2024-10-12

C-Drama: Lucky With You


Another drama aku nak review - Lucky With You. Dah tengok 2 bulan lepas, baru tergerak nak review hari ni. Puncanya, semalam bersembang dengan kawan. Dia refer pada IG post aku pasal Redza memasak. Dia kata "Padahal anak kau kat MRSM dari Form 1, tapi tahu masak eh?"

Lantas teringat para netizen kata kalau dari Form 1 duduk asrama tak rapat dengan keluarga, kurang sokongan emosi dari mak bapak, kurang masa dengan family, tak pandai buat kerja rumah. Sebab kerjanya hanya belajar belajar belajar. Dalam hati aku kadang-kadang berkata-kata juga. Macamlah anak-anak yang duduk boarding school tak balik-balik rumah lansung. Dalam negara je kot. Apa yang tak rapatnya? Time cuti sekolah duduk rumah masa tu la dia bersama family dan kerahan tenaga kena buat kerja-kerja rumah. Tapi takdelah sampai kena memasak, membasuh, mengecat bagai. Sebab aku ada maid waktu tu. Dah apa pulak ceritanya hire maid tapi house chores anak-anak buat, kan. Setakat kemas katil and bilik sendiri tu ada lah.

Dalam drama Lucky With You, kisah sorang anak orang kaya, bernama Hou Jue (Johnny Huang) yang dari kecil sampai besar hidup senang dimanjakan oleh bapak and maid (mak dah mati). Dia belajar overseas jurusan architecture, dan balik kerja dengan company ayah di department design. Walaupun dia boleh buat kerja, tetapi dia sejenis yang santai and suka having fun, suka buat voluntering work, gi race car and lepak dengan kawan-kawan. Kiranya dia tak serius sangat nak bekerja, walaupun dia boleh bekerja. Hat ni aku rasa samma macam anak-anak aku. Sebab dari kecil segalaya ada orang buatkan (maid), walaupun dia boleh buat, dia tak berasa nak buat sebab tahu akan ada orang take over the chores. Tapi bila dia duduk asrama, rupanya dia boleh semua kerja-kerja tu. Boleh basuh baju, gosok baju, menyapu dan boleh beli barang-barang keperluan sendiri.

Ni Redza kat sana. Everyday memasak. Ye lah, apa pun pilihan dia ada. Nak makan kat cafe Uni bukannya halal walaupun sedap. Terpaksa masak jugalah. Paling tak sangka Redza hari-hari masak. Kalau kat rumah, turun-turun je segalanya dah sedia. Bukan dia taknak tolong tapi tak berpeluang sebab segalanya ada orang buatkan. Aku pulak jenis kalau memasak tak suka orang kacau. Makin lambat aku memasak nanti. Maid pula datang kemas-kemas rumah, basuhkan toilet, mengemop. Hampir takde kerja yang nak dibuat kat rumah tu. Surprisingly, di sana dia boleh memasak. Pandai pulak tu katanya pagi-pagi bangun masak nasi dulu apa-apa hal. Nanti balik kelas baru buat lauk. Kalau lapar sangat atau tak larat, gorengkan telur je. At least nasi dah ada. Oh pandai rupanya kau, ya. Ingatkan tak pandai planning.

Paling aku tak sangka, dia pandai beli barang basah and groceries. Nak tergelak pun ada, nak termenangis pun ada bila dia bercerita every Wednesday dia akan shopping. Dulu istilah "shopping" tu beli barang anime, kasut, komik. Now "shopping" adalah beli groceries. See? Bukannya anak-anak ni tak boleh buat. Cuma kat rumah dorang tak berpeluang nak buat sebab kita buatkan. Dah terdesak pandai je dorang on survival mode. Semoga jadi gentleman dah kawen esok boleh masak sendiri. Aa gitu doa maknya.

