2024-01-30

Trend konvo buat kat hotel


Semalam aku naikkan throw back post graduation Redza masa Form 5, tiba-tiba ramai pulak mengadu trend konvo buat di hotel.

Ok, sebelum aku menyembur, izinkan aku bertanya dulu.
Konvo tu sekolah wajibkan pergi atau tak?
Bukan apa, sebab aku ada anak-anak yang pernah lalui konvo.
Belum pernah lagi anak-anak aku dipaksa join program berbayar.
Selalunya program yang tak berbayar yang murid wajib pergi.
Jadi, aku agak tak berapa nak percaya desas-desus netizen mengadu sekolah wajibkan parents bayar sekian-sekian amount untuk majlis konvo.

Dia sebenarnya gini.
Kalau ikut pemahaman aku, yang jadi WAJIB bayar tu adalah bila kita nak join the program.
Nak join, kenalah bayar.
Kalau taknak join, tak payah bayar.

En Wan 3 tahun pegang jawatan YDP.
Sedikit-sebanyak aku faham macamana soal duit ni diuruskan.
En Wan kata, sekolah takde duit yang banyak untuk organized program-program gah di hotel melainkan inisiatif parents.
Dana sekolah datang dari KPM, itupun tak banyak.
Kau ingat dana nak baiki gate, nak tambah sinki kat kantin, nak buat tambah ruang menunggu berbumbung tu semua duit kerajaan ke? Nan hado!
Itu semua duit PIBG.
Duit PIBG datang dari mana?
Tu ha, dari RM50 setahun sekeluarga tu.
Tu pun ramai culas nak bayar.
Tapi kalau ada program makan-makan, muka-muka yang tak bayar ni yang memenuhkan ruang sekolah.
Dia ingat duit nak buat sukan, nak buat hari kanak-kanak, nak buat pertandingan itu ini tu datang dari langit agaknya.
Tu semua duit PIBG, ya.

Berbalik pada program konvo kat hotel, cuba check balik dengan YDP PIBG masing-masing.
Apa-apa program yang sekolah nak buat melibatkan penglibatan murid di luar compound sekolah, mesti ada perbincangan dengan PIBG.
Sekolah tak boleh sesuka hati lancarkan program tanpa berbincang dengan PIBG.
Aku tahulah sikit bab ni.
3 tahun En Wan jadi YDP, kejap-kejap meeting.
Sebab sekolah nak buat banyak program.
Setiap kali ada program, PIBG mesti mesting dulu.
Entah-entah PIBG skolah anak korang yang dah sepakat organized konvo kat hotel, kau yang tak tahu.
Kau pergi mesyuarat PIBG tak?

Sekolah rendah Rayyan dulu buat konvo juga, tapi di sekolah saja.
Aku syak YDP-nya yang tak bersetuju program konvo dibuat kat luar sekolah. Mbahahahha.
Tapi meriah, walaupun di sekolah.
Cuma mak bapak tak dibenarkan datang sebab masa tu sekolah masih nak menjaga penjarakan.
Untung Rayyan. Konvo apaknya sendiri serahkan sijil.
Special sikit, sebab YDP turun stage serahkan sijil.
Rayyan atas wheel chair masa tu 😁.

Bak kata En Wan, sekolah mana ada peruntukan nak buat program, melainkan dari duit PIBG.
In certain cases, jawatankuasa PIBG kena menyumbang lebih tau.
Kebanyakan program sekolah yang gah-gah ni adalah duit mak bapak.
DAN ATAS PERSETUJUAN PIBG.
Bermakna, PIBG dan sekolah dah berbincang.
Selalunya PIBG akan sumbang sikit duit dari tabung, selebihnya parents top up.

Tapi aku percaya ada tolak-ansur bab ni.
Maksudnya, tiada paksaan untuk hadir.
Kalau nak hadir, of coslah wajib bayar. Ini biasalah.
Macam buat pot luck juga.
Syaratnya, sorang kena bawa satu makanan. Barulah boleh join.
Ke ada yang biasa buat muka tak malu bawak perut je pegi pot luck tapi dia yang menapau lebih? Eh.

Pernah sekali majlis hari akademik Rayyan dibuat di luar compound sekolah.
Buat kat dewan tertutup.
Siapa nak attend bayar RM30.
Kalau kau nak tengok anak kau naik pentas, bayarlah RM30.
Kalau tak nak, nanti cikgu serahkan sijil and hadiah dalam kelas.
Pilih.

Jangan pula merempan kata kenapa hari akademik mak bapak kena bayar duit lagi?
Eh, bila masa kita bayar duit untuk hari akademik?
Yuran yang kita bayar awal-awal tahun tu tak termasuk program anugerah hari akademik program sukan, program motivasi, konvo serta program-program lain.
Sebab tulah yuran sekolah murah.
Itu pun ada yang merungut!

