2024-04-18

Bila kita nak beli baju yang merelip dan heavy lace, kita kena be prepared dengan cara penjagaannya sekali.


Geramnya aku dengan review-review kat TikTok.
Aku rasa dorang ni semua affiliate yang ambil komisyen dari jualan produk orang lain.
Entahlah, maybe apa yang dorang review tu up to their standard sahaja, tak kena dengan selera kita.
Masalahnya aku beli 4 perfume based on their review, semua tak kena dengan hidung aku.
The problem is, tak kena dengan hidung En Wan and Rayyan juga.
So adakah hidung kitorang bermasalah? 😭

En Wan dah warning aku takyah beli perfume-perfume kat online. Beli je kat kaunter.

Aku ni naklah mencuba. Kotlah perfume yang harganya murah ni best.
Kenalah husnuzon. Manalah tau kan sekali jumpa dengan yang best dan murah, kan.
But so far ada 4 ketul kat bilik aku ni, spray masa first time pakai je, lepas tu tak guna dah.
Ada satu perfume artis ni, bau dia tengik gila.
Tak tahu celah mana yang bestnya bila ramai nau review kata wangi.
En Wan lagi over, masuk bilik terus spray Glades Sakura.
"Awak sembur Glades ni je lah kat baju, lagi best". Kuang hasam.

Ingatkan nak beli yang murah. Around RM40-50.
Akhirnya tak pakai. Tak ke membazir namanya, kan?
Murah tapi tak pakai, apalah maknanya?
Baik beli Jadore Milk terus. Kurang-kurang puas hati.
Eii sakitnya hati aku tengok 4 botol kat rumah ni.
Aku nak bagi kat bibik esok.
Sorry, aku tak dapat nak jual murah-murah kat kat korang. Let alone nak bagi free.
Karang jadi hal pulak ada yang viralkan perfume-perfume yang tak kena kat hidung aku ni. Biarlah rahsia.

Susah nak percaya pada review-review kat TikTok.
Manjang je "BEST GILA KORANGGGGG!".
Aku pukkk baru tahu.

Bila baca review-review berderet "Kain sedap. Cantik!"

Bila beli, hampehnya lahaiiii. Sakittttt hati aku.
Tapi betul juga bak kata En Wan.
Tak boleh samakan selera kita dengan selera orang.
Orang lain biasa pakai baju kurung RM30. Sesekali dapat beli baju kurung RM50, of cos dia rasa puas hati.
Yang kau beli kain saja dah RM300, belum masuk tempah.
Takleh samakan dengan kualiti baju RM50 sepasang.

Hari tu masa raya bersepah orang komen baju melayu berbulu lepas hanya sekali pakai.
Elrah, Bulan Bintang and Jakel.
Masalahnya, En Wan anak-beranak pun pakai Jakel.
Tapi tempahlah, bukan ready-made. Kain dan sampin memang dari Jakel. Tak pulak berbulu.
Boleh pakai bertahun-tahun.

Bila pikir-pikir balik, some people beli nak murah.
Nak beli baju melayu siap jahit yang harga RM150 sekali sampin, sekali butang, tapi nak fabrik kayangan.
Sampin free by Jakel tu kau tak rasa dulu ke keras kejung benangnya?
Nak yang best, lain kali beli kain dari Jakel, pastu hantar tempah.
Sampin beli juga dari Jakel, tempah jahit. Jangan ambil yang free.
Baru puas hati. Nak kayangan sangat, kan.

Lagi satu aku nampak video orang komplen beli baju berlace penuh di depan baju, harga sampai RM300-400 tapi sekali pakai dah tercarik bahagian lengan kat tepi tetek.
Aku syak sebab tercarik-carik dengan manik di bahagian dada baju.
Dia komplen baju tu gunakan fabrik lace and chiffon paling rendah kualiti.

Ok, you have your point. Meh dengar point aku pulak.

Dua-dua ni baru sekali pakai.
Yang merah tu kain dia chiffon satu badan.
Ada lace premium di hujung tangan and depan baju.
Dah pakai, dah basuh. Tapi, aku hantar dry cleaning. Tak masuk mesin.

Same goes to baju berbunga.
Kain jenis silk ada batu-batu kecil meriah.
Aku basuh pakai dry cleaning. Dua-dua baju ni RM300 each.

Dia macam ni tau, dik.
Bila kita nak beli baju yang merelip dan heavy lace, kita kena be prepared dengan cara penjagaannya sekali.
Tak boleh main hempuk dalam mesin basuh. Kena hantar dry clean.
Dan, baju-baju meriah batu and manik ni bukan boleh dipakai time kau basuh pinggan-mangkuk sehari suntuk kat dapur.
Baju manik lace memang akan mudah mencarik-carik lengan baju bila kita banyak menggerakkan tangan.

Mana-mana jenis lace pun, walaupun French lace baju pengantin, kalau kau kasar, tetap tercarik.
Cuba tengok baju pengantin, helok je lacenya.
Sebab pengantin tak bergerak kasar macam ungka.
Makan pun orang sendukkan.   
Kadang aku perati dak-dak yang pakai baju merelip, with heavy lace dan kain mermaid meleret.
Kau duduk dapur membasuh, menghidang, memasak di pagi raya dengan baju tu.
Dik, baju-baju gitu orang yang tak masuk ke dapur je pakai.
Kerana baju-baju tu mesti dijaga dengan elok, tak boleh kasar-kasar.

Aku kalau raya pertama seharian kat dapur, memang lenjan pakai baju yang takde lace, yang takde manik.
Kalau boleh yang fabrik breatheable. Senang nak bersilat.
Baju-baju merelip ni kita pakai time beraya je sebab dah tentu kita tak ke dapur.
Ini tak, kau lenjan baju tu sehari suntuk kat dapur, kejap ke depan, kejap kebelakangan, kejap angkat periuk, kejap angkat cerek.
Bila baju tu tersiat, kau cakap fabrik murah.

Tengok orang-orang kayangan pakai baju raya kain meleret, lengan puffy, kau pun nakkkk.
Orang tu makan pakai sudu garfu siap berhidang.
Kau baru satu kali senduk rendang dah terkena lengan baju. Camano?
Tu belum lagi cerita dari pagi angkat periuk, basuh pinggan, buang sampah.
Pakai baju kurung kedah je lah senang.