Ok berbalik pada drama Lucky With You, one day, ayah Hou Jue kena rompak kat ofis. Kebetulan di ofus ada seorang female security bernama Wu Shiyi yang ditugaskan untuk deliver important documents pada ayah Hou Jue di ofis. Bila rompakan tu berlaku, this lady tolong handle the crisis. Selepas kejadian tu, ayah Hou Jue takut ada orang akan apa-apakan anaknya sebab Hou Jue adalah pewaris company. Maka ayah dia hire bodyguard. It so happened, bodyguard yang ditugaskan untuk jaga Hou Jue was Wu Shiyi. Maka bermulalah cerita ke mana-mana Hou Jue pergi kena bawa bodyguard.

Wu Shiyi ni sebenarnya nasib banyak tak menyebelahi dia. Dia terpaksa berhenti jadi atlet dan bekerja sebab ayahnya kena scam. Wu Shiyi terpaksa bekerja untuk bayar balik loan yang ayah dia ambil. Jadi, dia pilih untuk masuk training as bodyguard. Basically she is a strong woman, boleh bergasak, boleh buat kerja kasar segala.

Nama pun bodyguard, haruslah duduk serumah dengan bos. Tapi rumah tu ada maid sekali. Bila ke mana-mana pergi Hou Jue bawa Wu Shiyi, perempuan-perempuan lain tak selesa nak approach Johnny, termasuklah sorang perempuan anak kepada tycoon business yang nak dijodohkan dengan Hou Jue. Pompuan yang nak dijodohkan dengan Hou Jue tu saiko sikit perangainya. Disebabkan perempuan tu, ayah Hou Jue fired the bodyguard. Johnny kecewa sebab dia tahu bodyguard dia sangat perlukan kerja tu untuk bayar balik hutang ayah, so dia decided untuk keluar dari rumah dan resign dari syarikat ayahnya untuk start his own company. Bermulalah era dia menumpang rumah kawan, makan bercatu dan terpaksa gadai jade peninggalan arwah maknya untuk dapatkan duit nak start bisnes.

Disebabkan business dia masih baru, dan segala design-design yang dia pernah buat semuanya dibuat atas nama company ayahnya dulu, maka dia banyak kali kalah untuk dapatkan tender dan ramai orang tak mahu berkerja sama dengan dia. Akhirnya dia terpaksa kerja dengan syarikat orang lain dan melalui company majikannya, barulah design-designnya dipandang dan menang tender mengalahkan company ayahnya sendiri. Yang ni korang boleh tengok kat YouKu atau Viu. Iqiyi and WeTV takde.
 


Bila tengok cerita ni, tak banyak beza dengan situasi kids yang duduk boarding school. Anak-anak yang duduk boarding school, atau anak-anak yang membesar dengan segala kemudahan dan kemewahan orang kata payah nak survive dalam dunia sebenar nanti. Padahal ramai je yang menjadi orang walaupun anak orang kaya, atau dari kecil duduk boarding school. Latar belakang hidup senang belum tentu esok dah besar tak boleh membina sesuatu dengan usaha sendiri. Dulu bila orang bangkitkan isu-isu macam ni, living proof yang aku jadikan bukti adalah En Wan. Elok je pun membesar jadi orang. Pandai je urus diri kat Jepun. Siap boleh cari duit ekstra kerja store kat kilang air. Kerja tanam pagi pun pernah. Dia kata kerja tanam padi tu paling teruk dia pernah buat. Dengan berjemur bawah panas, bawak traktor, berlumpur siap. Aku tanya apesal nak kerja? Kan dapar scjolar JPA. Dia jawab "Demi sesuap sport rim". Ahh, tu kau yang cari pasal. Siapa suruh pakar kereta sport time belajar.

But itu adalah bukti, ada je anak-anak orang senang yang boleh buat kerja dan sanggup bekerja keras untuk capai apa yang dia nak. Tak semuanya mengabiskan boreh. Jenis yang ada otak ni, they feel great pressure to prove their own abilities too. Dorang pun tertekan dengan pemikiran stereotaip orang luar bahawa their success depends on kekayaan dan status mak bapak. Anak-anak selalunya very determine untuk berjaya dengan titik peluh sendiri. Selalunya dorang pilih untuk ambil laluan kerjaya yang berbeza atau choose a more challenging business untuk membuktikan yang dorang pun boleh berjaya.