2024-04-15

Raya 2024


Aku ni kan kalau tak kerana nak menjadikan bahan bukti, malas aku nak update pasal raya kat blog.
Menjak post-post aku jarang bubuh gambar, dah banyak aku menulis tepek kat IGS and FBS saja. Malas letak kat blog.
Tapi bab raya, I is kena gagahkan diri juga.
Roommate aku tu bukan boleh.
Tiba-tiba datang amnesia dia, tahun ni raya Tganu, tahun depan pun dia kata turn Tganu. Oh I is kenot.

Tahun ni turn Bangi.
Bila turn Bangi, takde berapa kalut sangat nak balik awal sebab dekat.
Kita bagi semua kereta balik kampung dulu.
Dah tenang-tenang hiway, baru kita gerak.

Jumaat 5 April lepas Zohor aku dah gerak ke KMB ambil Redza.
First time jalan masuk ke KMB jem.
Tahun-tahun sebelum ni, hanya junior saja boleh balik beraya.
Final year students tak boleh balik raya.
Tahun ni rezeki budak-budak final year boleh balik beraya juga.
Hah kau. Jem terus pintu KMB berjujuk mak bapak collect anak awal.
Agaknya semua pakat terus balik kampung lepas tu.

Boleh je nak ambil Redza lewat petang, tapi kesian.
Sekarang musim panas. Dorang banyak melepak library.
Bukan sebab nak study tapi sebab nak aircond.
Tu yang awal-awal aku ambil dia. Biar rest kat rumah.
Kat rumah nak on aircond 24 jam pun takpe. Bapak kau bayar. Kahkahkah.



Ini gambar berbuka puasa last di rumah sendiri. 
Sebelum malamnya berangkat balik Bangi.
Semua beli - nasi lemak, samosa dan ayam goreng ala-ala KFC.
Popia and nugget goreng kat rumah.
Sandwich telor buat sendiri.

Dari KMB nak patah balik ke Putra Heights, jalan dah start jem, padahal baru pukul 3 pm.
1 jam dari KMB ke PH, padahal selalunya 20 minit je.
Gila penangan raya tahun ni.
Jumaat dah penuh kereta atas jalan.
Mok balik Tganu esoknya dengan Kak Ngah. Balik pagi.
Masih ok lagi katanya. Banyak kereta tapi tak melekat.
Aku memang dah tak masak kat rumah dah sejak hari tu.
Semua beli je untuk berbuka. Tak kuasa nak sepahkan dapur.
Nak kilat-kilatkan rumah. Cadangnya gitulah.

Tetapiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Hah, panjang harakat aku.
Hari Sabtu, En Wan dah bawa masuk contractor untuk renovate sikit hall rumah.
Aku dah agak dah. Sebelum-sebelum ni pun gitulah penyakit dia.
Asal nak raya je mesti dia menghuru-harakan rumah aku.
Aku ni dah datang mood nak berkemas. Hancus!
One whole day orang tu bertukang.
Masalahnya tak sempat siap sebab stok shortage. Kau rasa??

Ni sampai ke hari ni, masih in progress lagi.
Semalam dia upah orang datang measure kitchen kabinet pulakkkkk.
Aku pandang mok, mok pandang aku. Malas nak bersuara.
Ni karang kalau serabut sangat, aku angkat kaki balik Bangi.
Lantaklah nak terbalik rumah tu. Dahlah kuih raya takde!

Tak habis-habis aku dengan masalah kuih raya.
Yang follow IG mesti tahu permasalah aku yang menjadi problem tahun ni, iaitu kuih raya takde.
Bulan puasa hari tu aku sibuk mengorder kuih raya untuk Mak Aji and staff ofis.
Lansung tak beli untuk diri sendiri.
Cadangnya untuk diri sendiri nak beli kacang-kacang je. Lepas raya pun sempat.
Sekali, bila rumah aku dah jadi huru-hara dengan batang besi bergantung segala ni, terus terlupa nak beli kacang-kacang.
3 hari aku ke sana sini cari kuih raya.
Nak cari yang sedap masalahnya. Tu yang payah.
Kalau nak cari sebarang-sebarang kuih, beli je kat Giant tu ada.

Ok berbalik pada cerita raya.
Isnin aku kerja lagi. Lepas Isyak, baru gerak balik Bangi.
Jalan selengang-lengangnya.
Redza pun terkejut apesal lain macam punya lengang jalan?
Itu tandanya ramai perantau kat Selangor ni, termasuklah bapak kau.

Ima pun sampai malam yang sama.
Aku balik Bangi angkut selimut sendiri, bantal sendiri, towel sendiri.
Kuali, pisau, sudip and papan pemotong pun bawak sendiri punya.
Tak boleh pakai barang dapur Mak Aji, karang terkial-kial aku buat kerja.
Pakai barang sendiri baru laju.



