2024-02-13

Bila dengar cerita-cerita gini kan, aku jadi sangat percaya yang MEMILIH AGEN adalah penting


2 hari lepas tengah lepak-lepak atas katil melayan movie, En Wan call colleague dia tanya pasal satu plan takaful.
Aku kat sebelah, of course la tumpang dengar walaupun muka tengok TV.
Macam serius je bunyinya.
Lepas tu aku tanya dia, apa isunya?

En Wan kata ada agen yang takde integriti pi offer client plan CONVENTIONAL.
Client tak tahu itu adalah plan conventional.
Licik tak liciknya agen ni, dia add another stand alone benefit yang patuh syariah on top of this conventional plan so that the plan looks like syariah compliance.
Padahal the whole policy adalah conventional plan.

Reasonnya mudah.
Sebab PERTAMA, client nak caruman yang murah.
Some clients nak plan yang murah.
Tak kisahlah apa pun plannya, janji murah.
Bab ni aku tak salahkah client sebab menjadi tugas agen untuk explain tentang plan yang dia offer.
But in this kes, agen tak bagitau pun plan yang dia offer tu adalah conventional plan.

Plan conventional memang lebih murah dari takaful.
Tetapi kena ingat, kita bekerja bukan sekadar nak hit sales target tetapi mesti ada INTEGRITI.
Sebagai seorang Islam, agen mesti offer client syariah compliance plan.
Kau nak jawab apa esok kalau client pakai conventional plan sedangkan dalam Prudential ada takaful plan also?

Aku punya medical card pertama adalah conventional plan.
Tahun 2003, takaful plan belum wujud lagi kat Malaysia.
Bila takaful dah wujud, aku sign up another medical card polisi, iaitu takaful pulak.
Bila polisi takaful dah matang, aku stopkan polisi conventional walaupun tak pernah guna.

Alasan yang KEDUA kenapa agen sanggup offer conventional plan adalah, nak hit sales target.
Inilah yang aku sebut tadi - takde integriti.
Kita kita ni bukan sekadar nak ada pendapatan saja tau, tapi datang dengan tanggungjawab.
Kerja yang sepatutnya boleh jadi ladang pahala, kau ambil mudah.
Dah jadi kaya ke buat cara gitu?
Dah dapat jadi MDRT? Tak pun, kan?

Menjadi agen takaful bukan sekadar menjadi agen kepada syarikat, tetapi agen menyebarkan syariah compliance plan.
Tak dinafikan plan takaful lebih mahal dari conventional, sebab itu conventional plan lebih mudah client accept.
Sebab itu jugalah bila syarikat wujudkan award, dorang asingkan antara agen conventional dengan agen takaful.
Last year, nationwide agen takaful, En Wan ranking pertama.
Tapi nationwide semua agen including conventional (non-Muslim), En Wan ranking ke 20.
Rank 1-19 semua non Muslim.
Itu menunjukkan:

1. Non-muslim lebih cakna dengan medical card
2. Plan conventional lebih senang jual

Kenapa conventional plan lebih murah?

Kerana conventiona plan berkonsepkan RISK POOLING.
Iaitu MENGUMPULKAN risiko semua pemegang polisi, tanpa mengira kepercayaan (agama).

Konsep takaful pula berlandaskan KERJASAMA dan tanggungjawab bersama di kalangan pemegang polisi yang berkongsi kepercayaan serupa (agama).
Secara istilah namanya Tabarru’.
Bermakna, pemegang polisi mengumpulkan dana mereka bersama-sama untuk membantu antara satu sama lain pada masa yang memerlukan.
Due to smaller pool of participants membuatkan cost caruman per individual jadi lebih tinggi.

Tapi itu tak sepatutnya jadi reason untuk agen ambil peluang jual conventional insurans pada client Muslim.
Jangan pikir kau punya target je nak kena hit.
Pikir sama consequencesnya di kendian hari.
Polisi conventional invest carumannya ke saluran yang lebih wider.
God knowslah kat mana dia invest caruman bulanan tu, kan.

Takaful policy, however, adhere to syariah-compliant investment principles.
Bermaksud, investmentnya terhad.
Sebab itulah konsepnya KERJASAMA SALING BANTU-MEMBANTU ketika orang lain memerlukan.

Aku terkejut bila En Wan cerita ada agen Muslim jual conventional polisi ke client.
Untuk menampakkan ada syariah compliance, dia tambah add-on benefit supaya nampak plan tu MACAM syariah compliance but sebenarnya plan itu adalah conventional.
Bermakna, caruman client akan di-invest ke investment yang tak syariah comply.

Geleng kepala aku dengar.
Kenapalah sanggup buat demi nak hit sales?
Yang client tak tahu apa-apa.

Tanggungjawab dalam kerja applies to all industries.
Tak kira dalam field apa pun.
Macam kat ofis aku, we practice sampaikan yang betul pada customer.
Kalau orang tu takde masalah weight loss, tak payah bagi dia ambil GC Plus.

Kalau orang tu ada masalah keputihan yang berterusan, minta dia jumpa doktor dulu.
Jangan laju sangat nak offer Herba Rahsia Rimba.
Sebab keputihan ni ada banyak jenis.
Bagi doktor diagnose dulu.

Kalau customer tu dah makan statin (ubat kolesterol), tak payah bagi dia ambil Nutrijuice.
Suruh dia concentrate je dengan statin.

Kalau customer ada masalah eczema, tanya dulu apa yang trigger eczemanya.
Jangan laju nak offer Cleansing Gel sebab CG ni ada buih.
If eczema dia jenis yang tak boleh kena buih, akan merosakkan lagi kulit dia.

