2024-07-01

Aku tak berani nak bukak pre-order


Ramainya yang bertanya boleh ke tak pre-order Maaltyd. Ya Allah, aku tak berani nak bukak pre-order kalau kilang tak start produce. Raw material aku dah sampai today. Alhamdulillah. Perjanjiannya by 10 July akan siap Maaltyd. Tapi selagi kilang belum start run batch aku, aku tak nak bukak pre-order.

Cerita pasal pre-order ni, aku dah pernah lalui sakitnya bukak pre-order. Selalunya, orang buat pre-order untuk tak nak rugi modal. Jadi dorang gunakan duit orang beli pre-order untuk beli stok. At least kalau tak guna duit sendiri. Takut nanti dah order banyak-banyak sekali produk tak laku. Rugi. Disebabkan itu, ramai pilih untuk buat pre-order.

Kes pertama aku berdepan dengan malapetaka pre-order ni adalah masa aku bawa masuk tudung silk dari China. Ini tahun-tahun awal aku mula bertudung. Year 2011. Memang cun tudung silk tu. Warna cantik-cantik. Bila aku berurusan dengan seller, dia bagitau alau beli lebih dari 200 helai, boleh dapat harga murah. Aku pun minta gambar-gambar shawl untuk up kat blog. Tanya dulu kot ada yang nak beli supaya kumpul order nanti dapat harga murah. Ramai gila yang nak. Nak dekat 400 helai.

Blog reader tak kisah pre-order. Buat advance payment kepada aku. Dah settle kumpul payment, aku pun place order. Tracking number dapat. Tracking system tunjuk shipment bergerak dari satu port ke satu port. Akhirnya sampai depan pintu rumah. Ok so far so good. Besar gabak parcel yang sampai, berbalut dengan guni lagi. Punyalah banyak. Kena tax sampai RM600.

Excited aku nak pos semua kat customer. Sekali buka guni, terus rasa nak pitam. Semua yang sampai bukan shawl yang aku order! Material out. Warna out. Yang betul cuma design dia berkonsepkan ombre. Tapi bukan warna-warna yang aku nak.

Aku terus call seller. Seller kata dia hanya orang perantara saja (dropshipper). Yang pack adalah factory. Tak tahulah dia kencing aku ke tak, tapi kisahnya memang aku takkan dapat balik la duit aku tu. Apetah lagi nak dapat shawl yang benar-benar aku order.

So apa aku buat? Aku contact partner aku kat sana (partner Biotech). Mintak dia outsource shawl seperti yang aku nak. Tak kiralah berapa harganya, mintak dia carikan dulu. Aku nak tau shawl tu sebenarnya wujud ke tak. Dia jumpa that shawl. Memang wujud tapu harganya jauh lebih mahal dari harga yang seller jual pada aku. Which aku rasa menjadi bodoh seketika. Shawl silk mana ada murah sangat. Yang aku beli tu macam harga mampu milik sangat. Yang silk betul ni mahal gila. Walau beli 500 helai sekalipun, harganya paling rendah is RM99. Ini harga kos, bukan selling price. Sedangkan harga yang aku bagitau kat blog tak sampai RM50 pun sehelai.

Aku email balik sorang-sorang. Bagi option sama ada nak tak shawl tu, tapi kena tambah harga, ataupun refund. Aku tak ambil untung lansung. Just jual harga kos saja. Kira macam aku tolong belikan. Ada yang minta refund, ada yang nak proceed dengan tambah duit. Dalam 100 helai juga yang proceed. Kos tax semua aku absorb. Betul-betul tolong belikan je ni. Takpelah rugi sikit bayar tax and kena keluarkan duit sendiri untuk beli new shawl. Masa ni aku tak kisah rugi dah. Aku cuma tak nak orang hilang kepercayaan saja. Yang keduanya aku tak nak berhutang dengan orang tanpa sedar. Baik aku terlebih bayar dari aku terkurang bayar.

Shawl-shawl yang salah tu aku bagi orang. Aku sorang tu kebetulan email nak pinjam duit. Aku bagi dia shawl tu sikit, suruh dia jual. Takyah bayar apa-apa kat aku. Duit jual, ambil.

Masa tu aku down jugaklah. Aku bagitau hal ni kat kawan aku. Kawan aku cakap perniagaan secara pre-order ni sebenarnya tak patuh konsep muamalat. Kerana kita menjual sesuatu yang belum ada di tangan. Jual beli tu menjadi KURANG tepat kerana lebih berisiko timbul masalah. Memanglah semua perniagaan berisiko, tetapi kalau ada cara yang lebih baik dari pre-order, lebih bagus.

