2024-04-17

Kalau kita mahu berfikir, insyallah akan faham kenapa si kaya dapat special treatment



Dari video atas ni, bolehlah disimpulkan, kalau kita kaya, kita berduit, orang lebih sayang.
Itu hukum dunia.
Dari dulu sampai sekarang. Sama je flow-nya.
Dari kecil aku dah lalui benda-benda gini.
Yang tak kaya tu mak bapak aku. Tapi dengan aku-aku sekali kena tempiasnya. Dah kenapa?
Padahal kita budak-budak lagi masa tu.

Aku tahu siapa di kalangan keluarga yang tak berapa suka kitorang.
Aku ingat. Tak lupa. Ima pun ingat.
Cuma malas nak ungkit, atas dasar hormat orang tua. Tapi berbekas di hati.
Tak dendam, cuma takkan lupa.
Masa kecil apa jelah yang kita mampu buat?
Habis kuat pun, terasa hati. Jauhkan diri.
Buat-buat macam takde apa berlaku padahal pedihya sampai sekarang kalau diingat-ingatkan balik.

Bila dah besar, dah ada life sendiri, slowly boleh nampak.
Semakin kita ada sesuatu, orang mula mendekat.
Tiba-tiba crowd kau jadi besar.
Tiba-tiba orang jadi peramah dengan kau.
Tiba-tiba orang kata dia kenal kau. Kenal mak bapak kau. Pernah satu sekolah. 
Gitulah hukum dunia.
But that's good. Itu menunjukkan kita ada improvement.
 
Actually, bila orang mula berbaik-baik dengan kita, for whatever reason, itu tandanya kita ada sesuatu.
Just like video tadi kata.
Bank suka orang kaya.
Makin kau kaya, makin banyak kelebihan kau dapat dari bank.

Masa aku pakai kredit kad dulu, payment aku cantik.
Beberapa kali bank call nak naikkan credit limit. Aku tak nak.
Masa tu aku realized, bila kita bayar cantik, and on time, dorang bagi kita peluang berhutang lebih banyak.

Samalah macam kau bagi hutang kat member.
Kalau member tu jenis berhutang dan bayar on time, next time dia susah, kita berkira-kira tak nak bagi hutang? Of cos tak.
Sebab history menunjukkan dia tak culas bayar.
Yang jenis tak reti nak bayar lepas tu buat macam kita pengemis meminta-minta dari dia, hat ni memang patut dibuat bodo.
Kadang tu dia kata "Adik-beradik aku takde duit nak tolong".
Ye sangatlah. Entah-entah kau berhutang kat adik-beradik tak reti nak bayar, tu pasal dorang malas tolong kau lagi.

Maka tak hairanlah banyak cerita-cerita pasal balik kampung raya sampai ke pengetahuan aku.
Ramai betul share kena double standard balik raya hari tu.
Balik awal ingat nak cop bilik best, rupanya mak mertua dah savekan bilik paling best kat menantu kesayangan.
Tak, salah tu. Sebenarnya bukan untuk menantu kesayangan, tapi anak kesayangan!
Tak caya tanya suami awak. Betul tak mak lebih sayangkan anak yang itu dari dia.

Hal-hal double standard di kalangan keluarga ni, biasa.
Maksud aku, bukan perkara baru.
Dalam drama-drama melayu pun ada tunjuk.
Yang kaya sesekali balik, ditatang. Yang miskin, tak dilayan sangat.

Memang ada kaitan dengan duit.
Yang kaya, bagi duit kat mak bapak banyak.
Mak bapak serba-salah kalau sesekali si kaya balik dibaginya makanan yang biasa-biasa.
Karang anak menantu kaya kata apa pulak.
Duit bagi beratus setiap bulan, takkan takat itu je masakannya.
Nak tak nak, kenalah masak special.
Memandangkan dorang bagi duit lebih, sebagai balasan, mak pun beri bilik yang paling best untuk dorang tido beberapa hari.

Perkara ni kalau kita mahu berfikir, insyallah akan faham kenapa si kaya dapat special treatment.
Mak Aji kan, masa kitorang kecik dulu, everytime nak tido malam, dia tak bagi aku and Ima cop bantal.
Bantal kena kasi makcik-makcik and cousin-cousin Singapore pilih dulu.
Walaupun bukan dorang mintak, tapi Mak Aji ajar begitu.

Sebab?
Sebab adik-adik dia yang kat Singapore semua dah biasa dengan keselesaan.
Rumah dorang selesa sangat.
Anak-anak semua ada bilik yang selesa. 
Semua dah biasa dengan keselesaan.
Jadi Mak Aji tak mahu ketidakselesaan duduk di kampung buatkan anak-anak sedaranya nanti tak mahu balik lagi lepas ni.
Jadi, bagilah dorang bantal yang terbaik yang nenek ada di rumah.
Tilam terbaik. Selimut terbaik. Bagi dorang selesa.
Lagipun dorang sesekali balik. Tak macam aku sebulan sekali balik kampung.

