2024-01-04

Stay single sampai mati


Sejak Jumaat lepas aku menulis blog tau, tapi aku tepek kat IGS saja, lupa nak transfer ke blog.
Patutlah orang tanya apesal tak update blog.
Aku pelik juga, bukan hari-hari update ke?
Rupanya update kat IGS.
Nantilah free-free aku transfer ke blog post-post lama.

Ini ada orang share kat aku, selepas aku up post pasal lelaki yang tak faham tanggungjawab dia selepas berkahwin.
Yang dapat baca post aku di IGS maybe boleh relate post ni dengan post yang lepas.
Yang hanya baca di blog, kausabajap.
Nanti aku masukkan post lama.

Berbalik pada screenshot tadi, inilah punca kenapa aku cakap di sekolah kena ajar topik nikah-kahwin ni dengan lebih detail.
Masa aku sekolah dulu, Form 5 ada tajuk ni tapi ustazah tak detail sangat.
Seingat aku, dia explain surface-surface je.
Maybe ustazah anggap takde keperluan nak explain in detail.
Tajuk lain lebih banyak keluar dalam exam.

Pada aku, topik nikah kahwin kena explain sampai ke akar umbi.
Masa dak-dak ni tengah gatal merenyam bercouple dengan kawan sekelas, elok diajar topik ni.
Biar dorang tahu, kawen tu bukan setakat I love U, U love me.
Tu pasal dak-dak sekarang merenyam nak kawen lepas SPM.
Nak elakkan maksiat katanya.
Kalau kau bersedia mental fizikal financial, lain cerita.
Ni tak. Lepas kawen, taunya beromen, beranak. Beromen, beranak. Tak sudah-sudah.
Anak tu rezeki katanya.
Masalahnya, anak kau bersepah-sepah berselipat!
Buat anak nombor satu. Lain pada tu, terlopong, lopong.
Pastu jadiklah macam lelaki yang komen kat screenshot tadi.
Bila ustaz kata tanggungjawab suami WAJIB sediakan tempat tinggal, basic necessities di rumah, makan pakai, dan perubatan, dia kata "Baik stay single kalau macam tu".

Aku rasa ramai lelaki masih tak tahu kahwin tu datang dengan tanggungjawab.
Tapi kemain bangga melaung-laungkan ayat "syurga isteri di tapak kaki suami".
Tang mana syurganya kalau tanggungjawab pun bengap?
Allah bagi darjat tinggi kat suami ada sebabnya, ya.
Sebabnya adalah, tanggungjawab suami tu berat.
Nak menjaga anak orang, nak menjaga anak-anak sendiri, nak mencukupkan segala nafkah.
Bukan kerja main-main ni.
Sebab itu darjat suami sangat tinggi.
Tapi kalau jadi suami pun bengap, keperluan rumah tangga paksa isteri share, nafkah anak pun minta isteri settelkan, duit minyak kau nak pegi kerja pun minta isteri topup, toksah nak mengaku-ngaku syurga isteri ada pada kaulah. Jauh, ya. Jauhhhhhh.

That day aku tulis post pasal lelaki yang mengeluh isterinya ada kerja tapi taknak lansung contribute pada expenses rumah.
Barang dan keperluan anak semuanya dia (si suami) kena sediakan.
Maybe si suami ni tengok isteri kawan-kawannya share duit gaji, jadi dia beranggapan semua isteri buat benda yang sama.
Atau dia berharap isterinya share gaji juga.

Bang, berangan tak salah.
Tapi jangan keliru mana satu ihsan, mana satu kewajipan.
Tak dinafikan RAMAI isteri-isteri yang bekerja, berkongsi duit gaji.
Tetapi itu adalah IHSAN.
Bukan kerana kau bagi izin dia berkerja maka sebagai balasannya, kena share gaji. Bukan, ya.
Dia share gaji sebab dia mahu share. Bukan dia mesti share.

Kadang-kadang ada suami yang siap bahagi-bahagikan tanggungjawab.
Awak bayar bil, saya bayar rumah.
Awak bayar groceries, saya bayar duit pasar.
Awak bayar duit taska, saya bayar duit transport anak.

Suami-suami pesen nilah nanti merasa dia mampu kawen dua.
Duit gaji berlebih gitewww.
Maunya tak berlebih kalau kau haruk bini bayar itu ini yang sepatutnya jadi tanggungjawab kau?
Tu pasal kebanyakan kes cerai, bekas suami culas bayar nafkah.
Anak 3 orang nafkah RM300 je mampu bagi. Why?
Sebab masa kawen dulu dah terbiasa bini share expenses!
Dah bercerai baru rasa terbeban semua benda nak ditanggung. Padan muka.