Ada hadis "Wahai Rasulullah, ada seseorang yang mendatangiku lalu ia meminta agar aku menjual kepadanya barang yang belum aku miliki, dengan terlebih dahulu aku membelinya untuk mereka dari pasar"

Rasulullah saw menjawab, "Janganlah engkau menjual sesuatu yang tidak ada padamu" (HR Abu Daud (3503), At-Tirmidzi (1232) dan Ibn Majah (2187).

Maknanya kalau barang yang nak dijual tak ada di tangan kita, dan antara kita dengan supplier pun tak bayar apa-apa lagi, maka janganlah jual. Inilah yang terjadi kat aku dulu. Aku tak bayar apa-apa pun lagi kat supplier. Bermakna aku belum beli pun tetapi aku dah collect duit orang dulu. Cara ni agak tak betul. Melainkan kita memang dah ada transaksi dengan supplier cuma barang tu dalam proses, that is a different story.

Sejak hari tu apa-apa, aku settle dulu stok aku dengan kilang. Beli dulu pakai duit sendiri. Kalau nak bukak pre-order adalah bila stok dah on the way. Maknanya aku dah beli the barang. Baru boleh terima payment customer. Serik dah buat pre-order dengan barang takde kat tangan ni. Hati tak tenang.

Kalau stok habis, walaupun demand banyak, aku tak ambik order. Macam Maaltyd ni lah. Dari sejak second batch habis hari tu orang dok bertanya boleh pre-order ke tak. Jawapannya tak. Walapun nampak macam bodoh kat situ, dah tau demand tinggi tapi tak ambik order, biarlah. Kadang-kadang benda ni sebenarnya nak menguji kita. Kita tamak dalam tak sedar. Kita merasa itu lorong rezeki. Tapi mungkin juga itu Allah nak uji.

Kali kedua terkena dengan pre-order ni masa aku mula-mula launch GC Plus. Ini paling teruk. Dulu kan sebelum GC Plus, aku promote E-Burner. Masa dulu projek E-Burner ni usahasama dengan seorang doktor kat UK. Doktor asal Malaysialah tapi. Mula-mula takde masalah. Every week masuk 200 botol, 200 botol, 200 botol. Memang sengaja aku pecahkan kepada volume kecil supaya kalau box sangkut kat kastam, takdelah sangkut sampai 5000 botol sekaligus. At least kalau sangkut satu kotak, mungkin ada 20 kotak lagi yang lepas.

Sampailah satu tahap tu, shipment aku sangkut kat kastam. 2 weeks and still no news. Masa tu jumlah yang order dah 1000 botol lebih. Dah bayar full payment masalahnya. Kat sini silap aku. Sebab masa ni baru belajar-belahar buat website. Aku tak reti nak tukar setting coding "AVAILABLE" kepada "OUT OF STOCK". Jadi semua masuk website terus klik and bayar sebab takde indicator out of stock.

Harga sebotol RM90. Kalau dah sampai 1000 botol pending, berapa duit orang aku pegang masa tu? Again, aku rasa nak pitam. Tapi nasib baik dalam masa aku carry E-Burner tu, aku dah pass the same formula di kilang dalam negara untuk standby if kes-kes macam ni berlaku. Cuma belum run prodction je lagi. Bila shipment sangkut, terus minta kilang producekan GC Plus. Menangis-nangis aku handle order customer. Masa tu label takde, hologram takde. Bila buat label bahas tunggang-langgang kejap bahasa melayu, kejap bahasa omputih. Masa ni aku taik pikir apa dah. Dalam kepala aku, produk kena release dulu sebab duit orang aku dah pegang. Label-label ni semua kendian adjust.

Lepas tu aku terpikir, mungkin ini lagi sekali Tuhan tegur aku. Jangan buat pre-order, Diana!

Eh tapi jangan salah faham pula. Karang yang buat bisnes pre-order sentap marah pulak baca ni. Ini aku cuma sharing pengalaman buat pre-order. Memang menyesakkan. Tidur pun tak lena mengenangkan duit orang dah bayar tapi barang tak sampai-sampai kat tangan. Bila berdepan dengan masalah pre-order, aku just anggap itu mahybe hint dari Allah supaya aku berani buat lebih dari sekadar pre-order bisnes. Dulu pun aku tak pernah sangka boleh jual kalau produce stok banyak-banyak. Tapi sebenarnya bila stok ada kat tangan, itu yang akan membuatkan kita bergerak sehabis daya untuk pasarkan produk. Kalau tak, kita hanya tunggu orang request saja. At the same time, mengajar kita supaya jangan tamak. Apa yang ada jual dulu. Jangan nak tamak-tamak.

As for Maaltyd, sikitttt je lagi, ya. Dalam minggu ni bila factory kata dah masuk production, aku open. Jangan lambat-lambat.