2024-03-20

Kita takkan jumpa tempat kerja yang ada semua benda best. TAK AKAN.


Maka hari itu pun lalulan post ni kat FB. Aku baca.

Maybe budak-budak muda payah nak grasp post ni.
Takpe. Aku nak cerita dari pengalaman sendiri.
Jangan risau, aku akan cerita pengalaman sendiri dari perspektif employee dan employer.

Kat mana-mana pun kita kerja, akan ada plus and minus.
Apa yang kau dapat kat tempat kerja A, mungkin takde kat tempat kerja B.
Dan boleh jadi juga semua hal buruk yang kau elakkan kat tempat kerja A, rupanya ada di tempat kerja B.

Kat tempat kerja A, budaya kerjanya yang sangat kooperatif dan fleksibel.
Team di sana fokus pada inovasi dan creative thinking, as well as ada career development.
Tapi, kelemahan kat tempat kerja A adalah high pressure untuk capai target dan tight schedules.

Kat tempat kerja B, struktur hierarki yang lebih jelas dan more organized procedures.
Kat sini they provide banyak training dan jaminan pekerja (ada medical card).
Tapi, the downside adalah kekangan untuk menjadi creative dan flexible serta organizational changes yang perlahan (lambatlah kau naik pangkat).

Dari pengalaman aku, TEMPAT KERJA BUKAN MASALAH.
Selalunya, kita dan kemahuan kita yang tak sesuai di situ.

Contoh, masa kat Prudential.
Prudential is company besar.
Nak masuk sana pun kena lalu 3 stage interview.
Apatah lagi post medical underwriter.
Inilah group terpenting dalam mana-mana takaful/insuranse bisnes.

Masa aku masuk, ada lebih kurang 15-20 underwriter.
Setiap 27 hingga hujung bulan, semua cuti dibekukan. Dan digalakkan stay back.
Medical underwriter lagilah payah nak cuti sebab kes masuk berlambak-lambak everyday.
Stress betul hari-hari menilai kes orang.
Dapat polisi yang ada sejarah 10 kali keluar masuk hospital, boleh muntah kau membaca report doktor.

Aku always nak balik on time, sebab rumah aku jauh.
Naik public transport pulak tu.
Cara-cara balik 6 pm pun sampai rumah dah nak pukul 8 malam.
Kalau stayback pukul berapa aku sampai rumah?
Dah lah masa tu En Wan yang pick up dari stesen komuter Subang Jaya.
Padahal dia habis kerja 5.30 pm.
Disebabkan nak tunggu aku, dia terpaksa stay back kat ofis everyday sampai 7.30 pm. Letih.

Kat Prudential, takde underwriter yang balik on time, selain aku 😆.
Bila asyik muka aku je balik on time, maka manager pun panggil.
Kelihatannya akulah yang paling tak komited sekali sebab always balik on time.
Aku argue. Aku cakap aku hanya balik on time, bukannya ambil half day.
Balik pun setelah task pagi dah siap.

Medical underwriter punya task dibagi 2 kali (paling kurang).
Waktu pagi, management send task (polisi) ke work folder masing-masing.
Semua underwriter ada kod masing-masing.
Kod aku WLADIR. Aku lupa WLA tu stands for what.
Yang DIR tu Diana Ishak Ridzuan.
Gitu kau chenta mati. Kod kerja pun nak letak nama laki.

Pagi-pagi bukak PC, dah nampak berderet kes masuk.
Management boleh semak in real time berapa banyak lagi kes yang belum siap.
Kalau pukul 2 pm kes aku tinggal 5, they transfer new case immediately.
Aku bagi priority kat kes yang aku dapat pagi.
Kalau pukul 3 pm kau transfer another 20 kes, jawabnya aku siap mana yang larat je.
Selebihnya carry esok. Janji kes pagi dah siap.

But, boss aku yang seorang andartu, tak suka cara kerja aku ni.
Sebab dia tak berlaki, jadi dia berumah bertangga kat opis.
So she expects aku pun berumahtangga di ofis juga.
Memang taklah.
Arguments aku always that task aku settle. Takde backlogs.
Cuma aku makin tak selesa sebab diperhatikan.
Nak balik on time pun menjeling. Jadi, aku resign.

Di Prudential, gaji ok, kerja ok, kawan-kawan ok, yang tak ok adalah bos.
Aku rasa kalau aku stay back sampai pukul 7 malam hari-hari mungkin dia ok dengan aku, just like with everybody else.

Masa dapat kerja kat company biotech 1, segala benda downgrade!
Bila kau keluar dari company besar masuk company kecik, of cos banyak benda yang aku dapat di Prudential, takde di new company.
Ofis kecik. Workstation kecik.
Surau takde. Pantry takde.
Gaji rendah. Kena make new frens.

Tapi ada yang best iaitu, tempat kerja dekat. 10 minit je dari rumah.
Itu point yang buatkan aku setuju kerja situ.
Biarlah gaji lebih rendah pun. Bukannya aku takde laki.
Aku nak tempat kerja yang dekat.
Tak kuasa main kejar-kejar dengan komuter pukul 6.20 pagi.
Pukul 5.30 pagi lagi dah bangun. Kejadahnya.