Segala tok nenek program kat sekolah perlu duit lain.
Sebab itulah duit PIBG jangan culas bayar.
Apa-apa nak buat, situlah duitnya.
Bila duit PIBG tak cukup, tapi banyak program nak dilaksanakan, tu pasal ujung-ujung mak bapak kena keluarkan duit lagi.
Lepas tu kau compare dengan sekolah cina sekolah india sekolah mat saleh.
Cuba tengok PIBG-nya punya collection berapa?
Tak mainlah RM50 setahun.

Ni yang nak masukkan anak ke SBP, jangan mimpi ya PIBG RM50 setahun.
Tak jumpa, dik. Tak jumpa.
Kat SBP lagi tinggi yuran PIBG-nya.
Sebab tu SBP boleh run good program untuk student-studentnya.
Boleh hantar student bertanding ke good competition bagai.
Semua tu duit mana nak cekau kalau bukan dari PIBG.

Benda ni kena cakap awal-awal.
Bukan apa. Karang geng-geng yang memperjuangkan kuota tu ingat semua benda dapat subsidi.
Dia tak tahu kat sana nanti banyakkkkkk benda kau kena provide.
Bukan hantar anak ke sana pastu lepas tangan mintak sekolah handle tau.

Masa En Wan YDP dulu, bukan nak pujilah.
Tapi cikgu-cikgu sendiri yang cerita.
En Wan pegang YDP, duit collection PIBG dari 50% naik ke 70% pada tahun pertama dia pegang jawatan.
Aku tak taulah sistem penjajahan Jepun agaknya dia bawak masuk.
Dia print semua nama student dalam sekolah tu and extract data yuran.
Aku tahulah sebab staff aku yang tukang extract.
Dia dah filter semua nama, lepas tu masa hari sukan sekolah kat depan pintu masuk gate tu dia bentang meja.
3-4 orang cikgu termasuk dia sekali duduk kat meja tu.
Kaunter registration.
Sebelum ke padang, register dulu untuk dapat kupon makan dan minum.
Tapi sebelum dapat kupon semak dulu duit PIBG dah bayar belum. Kahkahkah.
Kau rasa tak terkulat-kulat parents ambi kupon makan free tapi yuran PIBG tak bayar?
Kat situ jugak settle yuran, gaissss.
Kering betul hati seorang YDP 😆.

Benda-benda macam ni tak semua orang suka.
Tapi kalau tak bertegas tak jalan.
Bila bertegas, kena umpat.
Eh gasak bak kata En Wan. Janji dia buat kerja.

Masa sekolah minta duit tapi PIBG tak cukup dana nak bagi, En Wan panjat bangunan wakil rakyat minta sumbangan.
Ni ha saya yang menurut perintah kena teman YDP jaga kereta sebab takde parking.
Dia jumpa wakil rakyat, pastu jumpa PA Mat Sabu, minta sumbangan.
Semua dia minta.
Kat wakil rakyat pemerintah pun dia minta, kat wakil rakyat pembangkang pun dia minta.
Untuk sekolah kot, sapu je lah semua.
Bukannya untuk diri sendiri.

Sekolah kata selama En Wan yang the first buat gitu.
Alhamdulillah dapatlah sikit sebanyak sumbangan buat program.
Dapatlah dalam RM5K sorang. Jadiklah.
Habis tu mak bapak kedekut RM50 yuran PIBG pun berkira, nak buat macamana.

Jangan salahkan sekolah melulu.
Pergi tanya dulu PIBG korang.
Apa-apa hal, PIBG terlibat sama.
Ingat sekolah ada duit nak buat program besar?
That’s why nak lantik jawatankuasa PIBG, jangan lantik sebarang orang.
Lantik sebab ini member lama. Support member konon.
Kalau member kau reti buat kerja takpe.
Lantiklah yang ada duit, atau ada connection, atau ada title, dan boleh buat kerja.
Orang-orang ni penting because dorang akan cari dana.

Pernah beberapa kali sekolah buat program tapi PIBG shortage duit.
Ahli jawatankuasa PIBG top up sorang RM200.
Hat ni parents tak tahu, kan?
Ya, aku pun tak tahu.
Only selepas En Wan jadi YDP baru aku tahu situasi ini wujud.

Dapat sekolah yang mak bapak jenis liat bayar yuran PIBG, memang masaklah.
Tapi yang pelik tu, kalau sekolah buat pesta ke apa ke, rajin pulak datang.
En Wan suggest buat lucky draw.
Hadiah kena gempak-gempak, nak encourage parents datang.
Tapi syaratnya, nak join lucky draw kenalah bayar yuran PIBG. Kahkahkah.
Terpisat-pisatlah mereka nak dapat lucky draw tapi kena bayar yuran PIBG dulu.
Stok Fleur Men and Fleur by Mrs Him banyak jadi hadiah lucky draw si YDP ni.
Selamba je dia korek stok aku jadikan hadiah lucky draw sekolah anak dia.

