boleh berlakon". Yang "pandai berlakon" ni another level. Aku suka yang another level. Contohnya. Allen Ren Jia Lun. This is another great actor yang aku minat sangat acting skill dia, selain dari Johnny Huang. Allen Ren and Johnny ni, you give me a drama with him in it, I will watch it!

Muka memang bukan kategori jambu. Tapi kalau Allen Ren berlakon, kau akan rasa ya ampunnn sweetnya kau. Aaa gitu. Hari ni izinkan aku review 2 drama Allen Ren sekaligus. Lagi satu yang buatkan aku terpanggil nak tengok adalah kerana female leadnya Bai Lu. OMG aku sukanya dengan Bai Lu. Dah la cantik, pandai berlakon. Campak apa role pun boleh. Aku tepek trailer sekali di hujung post ni. Ayomak gesek go!

Mula-mula, drama One and Only.

Dalam drama ni Allen Ren (male lead) sebagai Zhou Sheng Chen, yang merupakan seorang jeneral yang hebat. Dia adalah anak kepada Putera Nan Chen. Bai Lu (female lead) pula pegang watak Cui Shi Yi, anak daripada keluarga bangsawan yang dah pun dijodohkan jadi Puteri Mahkota sejak lahir. Shi Yi dihantar ke manor Zhou Sheng Chen untuk belajar. Shi Yi adore sangat dengan kehebatan Zhou Sheng Chen. Eventually, her admiration turns to love. Dorang semakin rapat, jadi kawan baik dan support each other. Tapi, disebabkan status dan tanggungjawab masing-masing, relationship dorang tak boleh pergi jauh. Lagipun Shi Yi dah dijodohkan dengan Crown Prince sejak kecil. Endingnya sangat HEARTBROKEN!

Kau dengar cakap aku, ya. Hari tu masa aku review Bright Eyes in the Dark aku cakap siang-siang cerita ni sad ending. Ada yang tak percaya, nak tengok juga. Lepas tu mengadu kat aku "Kakkkk, kenapa endingnya macam tu". Kali ni aku pesan awal-awal, drama One and Only sangat sangat sedih level heartbreak. Almost seminggu aku masih boleh menangis. Jangan kata aku, ya. Bai Lu sendiri yang berlakon cerita tu mengakui dia tak boleh move on dari karakter Shi Yi sebab terlampau sedih jalan hidup dia.



Bai Lu lepas tengok lakonannya sendiri. Dia kata "One day the truth will come out to clear the name of the royal army (Jeneral Zhou Sheng Chen)".

This is one the best C-Dramas. It is a beautifully heartbreaking story. Everything about this drama was done SO WELL! Dari jalan cerita, acting pelakonnya dan setting. Kau tau je kan China kalau buat historical drama memang all out dia punya setup. Tapi yang paling best the acting in this drama IS RIDICULOUSLY GOOD! Inilah yang buat aku lebih suka melayan drama yang pelakonnya punya acting skill level A. Muka tak berapa hensem isokay. Muka kalau hensem gila macam Yang Yang tapi kayu nak mampus buat apa. Buat rugi duit subscribe Iqiyi. Matilanak kena kecam dengan fans Yang Yang. Mbhahahaha.

Allen and Johnny ada satu persamaan yang lama aku perati. Selain dari sama-sama kategori tak jambu, dorang berdua kalau berlakon, dengan mata, dengan hidung, dengan mulut sekali berlakon. Dorang ni kategori kau bagi lakonan tanpa skrip, their facial expression alone can tell a story oready. Dalam One and Only Allen Ren and Bai Lu acted a lot with their eyes. Dengan mata je dah laju jantung kau. Tak payah peluk-peluk kiss-kiss banyak. For me, when an actor evokes so much emotion without saying a word, just through their eyes, THAT IS AMAZING ACTING! Allen Ren and Bai Lu punya longing stares WAS EVERYTHING dalam drama ni.

Hampir takde negative comment dari aku about this drama. Satu benda yang aku tak suka, drama ni buatkan aku banyak menangis. Aku kalau dah start heartbreak dan menangis, memang lama nak settle. Jenis menjiwai hingga ke lubuk paling dalam gitu. Selalunya aku avoid drama sad ending. Tapi macam yang aku cakap, it is Ren Jia Lun so I had to watch it. Ditambah pula ada Bai Lu. Lagilah jatuh wajib tengok. Kalau kau tak suka cerita sad ending macam ni, jangan cuba-cuba. Aku menangis dari 5 episode terakhir. Yang paling nak rak menangis sampai sakit kepala adalah last episode. Aku mandi pun sambung menangis kau. Sediakan je lah tisu kalau nak tengok nanti. Kesat kat baju laki kau pun boleh. 

Tetapi, aku bersyukur ada Forever and Ever. Ini adalah drama sequel to One and Only. Aku syak netizen China menangis macam nak rak, so the script writer laju-laju buat sequel, yang mana dalam Forever and Ever dorang ni dihidupkan kembali dalam dunia moden (reincarnation), sebagai Zhou Sheng Chen dan Cui Shi Yi juga. Dalam kehidupan sekarang, Allen Ren jadi saintist (Profesor Zhou Sheng Chen) dan Bai Lu jadi voice actress. Kalau kau tak tengok One and Only, kau tercangak-bangak sikit nak memahamkan certain scene dalam Forever and Ever sebab ada sedutan-sedutan  dari One and Only.

Starting episod 1 pun dah tunjuk Shi Yi tengah bercerita pasal sejarah Jeneral Zhou Sheng Chen. Shi Yi somehow tersangat minat dengan sejarah tu, setiap kali bercerita dia akan menangis. Macam dekat di hati dia. And dia always nak pergi ke tempat-tempat yang related dengan sejarah Jeneral Zhou Sheng Chen. One day di airport dia bertembung dengan Profesor Zhou Sheng Chen. Prof ni punya ID card tercicir. Shi Yi terkejut bila namanya sama macam Jeneral Zhou yang dia minat sangat tu. Jadi dia minta email untuk jadi berkawan.

Prof Zhou ni punya karakter tak jauh beza dengan Jeneral Zhou. Orangnya bijak, tapi clueless when it comes to romance. Dia reserved and shy. Lebih suka mendengar dari bercakap, hence, is not an expressive person. Shi Yi di zaman moden pula lebih kurang karakter Shi Yi di kehidupan yang lama, iaitu seorang yang expressive and berani. Rupanya Prof Zhou ni pewaris keturunan Zhou. Keluarga dia duduk dalam satu kota yang besar, macam kawasan istana. Seluruh keturunan dia duduk di kawasan tu. Boleh jadi dorang ni memang keturunan keluarga Jeneral Zhou. Cuma bukan keturunan Jeneral Zhou tu sendirilah sebab Jeneral mati tak sempat kawen. Eh, terbagitau pulak.

Forever and Ever ni jalan ceritanya simple je, biasa-biasa. Dia jadi best sebab kita yang dah tengok One and Only mahukan closure for this couple sebab dalam kehidupan yang dulu dorang suffer so much. Bila tengok Forever and Ever terasa ok this is complete. Barulah puas hati. Aku punya puas tengok ending Forever and Ever ni sampaikan terus pi beli kek Gula Cakery pastu, ya. Punyalah celebrate kegembiraan akhirnya boleh move on.