Ini bukan sekadar miskin harta, tapi miskin mindset.
Ibubapa yang miskin cara berfikir, akan mengheret anak-anaknya menjadi miskin juga.
Kesian anak yang dapat mak bapak macam ni.
Nak ditegur karang, kecik hati.
Nak dimarah, jatuh derhaka.
Maka anak memendam rasa.
One day bila anak dah hilang rasa hormat, masa tu orang keliling yang tak tahu hujung pangkal ni pulak menuduh anak tak kenang jasa.
Entahlah, aku kadang nak bercakap hal ni serba-salah.
Kalau hukum Allah tu takde, memang aku tabur je orang tua yang menyusahkan anak-anak gini.
Tapi aku yakin Allah tu adil.
Cara Allah menilai tak sama dengan manusia menilai.
Mana mungkin buta-buta mak bapak boleh buat sesuka hati pada anak-anak hanya kerana dia adalah mak bapak.
Mesti ada had kepada perbuatan mak bapak.
Dan pasti ada balasan pada mak bapak yang tak amanah dengan tanggungjawab ni.
Memang wujud mak bapak yang seronok anak-anak dapat sambung belajar.
Bukan apa, dia aimkan duit loan/biasiswa si anak untuk tanggung hidup dorang sekeluarga.
Patutnya seronok bila kos pelajaran anak ditanggung, walaupun pinjaman.
At least terlepas dari beban membiaya pakai duit sendiri.
Ini tak. Dia pulak nompang sekaki duit pinjaman pelajaran tu.
Anak tu nak belajar.
Mujurlah anak nak belajar.
Bagi dia peluang untuk ubah hidup.
Biar miskin tu habis kat kau saja.
Jangan diwariskan kemiskinan pada anak dengan mindset miskin kau tu.
Ada mak bapak call pejabat am minta sampaikan pesan suruh anak call balik.
Ingatkan emergency, rupanya nak tanya si anak duit bulan tu bila nak masukkan.
Anak tu baru 18 tahun.
Belum masanya ambil tanggungjawab menanggung keluarga.
Biarlah dia belajar dulu.
Jangan dikacau emosi dan pikiran dia dengan perangai miskin kau tu.
Perangai, ya. Perangai!
Mindset miskin ni jauh lebih teruk dari miskin harta.
Bak kata Prof UiTM tu "Aku memang tak boleh hidup dengan B40".
Kasar bunyinya. Tapi hakikatnya itulah.
Bukan miskin harta yang dimaksudkan, tapi MINDSET.
Mindset miskin ni can influence the way anak-anak diasuh.
Cara berpikir seseorang akan membentuk pandangan hidupnya dan menentukan cara berfikir generasi ssterusnya.
Bak kata video Dr MAZA atas ni.
Kebanyakkan yang miskin tu, PEMALAS!
Orang malas ada mindset yang sama - sambil lewa, ambil mudah semua perkara, harap dibantu, dan suka cari salah orang lain.
Sikit-sikit tanya apa yang orang boleh bagi dia.
Sikit-sikit harap bantuan.
Salahkan orang bila hidup dia miskin.
Salahkan orang sini tak bantu.
Salahkan orang sana tak bantu. Mentaliti subsidi.
Dah dibantu pun tak jalan.
Nak buat macamana, dasar pemalas.
Dulu pernah viral video seorang kakak yang cerita dia dicerai, masa tu anaknya 8 orang kecik-kecik lagi.
Apa aje kerja yang dia tak buat.
Sebelum Subuh dah keluar menoreh.
Lepas anak-anak ke sekolah, dia berendam 2 jam dalam parit pula mencari kangkung.
Lepas cari mengkuang untuk dijual.
Punyalah nak anak terus bersekolah, tebalkan muka pinjam moto orang nak hantar anak ke sekolah.
Akhirnya sekarang jadi usahawan berjaya ada ladang sendiri.
Pendapatan bersih RM50K sebulan.
Ini namanya miskin, tapi rajin.
Orang miskin belum tentu malas, tapi orang malas selalunya memang miskin.
Orang yang ada mindset miskin cenderung pandang kehidupan dengan keterbatasan dan ketidakmampuan.
Dia hanya nampak kekurangan.
Negative manjang.
Sebab dia lebih fokus pada kekurangan daripada peluang.
Yang ini kau boleh nampak dari cara dia didik anak-anak.
