2024-10-15
Sebenarnya yang tak suka kita lagi ramai dari yang suka.
Aku nampak ni kat Thread:
Apa dia cakap betul. I mean tentang ramai enemies. Dah banyak kali aku blog about this. Betul kan apa aku cakap selama ni? Sebenarnya yang tak suka kita lagi ramai dari yang suka. Especially kalau kau public figure. Orang tunggu masa je nak bash kau. Cuma selama ni dia takde modal besar. I mean, benda yang dia nak kutuk pasal kau tu remeh sangat. Dia perlukan satu isu besar so that semua silap-silap kau yang kecik-kecik tu boleh diungkit balik. Kau buat silap sikitttt je, tengoklah. Mesti kau konfius mana datang dorang ni. Tiba-tiba je berduyun hentam kau berjemaah.
Aku tak nak cakap pasal Fazura-Fattah, ya. But in general, ikut pengalaman aku as a blogger since 2006, I have witnessed satu pattern yang pelik dalam dunia online (khususnya blogger). Some bloggers seem to amass large followings. Views tinggi. Komen banyak. Rank tinggi. Ramai orang kenal. Sekali pandang kita nampak bloggers seolah-olah kebal. Tak lut dengan cacian. Because they appear untouchable in their success. Loyal reader sangat ramai. Tapi kalau bloggers ni terlibat dengan sebarang isu kontroversi, in any form, sama ada minor personal issue atau salah langkah dalam penulisan, kau tunggulah. Tiba-tiba je ntah dari mana ntah, berduyun haters masuk komen. Yang tak pernah-pernah komen tiba-tiba komen. Selalunya pakai “anonymous”. Yang pelik tu, followers tak tahu mana pegi. Tiba-tiba sorang tak muncul kat komen. It’s shocking to see how fast the tide turns.
Dalam sekelip mata those bloggers ended up with more haters than followers. This sudden influx of negativity buatkan kita tertanya-tanya mana datang dorang ni semua? Adakah selama ni yang menaikkan rating adalah haters? Adakah yang buatkan views korang ribu-ribu adalah haters yang follow setiap update tapi tak pernah komen apa-apa? Adakah dorang ni sebenarnya "avid readers" yang mencari-cari silap kai di mana and just waiting for a chance to strike?
Aku lama dah berblogging dan aku tak pernah stop blogging. Maka aku sangat faham pattern ni, iaitu lagi ramai orang tak suka kau dari suka. This is hakikat. It’s a harsh truth that many prefer not to acknowledge, but inilah yang berlaku. Walaupun blogger ada thousands of followers, the moment something goes wrong, yang hencap kau sama ramai dengan yang follow. Silap-silap lebih. Dah banyak dah kita nampak. Malas nak sebut kes apa dan siapa. Tapi itulah patternya. It becomes evident that a large portion of the followers wasn’t genuinely supporting you. Dorang hanya tunggu masa. Tiba masanya, walau 19 tahun lepas punya isu pun dia akan ungkit. Barulah kau tahu dorang ni la avid reader. Dorang terpaling follow kau dan terpaling kenal kau in and out, lebih terpaling daripada follower yang declare as peminat.
Sebenarnya inilah perangai manusia. People are NATURALLY suka pada kejatuhan orang lain lebih-lebih lagi kalau yang jatuh tu someone perceived as more successful, happier, or in some way more fortunate than them. Bila tengok orang lain jatuh, somehow dorang rasa relief. Macam lega bila kau dapat musibah so that they can justify life dorang yang malang tu.
Contohnya, kau entrepreneur. Bisnes kau grow and success. Ramai orang celebrate achievements kau, ucap tahniah, dan adore kejayaan kau. But deep down, mungkin timbul rasa iri hati. If one day kau berdepan dengan setbacks - bisnes ada masalah, atau timbul isu peribadi - orang yang sama yang pernah puji kau melambung-lambung tu dalam diam-diam berasa lega. Your misfortune allows them to feel better about their own lives. Dalam fikiran dorang, now they can rationalize their lack of success atau ketidakbahagiaan dorang selama ni by pointing to the fact that even the "lucky" ones can fail. Seolah-olah bila ada orang lain jatuh helps them justify their own struggles.
Itulah sebabnya bila berlaku saja kontroversi, keyboard warriors muncul dengan sangat banyak. Barulah dorang rasa berani nak menyatakan "pandangan". Tiba-tiba rasa takut nak bersendirian mengkritik orang, hilang. Sebab ramai yang mengkritik, maka masing-masing yang senyap dulu, now jadi berani. Macam budak-budak kelas belakang sekolah aku dulu. Kalau sorang-sorang tak berani lawan pengawas. Kemain lagi santunnya. Cuba kalau ber-geng, wahhh kemain kerek lagi. Macam sekolah tu bapak dia ada share.
Tapi kan, yang lebih menyedihkan is that among these haters are often people yang kau kenal dan yang kau pernah bersembang personally. In some cases, they may be your acquaintances, colleagues, or even friends. Kalau kawan sendiri memang pedihlah. Ramai je macam ni, depan kawan tapi senyap-senyap berdengki dengan kau. Sebab tu orang pesan kalau nak share rahsia, pastikan setiap kawan pegang rahsia berlainan so that kalau rahsia tu pecah kau tahulah siapa punya mulut. Dalam kebanyakan hal, yang betray kau adalah orang terdekat, bukan jauh. Aku dah terkena, pernah tulis kat sini: http://www.dianaishak.com/2023/12/kisah-benar-fresh-from-oven.html?m=1
Bloggers, influencers, dan content creators, pesan aku, it’s crucial for you to understand this dynamic. Dunia online berbeza dengan realiti. Sebagaimana kau share apa yang kau mahu, dorang juga hanya tonjolkan apa yang dorang nak tonjolkan. Sikap sebenar kita tak tahu. So jangan terlalu seronok atau carried away dengan pujian, atau likes yang banyak. Jangan taksub sangat dengan followers yang ramai. Followers ramai tu gunakan untuk pulangkan manfaat. Ada sebab dalam ramai-ramai umat, kau dan kau dan kau saja ramai followers. Kau kena lebih besar dari followers. Maksud aku, jangan khayal dengan dunia online sampai tenggelam dek sokongan followers yang ntah ye ntah tidak. Sometimes, pujian yang melambung tu yang tenggalamkan kau tanpa sedar. Dorang provoke saja-saja. Tapi kau ter-carried away sebab merasa dapat banyak sokongan. Nope. Don't.
In the end, the best approach is to remain authentic. Be true to ourselves, our values, and our journey. Ya aku tahu kau share stories, create content, but be authentic. Authenticity allows you untuk tarik genuine followers yang suka kau kerana keaslian itu, bukannya imej atau persona yang kau tonjolkan.