Semakin lama kerja di situ aku dah boleh berlebih kurang dengan segala kekurangan tadi.

Yang pertama, gaji kecil.
Walaupun kecik, ada sistem komisyen.
Maka, pulunlah buat sale.

Yang kedua, takde surau.
Tapi aku kerja sales.
Time keluar jumpa customer tu boleh solat kat mana-mana.

Yang ketiga, takde pantry besar dengan free beverages dan jajan.
Takpelah, hari-hari keluar jumpa customer aku melepak kat cafe dorang minum-minum lone ranger.

Yang keempat, kalau di Prudential ada in house doctor untuk medical underwriter berbincang.
Di opis baru ni ada LAB!
Boleh masuk buat small experiment. Yeayyy!

Tapi yang paling penting, kalau stayback sampai pukul 6 petang pun, 6.15 dah sampai rumah. Kehkehkeh.

Dari sini aku belajar untuk faham yang setiap tempat kerja ada work culture, proses, dan kelebihan yang berbeza.
Jangan fokus kurang.
Kau fokus kat kurang, hari-hari kau demotivated nak pi kerja.
Kau kena cari kat mana kelebihannya. Baru datang rasa seronok.

Aku punya seronok masa tu cuma pada tempat kerja yang dekat.
Padahal awalnya mati-mati tak nak kerja sales.
Yang buatkan aku give it a try adalah kerana opis dengan rumah dekat.
Bila itu buatkan aku happy, otomatik kerja pun seronok.
Dari tak nak buat sales, sampai sekarang aku melekat dengan sales.

Antara semuaaaaaaaaaaaaa kerja, aku paling suka company yang last.
Company Devil Wears Prada.

Tetap ada kuranganya. Kurangnya apa?

Yang pertama, surau takde.

Yang kedua, aku sorang melayu.
Tak. Kat sini takde racism.
Cuma banyak benda yang kita semua ambil masa untuk faham.

Contohnya meeting santak dari pagi sampai nak masuk Asar.
Everytime minta break kejap untuk Zohor terasa menyusahkan pula.
Dek kerana aku sorang, meeting terhenti.

Bulan puasa pula meeting starts at 6 sampai 10 malam.
Nak buka puasa lama-lama pun rasa bersalah.

Teringat betapa happynya colleague for the first time dorang dapat ke Ramadan Buffet under company sebab tahun tu ada sorang melayu dalam company.

Masa puasa, sorang keluarkan biskut, yang lain pekik dari workstation masing-masing "Wooooo Weeiiii Woiiiii Diana puasalah!".

Kalau stay back time puasa, masuk waktu berbuka, 2-3 orang diri kat tepi nak menyaksikan saat-saat aku minum air. Gila. 🤣🤣

Yang ketiga, ofis kat kawasan sesak, Kelana Jaya.
Dari mula keluar rumah dah jem kat Elite.
Keluar Elite masuk LDP sambung jem lagi.
Sampailah ke opis jem. Pergi balik tempuh jem.
Tu pasal kat situ aku selalu balik malam.
Daripada melekat kat jem, baik aku stay back buat kerja.
Balik pukul 8 malam karang.

Bos kat situ memang garang, tapi itu bukan masalah.
Sebab bos aku ni bukan macam bos lama aku kat Pridential dulu.
Bos Devil Wears Prada ni garang pada hal kerja saja.
Dia tak kecoh kau balik awal ke, kau masuk lambat ke.
Punch card pun takde kat opis tu.
Tapiiii, kalau hujung bulan kau tak capai target, nangis keluar air mata air hidunglah dengar dia melahar.

Aku kalau bos yang macam ni takde hal, sebab dia hanya menjalankan tugas untuk pastikan business is growing.
Dia berhak untuk tegas dalam bab kerja.
Selain dari tu dia tak kacau.
Kau nak bersembang kat pantry ke.
Kau nak makan nasi lemak kat workstation ke.
Kau nak keluar kejap ambil anak ke.
Kau nak masuk lambat puku 10 pagi ke. Takde hal.
Kau cuma perlu buktikan hujung bulan KPI kau marveles!

Kita takkan jumpa tempat kerja yang ada semua benda best. TAK AKAN.
Pilihlah yang tak men-stress-kan.
Sebab kita habiskan masa paling lama di tempat kerja.
Jadi tempat kerja mesti yang tak bagi mental torture.

Try untuk adapt dengan perubahan culture.
Some company allows open communication. Some tak.
Bos jalankan kuasa veto.

Some company allows flexible work arrangement. Some tak.

Some company practices recognition and appreciation. Some tak.

Some company provides training and continuous learning kepada staff. Some tak. Takde budget.

Ini semua culture yang kita kena belajar adapt.
Kalau tak boleh adapt, resign.
Jangan memekak.

It's rare to find a workplace that is perfect in every aspect.
Setiap satu ada strengths and weaknesses.
Tapi yang paling utama (bagi akulah), kena prioritize your mental well-being when choosing where to work.
Kalau kau cari yang gaji tinggi, bersedialah dengan work load yang banyak, deadlines yang tight dan boss yang cerewet.
Sebab they pay you tinggi. Dia takkan berlebih kurang sesenang itu.
Masalahnya, ramai yang nak gaji tinggi tapi nak kerja santai-santai. Apo??