That kind of mindset yang Mak Aji dah terapkan buatkan aku jadi faham dan tak terfikir pun nak sentap bila tak dapat special treatment.
Dapat bantal lembik-lembik takde hal, janji ada tempat nak tido.

Bab mengemas pun sama.
Mak Aji akan arahkan aku and Ima tukar langsir rumah nenek, tukar sarung kunsyen, mengelop, basuh longkang, kemas stor, kemas cabinet.

Yang pertama, sebab kitorang berdua saja cucu yang boleh diharapkan waktu tu.
Yang lain semua kecil lagi.

Kedua, like I said before, kalau tak dapat contribute duit yang banyak, kau contribute kederat.
In my case, Mak Aji menggunakan kitorang 2 beradik untuk contribute kederat.
Sebab tu on every hari raya aku and Ima takde hal bersilat kat dapur tanpa Mak Aji tolong.
Dah biasa. Dari kecil kena kerahan tenaga :).

Kita akan mudah berasa hati bila balik-balik kita je yang kena mengemas, kita je kena membasuh.
Tapi tengok keadaan juga.
Dalam kes aku, kitorang bukan orang senang.
Makcik-makcik aku yang Singapore balik bawa kek prune, kukis gabak-gabak.
Dorang sponsor udang besar-besar untuk buat sambal udang pagi raya.
Jadi, sebagai orang yang tak dapat contribute banyak duit, kita balancelah dengan kederat.
Makcik-makcik and cousin-cousin aku semua baik.
Takde pilih-pilih kasih, tapi kita kena SEDAR DIRI.

Sometimes, kita ni nak segalanya sama-rata.
Kita mengemas, nak orang tu pun mengemas.
Kita membasuh, nak orang tu pun membasuh.
kalau boleh nak kira berapa pinggan aku basuh, berapa pinggan kau basuh.
Karang kalau orang tu listkan berapa duit dia contribute and mintak kau bagi sama rata, nangis karang.

Pernah satu kali, kitorang beraya dari Tampin ke Muar. Day trip.
Kitorang tak tahu yang kakak Mak Aji on the way dari Singapore balik beraya di Tampin, also day trip.
Dorang nak buat surprise kat nenek.
Dulu takde henfon. Pak Aji pulak berjalan raya unplanned.
Tau-tau dari Tampin, ke Melaka, ke Pagoh, pastu know-know arrive Muar.
Di Muar, singgah rumah nenek aku kat sana.
Mak Aji suruh aku call nenek Tampin bagitau kami ada kat Muar, lepas Isyak balik semula ke Tampin.
Nenek Tampin marah bila tahu kitorang ada kat Muar.
Dia cakap "Orang kat rumah ni makan lauk ikan goreng je!".

Aku sebagai cucu tak tahu apa-apa just sampaikan saja kat Mak Aji.

"Ma, nenek marah. Dia kata tak payah balik!"

Aku pelik juga, what is wrong with makan ikan goreng? Tak faham.
Tapi lepas tu aku jadi faham.

Dua orang makcik aku tu duduk Singapore. Jarang balik kampung. 
Perjalanan jauh, mestilah nenek nak masak sedap-sedap untuk anak-anak dia.
Takkan ikan goreng satu lauk je.
Kebetulan masa tu takde lauk nak masak di rumah. Entah, aku tak sure.
Maybe nenek berhajat kalau kitorang ada bolehlah ajak Pak Aji ke pasar kejap beli apa-apa.
Nak dijadikan cerita kitorang pi beraya sampai malam tak balik-balik. Mana tak blow nenek aku.

Sekali imbas nampak macam specialnya treatment makcik-makcik aku dapat. Mentang-mentanglah kaya.
Sebenarnya bukan macam tu.
Sebab dorang sesekali balik. Nenek nak meraikan. Itu saja.

Sometimes, menerima hakikat bahawa kita memang miskin, itu pahit.
Menerima hakikat orang lain layak dapat special treatment lebih dari kita, itu pahit.
Menerima kita always kena beralah kerana kita tak kaya, itu pahit.  
Lalu kita berlebih-lebihan dalam beremosi, bersangka itu dan ini.
Kalau ada sindir-menyindir, kutuk-mengutuk, that is another story.
Tapi kalau situasi macam aku lalui tu, rasanya kita kena pakai common sense.

Mak mertua aku pun lebih kurang gitu juga.
Pernah aku masak udang besar-besar buat lemak cili api.
Tiba-tiba cucu-cucu dia datang ke rumah (rumah aku).
Dia sorokkan seperiuk udang lemak cili api dalam kabinet pinggan mangkuk!
Aku nak ambil pinggan nampak eh kenapa lauk ni ada kat dalam?
Mok kata, lauk tu kita masak sikit sebab tak sangka dorang nak datang.
Kalau tak dihidang, orang berasa hati. Bila dihidang tak cukup pula.
Mok takut En Wan tak dapat merasa.
 
See? Semua ada reason di sebaliknya.
Kita cuma perlu tahu reason sahaja.