Esoknya dah start buat rendang.
Disebabkan aku malas nak masak for berbuka, aku cadangkan order nasi Arab je untuk berbuka.
Malas nak memasak banyak sebenarnya.
Karang lepas berbuka dah start nak masak untuk raya pulak.
Tak kuasa memenuhkan dapur dengan macam-macam lauk.
Jadi, siang tu dapatlah aku, Redza and En Wan jalan-jalan ke IOI City Mall.
Bahagianya masuk mall lengang, boleh parking betul-betul depan entrance.
Lepas shopping sikit lebih kurang, balik.
Singgah beli Nasi Arab, pastu beli lemang.
 


Setiap kali menutup Ramadan di Bangi, inilah aktivitinya.
Pukul 6.30 masing-masing dah ambil tempat untuk baca Yasin ramai-ramai, and tahlil sikit. Lepas tu baru berbuka.
Alhamdulillah settle Ramadan tahun ni.
Yang belum settle hanyalah mengganti puasa.
Kita start hari ni. Jenuh ya, jenuh.

Malam tu seperti yang dirancang, makan Nasi Arab je sudey.
Lepas Isyak gelanggang silat dibuka untuk aku and Ima.
Tahun ni staff dapur short sorang. CT balik beraya Kelatan.
Macam lipas kudung aku and Ima buat kerja.
Mak Aji tak terlibat. Taknak bagi dia terlibat.
Karang dia jadi warden kat tepi aku, terus garing kering sambl goreng aku nanti.
Malam raya hanya buat sambal goreng, dan prep barang-barang untuk masakan esok pagi-pagi.

Sambal goreng yang aku buat ni bukan Jawa punya sambal goreng, tapi sambal goreng pengantin (Singapore style).
Ini menu raya wajib sejak aku lahir.
Maybe juga sejak arwah nenek lahir keluarga dia dah biasa dengan menu raya yang satu ni.
Cousin-cousin aku tak buat sambal goreng. Semua pakai makan kat rumah Mak Aji.
Tak ramai yang nak buat sebab RENYAH!
Nak kena goreng tempe dulu. Tauhu dulu. Hati dulu. Udang dulu.
Pastu hiris serai, kacang panjang, cili, halia.
Tumis lada. Pakai santan. Pakai air asam. Makannya 10 minit je.
Tapi disebabkan aku yang tak boleh kalau raya takde sambal goreng, jadi aku willing untuk buat setiap tahun!
Dalam banyak-banyak lauk raya memang sambal goreng akan habis dulu.

Esok pagi set alarm pukul 5 pagi.
Aku and Ima berdua kelentang-kelentung kat dapur.
Hari tu masa first hari raya aku up gambar aku berbaju blouse biasa je, tanpa baju raya.
Flat seharian. Tak sihat.
Ada yang tanya kenapa bangun awal sangat 5 pagi? Masak apa yang kena bangun awal?

Rumah Mak Aji jadi rumah tumpuan sejak arwah nenek takde.
Semua kumpul sini beraya sama-sama sebab Mak Aji yang tua.
Jadi, volume lauk-pauk raya tu bukan untuk makan sekeluarga tetapi untuk menjamu sekali orang yang datang. Kapasitinya besar.
Tak pakai periuk-periuk kecik. Sebab itulah kena bangkit awal.
Ima handle kuah lodeh. Aku handle sambal sotong, nasi minyak Tganu dan ketupat palas.
Pagi tu je kena goreng 50 ketupat palas dulu.
Then throughout the day penggorengan akan bersambung-sambung selagi ada tetamu datang.
Apa-apa pun 50 biji kena goreng dulu.

Inilah hidangan pagi raya, tak termasuk rendang 2 jenis - rendang paru and rendang daging.
Lupa nak snap gambar.
Kek tu beli, takde kerja nak buat sendiri.
Lepas ni kena beli kek yang besar sikit.
Beli kat IOI City Mall, dah last minit, manalah nak jumpa kek 2 kg?
Semuanya 1 kg. Ni pun mujur.

Nasi minyak Tganu aku laku, wei!!
Cuma nasi tu kurang minyak sapi pulak.
Biasalah, jarang-jarang masak kuantiti besar. Tak reti nak bajet. Tapi habis.
Sambal sotong tak sempat jumpa petang, pun settle. Alhamdulillah.
Berbaloi memasak sampai kena makan panadol. Hahahaha.

Sorang tak teringat nak bawa balik tripod stand.
Aku lagilah tak teringat. Aku cuma ingat nak bawak balik kuali je.
Itu yang terpenting. Kalau tertinggal, rela aku patah balik ambil.
Maka ini je lah angle paling best boleh buat untuk gambar raya sekeluarga.
Sebelum aku sadaqallah. Muka nampak ceria kemain, padahal dah nak tumbang tu.

Tahun ni panas gila! Dah lah memasak main dengan api. Bertambahlah panas.
Aku dengan Ima memasak sambil telan panadol.
Berdoa janganlah tumbang.
Naya raya mak aku kalau kitorang tumbang. Siapa nak settlekan semua ni.