Kalau ada darah tinggi, jangan bagi ambil GC Plus…..etc.

Kalau pikir nak kaut sales, peduli apa kitorang dengan korang punya masalah, janji sales company aku tinggi.
But, NO.
Kita business sebab nak selesaikan masalah orang, jadi please give solution.
Kalau produk kita tak dapat bantu, cakap je tak dapat bantu.
Tak payah nak claim semua BOLEH BOLEH BOLEH.

Sama dengan hal agen takaful yang takde integriti.
Jangan pikir singkat.
Rezeki tu Allah tak bagi ikut lojik manusia, 1+1=2.
Kalau Allah nak bagi, 1+1=256 pun boleh.
Jangan menggadaikan integriti dan trick client demi nak kejar sales target.
Esok jangan question kenapa keluarga banyak masalah, kenapa sentiasa ada masalah dengan rakan sekerja, kenapa anak-anak tak menjadi, kenapa kejap-kejap kereta rosak, barang hilang, etc.
Sendiri taulah apa sebabnya.

Hari tu aku balik Bangi.
Ibal cerita agen takaful dia minta Ibal bayar caruman in advance.
Ibal jadi pelik.
Apesal nak kena bayar in advance?
Rupanya agen tak cukup kes nak close bulan tu, jadi dia minta existing client bayar in advance supaya dia tak kena terminate.
Again, geleng kepala aku.
Elok-elok patut kerja kau membantu orang, dah jadi menyusahkan orang pulak.

Bila dengar cerita-cerita gini kan, aku jadi sangat percaya yang MEMILIH AGEN adalah penting.
Tak kira apa pun syarikat takaful yang kau ambil, if you get the wrong agen, memang sadaqallah.
Tu yang dulu ada influencer bising-bising kat video cakap takaful penipu.
Isteri dia keguguran ke apa ntah, katanya tak cover medical card.
Isteri bayar caruman bulanan sampai RM300, tapi tak cover.
Last-last rupanya agen yang tak explain detail pasal plan.
Entah plan apa dia ambil.
Aku tak tahulah apa yang agen dia berjanji.
Aku punya medical card RM350/bulan.
Hari tu masuk hospital 3 hari, in 2 weeks settle semua claim.
Kalau nak kata bayar RM300, aku pun RM300 juga.
Tapi kenapa aku punya claim takde masalah?
So it’s not the company, but the agen.

Kepada agen-agen, kalau dah masuk dalam industri ni, please jadi jujur.
Ini melibatkan ke mana duit caruman client dilaburkan.
Jangan ambil mudah dengan meng-offer client conventional plan.

Yang client pun, nak plan yang murah takde masalah.
Memang kita semua suka pada plan yang lebih murah.
But pertama sekali kena ingat, ini bukan beli baju raya tetapi medical card.
Medical card ni kita nak guna dalam keadaan kita sakit dan tak berdaya.
Time tengah sihat ni memang kita pikir nak bayar murah saja.
Kalau boleh nak RM50/bulan.
Tapi kena letakkan diri kita dalam situasi sakit.

Aku bagi contoh situasi.

Dari segi harga bilik wad:

Syarikat Takaful A: Menawarkan bilik hospital standard dengan had harian RM 200.
Syarikat Takaful B: Menawarkan bilik hospital standard dengan had harian RM 250.

Agak-agak hospital mana offer single room at RM200?

Ya, betul. Jawapannya TAK ADA!
Kalau sharing, ya. Tapi kalau single room, paling rendah RM250/malam.
Macam Avisena, single room harganya RM235 (harga tahun lepas).
So kalau sakit dan nak duduk single room, nak spouse temankan, nak spouse ada tempat rest yang selesa demi menemankan kita tapi polisi kita hanya cover RM200 satu malam, bermakna kita kena top up asing.
Duduk satu malam takpelah nak top up.
Masalahnya swasta jarang bagi kita duduk satu malam.
Selalunya dia tahan kita bermalam-malam.
Jadi, masa ambil polisi tu bayangkan situasi ketika kita ditimpa sakit.
Nak kan keselesaan?
Maka pilihlah plan yang memberikan lebih keselesaan.

Lagi satu contoh aku bagi.

Rawatan Susulan:

Syarikat Takaful A: Menawarkan rawatan susulan sehingga 120 hari selepas discharge dari hospital dengan had RM200,000 setahun.
Syarikat Takaful B: Menawarkan rawatan susulan sehingga 120 hari selepas discharge dengan had RM300,000 setahun.

Rawatan susulan selepas discharge ni pun penting.
Contoh, accident.
Berapa kali kena follow up?
Berapa kali kena buat fisio?
Berapa kali kena buat X-Ray and CT Scan?
Itu accident. Kalau kanser? Heart surgery?

Dalam contoh-contoh tadi, dua-dua syarikat Takaful offer plan yang lebih kurang sama tapi dengan perbezaan dalam faedah yang ditawarkan.
Rayyan dulu, hopsitalization saja RM37K.
Follow up 3 bulan selepas tu lain harga pulak.
Tapi nasib baik semua tu masih boleh claim medical card.
Alhamdulillah lega banyak.

Jadi, bila compare plan, jangan compare harga saja tapi tengok manfaatnya.
Ada plan yang cover sampai 60 tahun saja, sedangkan death rate manusia adalah sekitar 73-75 tahun.
Sebab tu plan tu jadi murah.
Jangan tengok harga saja, tengok sama sampai umur berapa dia cover.

Yang penting tengok agennya boleh buat kerja ke tak.
Kadang agen ni pung pang pung pang, lepas close deal, jadi halimunan.