Contohnya, macam Dr MAZA kata si bapak cakap "Sekolah sampai habis pun bukan boleh jadi apa".
Kalau aku kat situ, aku jawab "Kurang-kurangnya anak tak jadi bodoh macam kau!"
Ada ke berhentikan anak sekolah sebab belajar tinggi pun bukan boleh jadi apa? Mindset apa ni?
Tu pasal aku cakap mindset miskin ni suka salahkan orang lain je kerjanya.
Dia taknak mengaku dia berhentikan anak sekolah sebab tak mampu bayar yuran.
Karang kalau mengaku orang tanya dia pulak "Apesal tak kerja?". Kantoilah diri tu pemalas.
Sebaliknya dia salahkan sekolah.
Sekolah sampai habis pun tak jadi apa katanya.
Hah eloklah. Maka turunkan kemiskinan tu pada anak pulak.
Sebab itu aku pernah tulis sebelum ni, jangan pertikaikan kenapa MRSM dan SBP ada kuota T20.
Kau jangan persoalkan kuota yang 10% tu.
Tumpukan saja pada kuota 60%. Rebut yang 60% ni.
Yang 10% tu kau kisahkan nak buat apa?
10% tu perlu ada dalam environment sekolah, supaya anak-anak ni bercampur-gaul.
Biar terbuka sikit minda anak-anak, especially anak yang membesar dengan mindset miskin mak bapak.
Biar dia nampak dunia ni tak berkisarkan tentang orang kampung dia saja.
Bila bercampur dengan orang luar, mindset dia pasti berubah.
Cara dia memandang kehidupan akan jadi lebih baik.
Anak-anak Megah Holdings pun dapat belajar banyak benda tentang kehidupan bila bercampur dengan anak-anak yang kurang berkemampuan.
Biar dorang bercampur dalam tu.
Aku pernah cerita kan, kisah salah sorang budak intern aku dulu.
Tak tahulah macamana dia handle hidup dia.
Masuk-masuk je intern kat opis aku, dah minta cuti.
Setiap minggu minta cuti.
Aku cakap "Awak tahu tak awak ni sedang belajar. Latihan Industri (LI) adalah sebahagian dari subjek yang kena lulus. Maknanya ini adalah kelas, bukannya kerja. Awak sijil pun takde lagi, nak kerja apanya. Tak boleh ponteng".
Esoknya dia jumpa aku cakap nak berhenti internship.
Aku tanya apesal nak berhenti?
Dia kata dia kena tolong mak.
Mak minta tolong ambil adik balik sekolah.
Mak minta tolong angkat barang untuk meniaga.
Mak minta tolong jaga adik-adik sebab abang ada interview kerja.
Aku tanya selama ni awak di kolej, siapa handle semua tu?
Siapa ambil adik? Siapa tolong mak meniaga? Siapa jaga rumah?
Dia cakap kadang-kadang dia kena ponteng balik rumah.
Can you imagine, dia sedang belajar di kolej, tapi mak minta balik untuk ambil adik dari sekolah?
Aku terpaksa allow budak ni habiskan internship dia FROM HOME.
Sebab aku taknak dia berhenti.
Kalau dia berhenti which is masa tu lagi sebulan nak habis, maknanya dia takkan grad tahun tu.
Dengan mindset maknya, aku tak jamin dia ada duit sambung biaya yuran next semester.
Silap-silap budak ni dia suruh cari kerja je.
Orang yang mindset miskin, dia punya pola pemikiran pelik sikit.
Padahal dia bukan orang senang. Orang susah.
Tapi dia tak mahu bersusah sikit sekarang untuk kesenangan hidup kemudian.
Takut risiko. Takut penat. Takut gagal.
Takut tak berhasil. Takut nak berubah. Takut direject.
Takut pegang tanggungjawab. Takut tak cukup bagus.
Ujung-ujung dia takut orang lain lebih dari dia.
Lepas tu bitter dengan semua orang.
Kesian aku baca luahan hati (screenshot tadi).
Patutnya dah habis belajar, dah kerja, dah boleh start buat harta.
Tapi akhirnya menanggung keluarga dan membayar balik hutang-hutang orang.
Semoga pengorbanan awak dibalas dengan dapat suami yang hensem, kaya, baik, bertanggungjawab dan sayangkan awak sorang sampai mati.