Masa Redza Form 5, konvo buat kat dewan sekolah.
Tapi farewell dinner buat kat hotel.
Farewell dinner ni inisiatif parents.
Parents keluarkan duit.
Duit dari mana?
Tu ha dari sumbangan bulanan.
Duit PIBG lain tau. Duit sumbangan ni lain.
Duit sumbangan adalah inisiatif parents.
The parents (mak-mak) collect yuran bulanan untuk kegunaan student.
Kegunaan masa bila?

1. belikan makanan masa minggu exam so that anak dapat legakan tekanan dapat makanan best-best
2. beli air bila Langkawi water shortage. Tak salah aku seorang dapat 20L air.
3. buat program motivasi panggil penceramah luar, antaranya Ustaz Ebit Liew
4. but merchandize dan goodies bags untuk program-program macam solat hajat

..dan macam-macam lagi.
Itu semua bukan pakai duit sekolah atau PIBG, ya.
Itu duit sumbangan parents kerana parents nak organize macam-macam program untuk anak-anak.

Again, yang memperjuangkan kuota kat MRSM tu, jangan ingat semua benda free kat sana ok?
Sekolah takde duit tau nak buat program hebat-hebat untuk student kalau takde duit Muafakat (PIBG) and duit inisiatif parents.
Jangan kau ingat once anak kau masuk sana esok, semua benda kau harap subsidi sekolah.

However, duit inisiatif parents ni tak wajib.
Nama pun inisiatif.
Selalunya geng-geng T20 yang initiate.
Jadi, mereka tak paksa semua parents bayar.
Siapa nak bayar, dialu-alukan sekian-sekian amount setiap bulan.
Katakan dana untuk buat program tak cukup, bendahari announce dalam group “Kita shortage lagi RM5K”.
Berdesup T20 hulur. Settle sekejapan.
Benefitnya, SEMUA anak-anak merasa.

Contoh, masa jemput motivator.
Langkawi tu nak ke sana kena naik flight tau. Bukannya boleh balik hari.
Paling tak pun, stay satu malam.
Bukan motivator tu datang sorang, dia angkut team-nya sekali.
Itu semua duit.
Jadi bila parents initiate this program, duit semua datang dari parents.
Tak kacau duit skolah pun.
Bendahari akan announce, "Kita nak buat this and that program. Duit collection bulanan tak cukup, maybe we need RMXX more, per student".
Memang tak semua bayar, sebab tak semua parents ada dalam whatsapp group.
Tapi ALWAYS ada orang yang sumbang lebih. ALWAYS.
Lansung tak dibeza-bezakan anak-anak ni. Janji program jalan.

Masa konvo.
Parents hire kedai florist gubah bouquet untuk SEMUA student.
Taknak ada student yang left out bila mak bapak orang lain hantar bouquet, tapi mak bapak dia tak hantar.
Jadi dengan duit collection bulanan tu belikan bouquet for all.
Seronok anak-anak ni bila mereka tak sangka dapat flower bouquet.
Bukan kecik-kecik punya bouquet, ya. Cantik sangat!
Some student yang dapat more than 1 sebab parents bagi.
Tak kisahlah tu, janji semua student ada bouquet.
Redza dapat 4 bouquet. 
Aku hantar.
Rupanya nenek pun hantar.
Mak Ngah dia pun hantar.
Macamkan kau pulak yang best student dapat banyak bouquet.
Best student pun tak banyak dapat bouquet tau 😆.

Masa farewell dinner Redza, buat kat hotel.
Duit sekolah ke?

Tak.
Duit inisiatif parents.

Yang tak bayar, takpe. Boleh join juga.
Parents tak pernah tanya siapa bayar siapa tak.
Janji anak-anak semua enjoy.
Dorang tak perlu tahu pasal bayar-membayar ni semua.
Just come and enjoy your night.

That's why, jangan memperjuangkan membuta-tuli pasal kuota-kuota ni.
Kuota kau punya besar, kau sibukkan dengan kuota 10% tu.
Geng-geng T20 dapat tahu kuota dorang hanya 10%, sikit tak mengeluh.
Malah dorang pulun kaw-kaw untuk rebut yang 10%.
Yang kau, kuota sampai 60% tapi mengeluh hat yang 10%.
Pulunlah yang 60% tu.
Ni tak. Yang 60% pun tak lepas, kau rasa kalau tambah lagi 10% tu, boleh dapat? Heh!

Trend konvo Darjah 6 ni aku percaya takde paksaan.
Nak datang, kenalah bayar.
Taknak bayar, takyah datang.
Sewa je jubah dari sekolah cakap nak buat bergambar kejap.
Jubah of cos kena sewa.
Kita nak konvo Uni pun bayar RM300-400 untuk sewa and segala gedebak gedebuk kos. Itu biasa.
Yang penting, gi tanya PIBG korang.
Betul tak dorang yang luluskan program konvo buat kat hotel?
Next time masa mesyuarat datang ok?