Seronok sangat dibantu sampai terlupa itu bukan tanggungjawab isteri.
Kalaupun isteri bantu, jangan berharap bantuan tu berterusan.
Ini tak. Bulan lepas isteri bayarkan bil letrik, bulan ni tanya bini "Bil letrik bulan ni awak dah bayar?".
Eh, macam bini tu berhutang dengan kau pulak.

Kebanyakan isteri kongsi expenses kerana mahukan life yang lebih selesa.
Contoh, isteri nak makan lauk sedap-sedap.
Jadi isteri keluar duit beli barang basah yang dia nak.
Tapi tak bermakna tanggungjawab beli barang basah tu terletak kat bahu isteri sampai bila-bila.

Dalam keluarga aku, barang basah dan kering adalah duit En Wan.
Dia beli yang perlu dan basic.
Contohnya gula, garam, beras, teh, air kotak favourite Rayyan and Redza, mee, dan segala tok nenek yang basic.
Barang basah setiap 2 minggu memang tak lari -- tenggiri seekor, ikan merah seekor, udang 2 kg, sotong 2 kg, ayam 3 ekor, paru sekilo, sayur-sayur dan maybe ikan lagi 2-3 jenis.
Tapi kalau minggu tu aku teringin nak makan telur ikan tenggiri, atau ketam, atau kerang -- ini aku top up.
Kalau minggu tu berasa malasnya nak siang basuh-basuh ikan, aku order je online. Senang kerja aku.
Selalunya yang ni mahal sikit.
Jadi minggu tu barang basah is on me, tak claim dengan En Wan.

Teh selalunya En Wan beli brand A.
Kalau tekak aku berasa nak brand B yang lebih mahal, maka ini aku top up.
Beras pun sama. En Wan beli brand X.
Tapi kalau aku tetiba nak brand Y yang RM45/5kg, yang ini aku topup sebab dia takkan layan tekak mengada-ngada ni.

Nak cheese? Nak coklat? Ais krim? Frozen lamb? Gyoza? Drummet?
Ini keinginan tekak, bukan keperluan.
En Wan takkan beli benda-benda ni.
Kalau aku nak, aku kirim dia belikan.
Selalunya En Wan bayar dulu, kendian aku transfer jumlah yang kena top up.
Ini bukan soal berkira, tapi to me this is timbang-rasa.
Aku yang nak makan sedap dari kebiasaan, takkan orang lain kena bayar?
Abis duit aku buat apa? Peram bawak masuk kubur?

Lelaki yang dissapointed isterinya tak nak share expenses, again you must understand, itu bukan tanggungjawab isteri kau.
Isteri orang lain nak share gaji, itu pilihan dorang.
Tak boleh bandingkan isteri kau dengan isteri si anu yang bantu suaminya.
No, salah.
Maybe, kau boleh buat gini -- beli barang yang basic dan seadanya ikut kemampuan.
Nanti kalau isteri nak yang lain, dia dengan sendirinya share duit dia.

Tapi ada juga isteri yang perangai.
Bila ustaz kata "Suami tanggung makan-pakai", dia perah cukup-cukup Hamba Allah tu punya duit.
Demand nak beli groceries kat Village Grocer.
Beli yang organik saja pulak tu.
Orang beli yang organik, dia pun nak organik.
Tapi main hembus tak tengok poket suami.
Tak nak topup pulak tu. Macamana tak bengkok laki kau?

Peralatan shower, En Wan belikan brand C yang tak mahal dan tak murah.
Just nice untuk kegunaan sekeluarga.
Tapi aku suka bilik air extra wangi, jadi aku beli shower gel and shampoo brand D untuk sendiri guna.
Ubat gigi En Wan belikan brand E.
Aku mengada nak pakai brand G.
Jadi, beli pakai duit sendiri.

Makan minum pun gitu.
Disebabkan En Wan tak pernah gagal membelikan barang-barang pasar, maka aku juga tidak boleh gagal memasak.
Malangnya dulu aku tak berapa nak rajin.
Selalu ajak makan luar atau order Grab.
Maka duit makan luar dan Grab ni akulah yang kena bayor.

Pada pandangan aku, nafkah 100% atas suami sebab tugas mencari nafkah pun suami.
Tapi aku as isteri pun tidaklah mampu jadi seperti Fatimah yang buat roti from scratch.
Relaikan gandum sendiri, uli sendiri, bakor sendiri.
Aku tak mampu buat macam ni.
Atas sebab itu, aku pilih untuk share expenses.

Kepada isteri-isteri yang lain, kau tak contribute tak apa, asalkan jangan demand tak masuk akal.
Yang suami, kau jangan pulak mengadu merata "Bini aku tu teruklah. Belanja rumah semua aku tanggung".
Jangan tunjuk jahil tu kat orang, bang. Simpan sikit.