Nasib baik badan masing-masing bertahan hinggalah ke salam raya.
Sempat siap semua hidangan. Sempat bersalam raya. Sempat bergambar 3-4 snap.
Pastu aku pun sadaqallah.
Makan ponston, letak minyak angin dan bye bye.
Sedar-sedar je dengar suara makcik aku bergelak-gelak kat dapur. Oh dah ramai rupanya.
Ada yang datang dan dah balik pun, aku yang tak sedar-sedar.

1 Syawal tu aku tak makan-makan dari pagi sampailah ke pukul 4.30 petang. Memang flat.
Dapat tido dalam bilik aircond pula tu, memang sedaplah.
Nasib baik En Wan cover line.
Dia bagitau asal Mak Aji tanya "Diana tido lagi ke?", dia jawab "Ya, Ma. Tak sihat sangat tu". Selamattttt.

Aku pernah raya pertama melepek macam ni.
Tahun 2019 kalau tak salah. Raya Tganu.
Kes panas sangat gak tu.
Dah bangun pukul 4 pagi siap mandi shampoo rambut segala sebab too hot.
Nak solat Subuh takleh diri dah. Kepala sakit sangat.
Try solat duduk. Masa nak rukuk, membuak muntah keluar.
Terus jem sampai pukul 3 petang.
Tak pakai baju raya lansung. Tak makan lansung. Let alone bersalam raya apa semua pun tak.
Lepas Maghrib raya pertama tu juga En Wan ajak balik PH.
Dapat duduk dalam aircond, terus lega kepala aku.

Ni gambar baru bangun tido, tau-tau rumah dah ramai orang.
Terus je lah keluar dengan pakai baju biasa.
Malas nak sarung baju kurung dah.

Tahun ni punya raya kira okla lagi la sebab sempat masak sempat salam sempat bergamba.
Tapi pakai baju raya 1 jam je.
Lepas tu sepanjang hari pakai baju biasa je.
Nasib baik baju raya tak beli. Takde la rasa terkilan sangat.

Tak banyak cerita raya pertama tahun ni sebab aku tak berapa raya.
Raya kedua pagi-pagi lagi pakcik (adik Pak Aji) datang beraya sebab dia nak ke Korea tengahari tu.
Jadi kena check in pagi.
Lepas tu kitorang laju-laju bersiap ke rumah makcik (adik Mak Aji) di Bangi dan ke Banting rumah adik Pak Aji.
Mana yang sempat je pergi dulu.
Kalau tak, memang tak pergi nanti.
Sumpahannya memang gitu.
Rumah Mak Aji, time-time raya kalau dapat keluar, pergi keluar.
Sebab kalau kau ada rumah, konfem ada orag datang.
Rumah orang tua, biasalah. Ramai yang nak ziarah.
Betul pun, petang tu lepas balik dari Banting, anak-anak sedara Pak Aji pulak datang 2 family.
Bersilat kembali di dapur. Nasib baik aku dah sihat sikit.

Walaupun beraya kat Bangi lebih penat dari beraya kat Tganu, tapi puas.
Aku lebih suka guest datang beramai-ramai sekali harung sementara kitorang adik-beradik ada.
Kalau datang masa kitorang semua dah balik, kesian mak bapak aku tunggang-langgang siapkan semua sendiri.
Jadi masa kitorang ada ni meh meh meh datang.

Hari raya ketiga pagi, Ima balik Senggarang (rumah mertua).
Aku balik PH around 11 pagi.
Elok je sampai rumah, beg baju tak bawak turun lagi, client En Wan cakap nak singgah untuk sign document.
Bersilat terus aku kat dapur.
Dahlah kuih raya takde. Nasib baik mihun ada. Selesai masalah.

Hari Jumaat tu (raya ketiga), kitorang spend time at home saja.
Golek-golek layan TV.
Entah apa cerita raya aku tak tahulah, main tengok je. Semuanya boring.
Last-last aku layan je Tamil-Tamil kat Netflix.
Aku suggest kat stesen TV kalau takde cerita raya yang best, korang keluarkan je lah balik Toll Gate Girl ke, Pondok Buruk, Quran Buruk, Cantiknya Buruk, Daun Ketupat Kering, Sinar Lailatulqadar.
Ni tak. Ntah hape-hape cerita rayanya.
Susah-susah sangat, kau tayangkan balik Sangam. Pun boleh.

Tu je lah cerita raya aku. Gambar raya banyak juga ni, tapi malas letak sini sebab aku dah letak kat FB and IG. 
Post ni sekadar buat syarat supaya ada bukti beraya kat Bangi tahun ni.
Kalau beraya kat Bangi memang tak berjalan sangat sebab semua orang datang rumah Mak Aji.
Kalau beraya kat Tganu selalunya berjalan raya sebab rumah mok tutup on hari raya.
Nanti insyallah time open house aku spam gambar banyak sikit.